Puisi 25: Sunyi yang Bersuara

4 0 0
                                    


Aku, sosok pendiam,
Sepertinya dia memahami setiap hela nafas ini,
Mencari cerita di sebalik sepi.
Dia menanti,
Mengajakku berbahasa berbicara,
Meski hanya berisyarat halus,
Dengan kertas dan pena.

Di situ aku merasakan kehangatan,
Seolah-olah dia memberitahuku,
Bahawa sunyi itu juga punya suara,
Dan aku tidak perlu selalu diam.

Mungkin dia melihat apa yang aku sembunyikan,
Atau mungkin,
Dia hanya ingin tahu apa yang aku simpan,
Kerana dalam sepi aku,
Dia menemui kisah yang tak pernah aku kisahkan.

-Dahiraffa.
9|10|2024

Tulisan Dari Jiwa [Puisi & Quotes]Where stories live. Discover now