2

14 8 2
                                    

"Tolong!!! Perogol !!!"
.

.

.

.

.

Matanya melirik ke kiri ke kanan. Sepertinya keadaan agak sunyi di perhentian bas ini dek hari yang makin menyenja. Peluang pula nampak seperti baik pabila penglihatannya terlihat seorang wanita sedang duduk bersendirian di situ.

Dia berlagak biasa sebelum melabuhkan punggung di sebelah wanita itu. Mata mula meliar ke sekitar dan sah tiada orang. Nampak macam perempuan ni pula sedang enak diulit lena. Inilah peluang terbaik untuk bertindak. Dia menggigit bibir sebelum tali tote bag yang disandang di bahu gadis itu ditariknya perlahan lahan supaya tak akan menyedarkan wanita ini. Satu senyuman puas hati terukir apabila dia sudah selamat berjaya mengangakan beg itu . Ada beberapa buah buku, ada telefon, ada pencil box, dan ada....

Senyuman makin lebar.

Ada dompet! 

Teruja dia keluarkan dompet itu dengan berhati hati. Hahahaha dapat untunglah aku harini . Perempuan perempuan. Nasib baik lah kau tertidur. Untung aku.

Jari laju bergerak ingin membuka zip dompet milik gadis malang yang masih tak sedar dari tidur. Tetapi belum sempat dia ingin rakus meratah apa sahaja isi duit dalam beg duit itu,

Zzap!

Tersentak terus dirinya apabila ada tangan tersangat laju merampas dompet itu dari tangannya. Dapat dia rasakan tempat duduk sebelah memberat bagai ada satu punggung baru selamat duduk di sebelah. Eish siapa pulak yang kacau ni?! Dek perasaan mula membahang apabila projeknya dikacau, pantas sahaja pandangannya beralih pada gerangan di sebelah yang tak ada angin tak ada ribut sibuk mengacau halnya.

"Ni dompet kau ke?"

Mata terkebil kebil melihat pemuda berhoodie hitam bertopi putih di sebelahnya sedang membelek dompet yang bakal dia rompak. Gigi dikertap.
"Bukan urusan kau." Sedaya upaya dia menahan suara dari menjadi kuat semata taknak perempuan pemilik purse ini terbangun. Nanti satu hal pulak. Tangan mula laju bergerak ingin merampas kembali tetap lagi pantas pemuda itu mengangkat ke atas dompet tersebut . Ish! Dia angkat juga tangan ingin capai tetapi ke bawah pula dompet itu dialihkan, nak rampas lagi, tapi kalini pemuda itu pegang pula menggunakan tangan kiri.

"Bak sini jela!" Akhirnya tak dapat dia menahan kemarahan yang mula mendidih dek mamat penyibuk ni.

Heh. Senyuman sinis diberikan pada lelaki muka terdesak di sebelah ni. Saja nak bermain main dengan dia ni. Yela dah lama tak dapat bergurau dengan manusia apalah salah kalau menyakat sekejap. Ajak bergurau pun tak boleh ke?
"Rilekslah." Selamba sahaja pemuda ini berkata lalu beg dompet gadis itu dibuka. Bibir dicebik melihat isi di dalam lalu dua keping not rm10 di ambil.

"Aku kata bak sini sebelum aku bunuh kau!" Bisiknya bagai menjerit lalu mata dijegilkan ingin menakutkan pemuda bertopi putih yang masih menayang senyuman sinis padanya.

Ish dia ni. Tak reti sabar betul.
"Yela nak bagi lah ni."

"Nah."

Berkerut terus kening miliknya apabila selamba badak duit bernilai rm20 dihulur kepadanya. Ergh. Dengusan marah dikeluarkan.
"Aku taknak ! Aku nak semua dalam tu!" Tangan mula bergerak pantas ingin mengambil semula haknya tapi lebih laju pemuda itu menepis tangannya.

"Engkau ni kenapa? Tak reti bersyukur ke aku dah bagi RM20 ni pada kau? " nada pemuda ini yang sangat rileks sangatlah mengjengkelkannya. Ada ke patut disuruhnya dia ambil rm20 sedangkan dia boleh dapat lebih. Sudahlah menyibuk! Tapi.... kenapa lelaki ini berikannya duit? Sedangkan sepatutnya reaksi orang awam biasa ialah akan mengugut untuk menelefon polis? Tetapi yang dia ni boleh pula beri kannya sendiri duit?

DIA ENCIK ANTI HEROWhere stories live. Discover now