4

53 8 0
                                    

"Miskin buat cara miskin."

.

.

.

.

.

"Thank you sir."

Angguk.

"Thank you sir."

Angguk lagi.

"Thank you, sir."

Ya , kepala diangguk lagi. Haih payah macam ni, ni kalau lama lama mahunya jadi burung belatuk aku ni. Dia hanya mampu hulurkan senyuman fake kepada pelajar pelajar nya. Tak boleh tunjuk muka masam, nanti kena kecam, kalau kena kecam , nanti kita femes, kita taknak femes, nanti semua orang kenal, kalau semua kenal, nanti susah nak buat misi kita, kalau tak buat misi kita,  nanti kita tak dapat duit, kita tak dapat duit, kita miskin, nanti miskin macam budak ni. ayo budak... budak miskin ni lagi.

Senyuman fake nya terus terpadam  sendirinya apabila merasai kehadiran seseorang berdiri betul betul di depannya. Alamak. Mata mereka bertentang antara satu sama lain. Dia menelan air liur , sedikit gementar sekiranya ada orang mengenalinya. Tapi.... takkanlah dia kenal? Aku dah make over diri padu sepadu nya.

Terus dia tundukkan wajah dengan  tangan bergerak mengemas alatan masuk ke dapam beg nya. Cepatlah blah , wahai budak. Aku taknak orang kenal aku. Anggap jela aku halimunan.

"Sorry sir, boleh saya tanya?" 

Aish. Bibir digigit cuba menahan geram. Haih kalau tak fikir tengah menyamar ni, dah lama dia hunuskan pisau lipatnya ke depan muka gadis ini sambil kata 'Tak boleh! Tak payah nak tanya tanya! Berambus kau!'

Kepala diangkat.  Sengihan naif seakan bayi baru lahir ke dunia ditayang.
"Ya, ada apa?"

Err.... nak kutuk tapi tak baik. Takpelah, abaikan jela muka sir ni. Senyuman lelaki itu dibalas nipis.
"Sir , kenapa Madam Zila masuk hospital ? Lama ke dia cuti, sir?"

Mana aku tau aduuuu kau ingat aku conan ke. Aku bukannya tukang jaga orang tua tu !
"Tak pasti lah. Tapi yang saya tahu dia accident kelmarin , itu yang kena masuk hospital . Okaylah , saya minta diri dulu." Tak inginlah dia lengahkan masa di sini menghadap soalan soalan lepu oleh gadis ini. Dia datang sini ada tujuan. Dan dia hanya akan stick to the plan , tak akan tersimpang hanya gara gara kewujudan minah miskin ni.

"Oh baik, terima kasih sir."

Demian tersenyum penuh kepalsuan sebelum laju kakinya ingin menghayun pergi , jom jom blah cepat. Tapi betullah orang kata, bahaya di mana mana. Tak sempat ingin buat pecutan maraton,

Puk!

Krik. Krik. Krik. Krik.

Membesar mata Reena Alisya dek apa yang baru terjadi. Dirinya terlalu speechless hingga tak mampu berfikir apa yang patut dia lakukan, patut ke aku tolong dia? Tapi dia lelaki? Tapi macam sedih betul lah imej sir anaqi ni sekarang! Nak menangis pun ada tengok sir nerd ni jatuh tersadung kaki kerusi di depan mata.

Ya! Sir anaqi tersadung lalu terjatuh meniarap di atas lantai di depan matanya! Reena menggerakkan kepala ke kiri kanan , cis aku seorang je tinggal dalam bilik kuliah ni . Macam mana nak tolong ni!
"Sir, sir okay ke? Sir nak saya tolong ke? Sir, sir hidup lagi ke tak ni?"  Jangan buat saya panik sir. Apahal mamat ni tak bergerak?

Cis , tak jadi pulak nak pura pura pengsan. Waduuu waduuu. Macam mana pulak boleh jatuh ni, dah lah depan budak miskin ni! Hancurnya maruah aku. Sebenarnya dia tak bergerak sebab mukanya sudah berkerut seribu mencuba menahan malu yang memang tinggi sekarang ni.
"Seuya woottaey, aweòk pfrergileu duelue."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 19, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DIA ENCIK ANTI HEROWhere stories live. Discover now