"Aku ni pembunuh upahan! "
.
.
.
.
"Datang akhirnya engkau, aku fikirkan engkau dah cabut lari."
Dia mencebik sebelum selamba mengambil tempat di atas sofa sambil kaki diletakkan di atas meja. Biadap sungguh, sudahlah tak dipelawa duduk , sedap sedap sahaja duduk bagai ini rumah dia. Tapi itulah sikap original nya yang semua orang sudah tahu. Jadi tak kuasa la orang nak berleteh padanya tentang adab dengan orang tua. Dia ?beradap? Tak pernah dilihat.
"Memang aku nak cabut pun , tapi terkenangkan cara penuh terdesak engkau merayu minta pertolongan aku, nak jugak lah aku dengar apa sebab engkau jadi terdesak sangat mengemis ehsan aku."
Dato hasyim mengerling geram pada Demian yang bercakap bagai mengejeknya. Selepas itu, sukahati demian sahaja mengambil air Latte panas nya dan dihirup. Bukan dato hasyim sahaja yang rasa nak tampar budak kurang ajaran ni, malah pembantu dan pengawal dato hasyim di sebelah juga memandang jengkel demian. Apa apa jela. Janji demian sudi membantunya cukup membuatkan dia tak jadi nak naik hantu melihat air lattenya sudah habis ditelan.
"Aku perlukan bantuan engkau."
Pendengaran demian mula fokus tertuju pada dato hasyim memberi peluang untuk lelaki itu menjelaskan secara terperinci.
"Aku nak engkau bersihkan dia dari alam ni."Pok! Beberapa keping gambar dilempar ke atas meja oleh dato hasyim berjaya menarik perhatian Demian untuk meneliti wajah tua yang beruban tersenyum lebar . Wah manyak suka orang tua ni?
"Ini jaafar. Tan sri jaafar ali. Kau kenal?" Rokok dibakar lalu disedut.
"Tak. Aku jarang nak kenal orang low class." Katanya sambil menutup hidung lemas dengan bau asap rokok yang sedap dihembus dato hasyim. Hish orang tua ni, nak mati sebab rokok, mati la sorang sorang, jangan nak jadi punca kesihatan aku terjejas pulak ! Apa? Salah ke orang gila nak jaga kesihatan?
Dato hasyim serentak bersama anak anak buahnya menggulingkan mata menyampah dengan ayat bongkak sombong yang biasa dituturkan oleh Demian.
"Aku nak minta bantuan kau untuk hapuskan dia. Tapi sebelum tu, aku nak kau siasat pasal dia. Ada sesuatu yang aku teringin nak dedahkan pada satu dunia. Kebenaran tentang dia ni. "Kebenaran?
"Maksud kau?"Senyuman sinis berdendam terukir di hujung bibir. Tangan mengepal penumbuk.
"Aku yakin, dia ni lah pembunuh qaisara tapi.... aku tak ada bukti kukuh. Susah nak tangkap kerja kerja kotor yang dia dah lakukan sebab yela orang kan fikir dia ni malaikat sangat." Wajah qaisara di atas meja berjaya mengubah riak muka bengis nya kepada sayu . Sedih mula datang bertandang di dalam hati terkenangkan pemergian anak tercinta."So?"
"Kau siasat tentang dia, dan jika kau sudah tahu sama ada dia yang bunuh anak aku, aku nak kau cincang dia sampai lumat. Tapi jangan sampai orang tau tentang rahsia kita."
Kening yang lurus terus berkerut bersama wajah tak puas hati. Demian menggelengkan kepala bagai tidak setuju dengan apa yang baru dikatakan dato hasyim.
"Eh jap, aku ni pembunuh upahan. Bukannya detective conan nak siasat pasal dia bagai. Suruh orang lainlah!" Ish bagi aku kerja susah susah pulak , nak siasat bagai. Kalau bunuh tu senang lah jugak, masuk , tembak, berambus. Nak suruh aku jadi student nak kena buat research bagai. Eh memang makan kaki si hasyim ni kang.Aduh macam macam hal la si demian ni! Tapi dia tahu dia tak boleh kehilangan demian yang memegang watak penting dalam misi ini. Semuanya kerana dia sendiri sudah maklum tentang kepakaran demian dalam menarik nyawa manusia .
"Aku naikkan upah kau. 2 kali ganda."
YOU ARE READING
DIA ENCIK ANTI HERO
RomanceCEO OF ORANG GILA (5th book of DIA ENCIK series) Dia ni... memang tak pernah senyum ke? Kalau senyum pun balik balik senyuman psiko serupa orang gila sahaja. Dia ni.... memang kejam dari lahir ke? Kenapa perasaan belas ehsan bagai tiada dalam diri...