who is he?

23 8 1
                                    

"Aku setuju."
.

.

.

.

.


"Ada orang nak jumpa awak, sila ikut kami dan jangan buat perangai."

Buat perangai? Tak faham, pernah buat kek cawan tu adalah, itupun sekali masa umur 5 tahun. Seperti biasa, loyar buruk itu disimpan di dalam mindanya , bukan kerana takut dengan pegawai yang mungkin akan mengamuk seandainya dia membalas kata sedemikian, tetapi hanya kerana dia tidak mahu melepaskan peluang mahu melihat siapa yang nak sangat berjumpa dengannya setelah 3 kali dia menolak. Bukannya introvert sangat pun, cuma dah malas nak hadap perangai manusia yang bermacam.

Apa yang dia mampu lakukan adalah menghulurkan senyuman sinis di hujung bibir pada pegawai yang mengajaknya keluar dari sel penjaranya. Dan nampaknya senyuman sinisnya berjaya membuat pegawai bernama 'Jasni' itu menelan air liur. Dia nak mengamuk pada aku? Heh dia yang terkencing dulu adalah kalau nak lawan dengan aku, well biasalah, siapa je tak takut dengan penjenayah macam aku. Tapi tulah kenapa ek dia nak takut? Nak kata muka aku buruk macam penjenayah lain tak adalah sangat.

Aku berupa apa? Tak adalah macam syafiq style tapi adalah hensem sikit dari dia.

Nak kata takut sebab kes aku ?  Ala bunuh orang je pun. Tak adalah ekstrem mana. Bukannya perogol bersiri pun sampai dia nak buat muka cuak pada aku macam aku teringin sangat nak rogol dia. Hello, sesyaitan syaitan aku, aku masih berminat pada wanita okay? Walaupun aku tak pernah bercinta,  tapi aku yakin aku lelaki tulen sejati gagah perkasa cek mek molek......

"Cepat gerak!"

Lamunan puji memuji diri sendirinya terhenti apabila bahunya terasa ditolak sedikit oleh pegawai polis bernama Jasni tadi. Hmmph. Kurang ajar, berani kau kacau me time aku untuk puji diri sendiri.  Dengusan dia keluarkan sambil menjeling padu polis di belakangnya yang sedaya upaya membuat muka biasa walau dahi sudah berpeluh dek dijeling oleh si penjenayah.

Ah tak kisahlah. Baik kita tengok siapa yang nak jumpa sangat aku ni walau kene reject hampir 3 kali. Eish dah kena reject buat cara kena reject, patutnya depa yang kena melutut depan aku untuk jumpa dengan aku yang limited edisen ni bukannya aku pulak yang terkinja kinja keluar dari sel tu nak jumpa dia. Dasar tahik kucing.

Pintu dibuka dari luar menjadikan dirinya akhirnya mampu melihat bilik yang berdinding transparent yang membolehlan dia melihat siapa yang beria datang untuk berjumpa dengannya. Haduh. Dia ni pulak. Dengan muka terpaling tiada mood malas nak layan , terpaksa dia duduk akur pada kerusi yang disediakan menghadap manusia yang duduk berhadapan pada dunia bebas di sebalik dinding lutsinar di depannya ini.

Kelihatan lelaki berjambang itu membuat isyarat padanya untuk mengangkat telefon khas bertujuan untuk berkomunikasi padanya. Pfft. Malasnya aku nak layan dia ni. Mata diputarkan menyampah lalu dengan lepu selepu nya dia meletakkan gagang telefon pada telinganya.

"Kau jangan nak bazirkan masa aku, aku taknak jumpa tu taknaklah, yang bebal sangat tak reti bahasa kenapa? " padan muka. Siapa suruh paksa dia angkat telefon, kan tanpa salam dia sudah mengherdik dahulu gerangan manusia yang tak habis habis sibuk kacau life orang. Lantaklah dia ni orang tua ke apa, istilah nilai murni hormat menghormati tu sudah lama dia bakar habis kerentungan dari dalam diri.

"Dem, kau kene tolong Dato' hasyim. Dia perlukan bantuan kau. "

Heh. Gelakkan penuh sinis menyerlahkan gigi tersusunnya dia hamburkan sebagai reaksi pada wajah meminta pertolongan kuli dato hasyim.
"Orang tua tu nak apa lagi? Nak tolong apa? Eh aku tahulah dia tu dah tua bangka tapi takkanlah tak nampak yang aku ni ada dalam penjara, bebal. " dah dalam penjara, mana datang nya nak tolong, eh korang ni dulu sekolah tak habis ke? 

"Aku tahu dem. Tapi, dia terdesak, dia tahu kau je boleh tolong dia., tolonglah dia dem." Masih tak berputus asa lelaki tua itu merayu sebagai wakil bos nya. Jikalau bukan kerana bos nya sudah banyak membantu hidupnya , tak ada makna dia nak tebalkan muka ingin berjumpa pemuda yang tak ada unsur beradap dan hidung tinggi. Berlagak sombong.

Aduuuu. Dahi digaru tanda rimas. Balik balik nama dia, dari aku bebas kat dunia luar sampailah aku dalam penjara, dia tetap nak hantui hidup aku kan? Eh memang aku bunuh terus lah dia lepas keluar penjara ni.
"Eish semak lah si hasyim tu. Kau balik jela aku malas lah nak layan balaci dia. Buang masa aku je. Dahlah baik aku caw." matanya menjeling tajam pegawai polis yang masih ada di sebelahnya menemani. Yang ni pulak buat jelah kerja sibuk pasang telinga apahal?

Jasni menelan air liur dek panahan tajam mata gangster yang dia harus jaga ni. Seramnya mata dia. Tak boleh bayang kalau ada perempuan akan jatuh suka pada dia ni. Eee seram.

"Dia akan ikat jamin kau. Sampai kau bebas dari penjara ni.

Pergerakan tangannya yang ingin meletakkan kembali ganggang telefon terus terhenti setelah ayat dari balaci dato hasyim masuk ke dalam telinganya.

"Kau tahu kan? Mahkamah dah benarkan pemohonan ikat jamin kau? Jadi dato hasyim segera suruh aku bagitau kau. Dia betul betul perlukan pertolongan kau."

Keadaan diam seketika. Dia melihat wajah pemuda itu masih bereaksi bad mood seperti biasa tetapi seperti sedang berfikir.

"30 saat lagi!"

30 saat?? Tak boleh jadi. Kita kena yakinkan lagi dem ni sampai jadi. Naya aku kalau dato hasyim tahu proses pujuk memujuk ini tak jalan.

"Kau mesti nak hidup bebas kat luar macam biasa semula kan? Boleh dem. Kami boleh bantu, cuma kau kene bantu kami balik. Percayalah, dato hasyim akan upah peguam terbaik untuk kau dan ikat jamin akan berjalan lancar sebab kau sendiri tahu setiap pembunuhan kau buat jaranglah ada kesan ditinggalkan. Bukti pembunuhan kau terlalu sedikit. Kau boleh bebas dem."

"5 saat lagi!!!"

Tidak! Rahmat mengetap gigi kerana terdesak. Tolonglah Dem!

4...

3...

2....

.

.

.

"Well kau bertuah kali ni. Aku setuju."  Senyuman sinis diberikan.

.

.

.

Ah tak kisahlah. Janji aku dapat bebas dari tempat ni. Tempat tidur berdebu, makanan tak sedap, petang petang paksa aku join aktiviti , apa ingat koku ke? No class . Aku taknak.

.

.

.

Lagipun.... bila dah bebas nanti...

.

.

Senang sikitlah kita nak balas dendam...

.

.

Pada manusia yang terlebih bijaksana bawak aku ke mari.

Senyuman penuh maknanya makin menyenget hingga tidak menyedari pegawai bernama jasni itu sudah memanggil manggil nya untuk bangun.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

STAR TANDA HADIR, KOMEN TANDA SUPPORT .

HAHAHAHAHA TIBEH. curiosity meningkat?  Nantikan eps seterusnya muahhahahahaa. Siapa siapa yang rindu sis tu bolehlah jenguk story ni hm... kesian story lama, tergantung sepi hakim rusli. Hmmm... sayang mmg sayang tapi wattpad terlalu anak haram untuk sis hmmmm.

apapun love yall assalammualaikum!!!!

Agak agak apa nama hero kita yang terpaling dark concept ni ye?

DIA ENCIK ANTI HEROWhere stories live. Discover now