"Kai hadiah terbaik mama"

152 6 0
                                    

• Ali x Alicia •
-Ali & Alicia (23)
Timeskip! ⚠

-Married

Hospital Besar Cyberaya
12/5  9:30 malam

Lahirlah seorang bayi lelaki yang diberi nama Elkairo Kenzie Azael, seorang bayi yang sihat

Setelah semua urusan selesai, Ali yang baru sampai dalam keadaan yang kusut akibat dia berlari dengan sangat laju, bertanya kepada jururawat disitu tentang bilik isterinya

Sampai sahaja di hadapan bilik, dia terus membuka pintu. Kelihatan geng-geng Mamak Maju berada disitu. Disebabkan meeting kecemasan tadilah membuatkan dia tidak dapat menemani Alicia semasa dia melahirkan cahaya matanya

Rama yang melihat Ali hanya tersenyun sebelum mereka meminta diri, memberi ruang kepada mereka bertiga

Keadaan Alicia masih lagi lemah, jadi dia hanya sekadar berbaring. Ali segera pergi ke sisinya

“Sayang, sorry lah tadi ada emergency, boss buat meeting tibe-tibe, maaf tau tak dapat teman tadi” ujarnya sambil mencium dahi Alicia

Alicia hanya tersenyum kecil

“Tadi, jururawat lelaki tu tolong azankan sebelum awak sampai” Ali menunjukkan reaksi sedih. Dia tahu yang Ali memang nak sangat azankan anak mereka, tapi tulah

“Mana Kai?” tanya Alicia

“Kai kat sini, mama” ujar Ali sambil menolak katilnya mendekati katil Alicia

“Hai hensem papa, comel uwidhs” Ali tidak dapat menahan kecomelan anaknya. Alicia berusaha untuk bangun dan duduk, dibantu oleh Ali

“Assalamualaikum sayang” ujar Alicia perlahan

“Nama panjang, kite panggil dia Kai jugak” ujar Ali. Alicia hanya tertawa

🧸

Satu benda yang dia lemah, dia tak berapa pandai menghadapi anak kecil mahupun anaknya sendiri. Dibesarkan tanpa seorang ibu baginya agak sukar. Memandangkan ibu Ali sendiri sudah tiada, mereka terpaksa mengambil pembantu untuk menolong Alicia

Buat masa sekarang, Alicia mengambil cuti kerja kerana baru lepas bersalin dan harini telah masuk dua minggu sejak dia bersalin

Kai yang baru sahaja bangun, menangis dengan kuat. Pembantu mereka pula, Bu Inah sedang menyiram pokok di luar, jadi dia tidak mendengar tangisan Kai

Alicia yang berada berdekatan dengan biliknya segera berlari ke sana

“Sayang, sayang.. Kenapa ni?” Alicia cuba menenangkan anaknya

Namun, semua tidak menjadi. Alicia mula rasa tertekan dengan tangisan anaknya. Dia cuba untuk memberi susu tetapi tidak menjadi jugak, sebelum..

“Mama tak faham Kai! Kenapa ni?!” tanpa sedar, dia telah meninggikan suara menyebabkan Kai menangis lebih kuat

Dia berlari kembali ke arah biliknya lalu menangis

Apa dia nak buat? Dia takut. Nak angkat Kai, tapi takut Kai akan menangis dengan lebih kuat. The only time dia angkat anak dia tu pun masa dia dah tidur. Waktu lain dia memang tak berani

Tanpa dia sedar, Ali telah pon tiba di rumah. Mendengar tangisan si kecil, Ali segera ke bilik anaknya

“Shushh shuhshh..Kenapa ni Kai?” Dia menenangkan anaknya, mendukungnya dan membawanya berhampiran tingkap

Dalam sekelip mata, Kai berhenti menangis. Dengan perlahan-lahan, dia meletakkan Kai ke dalam katilnya semula

Dia melangkah keluar, cuba mencari di mana isterinya berada

“Ha Bu Inah, ade nampak Alicia?” ujarnya, melihat Bu Inah yang baru sahaja masuk dari pintu belakang

“Nggak Mas, mungkin Mbak di biliknya. Soalnya, dia bilang kerjanya masih banyak” Ali mengangguk, sebelum mengorak langkah ke arah bilik bacaan Alicia

Dia cuba membuka pintu tersebut, tidak terkunci tapi seperti ada yang menghadang pintu tersebut

“Icha? Awak kat dalam ke?” soalnya, sebelum dia terdengar suara tangisan dari dalam

Dia ingin merempuh pintu tersebut sebelum pintu tersebut terbuka sendiri, menampakkan isterinya yang berada dalam keadaan kusut

“Hey sayang, kenapa ni..?” Segera Ali memeluknya, membiarkan Alicia menangis dalam pelukannya

“Saya minta maaf, tadi..saya takut.. Kai nangis..Bu Inah kat luar... Saya tertekan sebab Kai tak nak berhenti...Maaf” Makin kuat pula tangisannya

Sisi yang Ali jarang nampak, Alicia takut. Alicia takut yang dia akan menyakitkan anaknya. Dia takut tidak dapat menjadi seorang ibu yang baik. Baginya, menjadi seorang ibu itu sangat menakutkan

Dia tak nak tinggalkan anaknya sama macam yang ibu bapanya buat

“Takpe, kite sama-sama baru jadi mak ayah kan. Takpelah, kite belajar sama-sama. Suami awak yang hebat ni ada dengan awak, jadi janganlah takut” Amboi, sempat lagi dia ni

Alicia hanya memukul bahu Ali sebelum mengelap air matanya

“Dah dah, Kai dah tidur dah. Nanti saya tolong mandikan dia eh?” Comel lah isteri aku ni.

.
Beberapa tahun kemudian

Gelak tawa seorang anak kecil kedengaran, diikut dengan suara seorang lelaki yang sedang membuat bunyi seperti bunyi raksaksa

“HAAAA MAMA TOLONGG!! HAHAHA” teriak Kai sambil berlari ke belakang Alicia

“Hah! Mana nak lari?” ujar Ali, mencuba untuk mencapai anaknya yang sedang mengejeknya sebelum budak kecil tersebut lari keluar ke laman belakang

“Tak adil, papa tak kata pun kite main sampai laman belakang” Nak tak nak, dia pon sambunglah mengejar anaknya itu

Alicia hanya menggeleng sambil tersenyum

‘Selain Ali, ada lagi hadiah yang paling terbaik yang pernah aku dapat, satu-satunya anak aku, Kai’

• The End •

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ᴇᴊᴇɴ ᴀʟɪ ᴏɴᴇꜱʜᴏᴛ 🎀Where stories live. Discover now