1 | Ego

422 30 1
                                    

•Tuan Ian Asyar•

"KAU ni menyusahkan lah !" Ian menolak punggung Nayla sehingga dia jatuh terduduk.

Dia, Nayla Makayla.

Di kahwin paksa , suami kaki pukul serta membencinya.

Ini lah kisah hidup Tuan Ian Asyar dan Nayla Makayla.

"BODOH TAK SEDAP SIAL KAU MASAK. NAK BAGI AKU MAMPUS KE ?!" Ian menolak pinggan jatuh ke lantai.

"Kau ni kan, kalau tak reti masak tak payah nak masak sangat lah." Kepala Nayla ditunjalnya menggunakan jari telunjuk.

Nayla hanya menundukkan kepala ke lantai.

Kaku.

"Kau kalau aku tengah bercakap pandang muka aku. Asal ? Lantai tu cantik sangat ke ?" Tangan Ian mencengkam kepala isterinya sehingga terdongak Nayla.

Menitis air mata seorang wanita. Adakah Ian peduli ?

Tidak sama sekali.

•Nayla Makayla•

MALAM sudah menjelma, Nayla sedang mengemas katilnya untuk tidur sebentar lagi.

"Penat lah hidup macam ni. Kenapa tak mati je ?" Nayla meletakkan tangan ke muka selepas mendarat di katil.

Makin lama makin terbuai.

Tidur, esok banyak lagi cabaran yang perlu dirinya hadap.

Tepat pukul 1:30 pagi, bunyi pintu bilik Nayla terbuka.

Berhati-hati Ian masuk supaya tidak menganggu isterinya sedang dibuai mimpi.

Kaki memanjat katil di mana tempat isterinya berada.

Ian baring di tepi Nayla yang sedang tidur seperti bintang.

Ian menarik Nayla berhati-hati supaya badan isterinya meringkuk ke dalam pelukannya.

"Mesti kau letihkan hadap perangai aku sayang ?" Tangannya mengelus kepala si isteri.

Setiap malam Ian ke bilik Nayla untuk melihat keadaan si isteri.

Jika terdapat luka, dia ubati.
Jika mata si isteri kelihatan sembab, dia kucupi berkali-kali.

Tapi tidak bermaksud mahu menganggu tidur si isteri.

Tidak pernah langsung Nayla terjaga di tengah malam. Sungguh nyenyak dia tidur sehingga tidak sedar apa yang dilakukan oleh Ian.

Disebabkan itu Ian berani.

Ian menyanyangi Nayla tetapi ego menguasai diri, semuanya terbatas.

Nampak disitu anak-anak, Ian ni bangang orangnya.

"Urmm." Tiba-tiba Nayla merengek seperti bayi. Ian tergelak kecil melihat perangai Nayla yang manja itu.

'Mungkin aku perlu ubah perangai aku, turunkan ego Yan' kata hati Ian.

Ian terus melangkah keluar apabila jam sudah ke arah 2:15 pagi.

Milik Tuan AsyarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang