•Tuan Ian Asyar•
TERUJA Nayla apabila dapat discharge lebih awal berbanding masa yang ditetapkan. Dia yang memujuk Ian supaya dapat keluar pada hari ini.
Mulanya Ian membantah tetapi oleh kerana Nayla yang hampir menangis ketika memujuknya itu terus dia membuat keputusan untuk membawa Nayla pulang dengan lebih awal.
"Awak..." Ian mengumam perlahan, mata masih lagi menghadap ipad.
Game lagi penting kan.
Ouh kebetulan, mereka baru sahaja sampai di rumah ibu Nayla. Kata ibunya biar lah dia berehat di sini buat seketika waktu.
"Awak nak anak tak ?" Ian yang tadi nya memandang ipad terus mengalihkan pandangan.
Sekarang isteri lagi penting.
"Soalan apa kau bagi ni ? Mestilah nak." Pelik benar soalan si isteri. Dah tentu dia menginginkan waris.
Untuk syarikatnya juga. Dia sudah tua siapa mahu mengambil alih ?
"Jom" Semakin pelik Ian terhadap Nayla.
Nak pergi mana pulak malam-malam macam ni ?
"Pergi syurga jom" Nayla menarik tangan Ian untuk ke arah katil yang tidak jauh dari sofa bilik itu.
Ian mengangkat kening. Tergelak kecil Ian dengan tingkah laku si isteri.
Terus badan kecil itu dicempung.
•Nayla Makayla•
"Hey bangun solat Subuh" Ian menggoyangkan bahu terdedah Nayla.
Nayla membuka matanya dan disajikan muka Ian yang sedang tersenyum kearahnya.
Masyaallah indahnya ciptaan Mu.
"Dah jom mandi lepastu nanti nak solat subuh pula." Ian menarik Nayla supaya bangun dan menyandarkan kepala si isteri di birai katil.
"Boleh jalan ke tidak ni ? ke nak aku mandikan ?" Ian memandang Nayla dari atas hingga kebawah lalu tersenyum nakal.
"Gatal lah awak ni" Nayla terus menutup muka Ian dengan tangan kecilnya itu.
Tidak mahu melihat wajah nakal Ian.
Miang sungguh lah suami dia ni. Takut.
•Tuan Ian Asyar•
"IAN mana ? Pergi panggil dia yang ini biar ibu yang siapkan" Nayla mengangguk kepala tanda mendengar arahan.
Kaki terus mengorak langkah ke arah tangga.
Dedaun pintu dibuka perlahan-lahan sambil kepala terjengul melihat di dalam. Kelihatan Ian masih lagi dengan lenanya.
Selepas solat Subuh tadi Ian pula yang tertidur, penat katanya.
Kaki terus berjalan masuk ke dalam bilik lalu dikuncinya pintu.
Apabila sudah sampai di tepi katil, tangannya mulai menggerakkan bahu encik suami untuk dikejutkan.
"Awak bangunlah, sudah pukul 9 ini, ibu suruh kejutkan awak. Makan pagi jom." Kata Nayla sambil menggerakkan bahu si suami.
"Ya erm." Sahut Ian lemah. Apa yang penat sangat pun tidak tahu lah.
Kepala tergeleng-geleng melihat perangai tak semenggah Ian.
Orang suruh bangun makan saja bukan suruh sembelih lembu.
"AWAK BANGUN LAH !" Akibat geram dengan si suami, Nayla terus menepuk kuat belakang badan Ian yang tidak memakai apa-apa kain fabrik itu.
Geram sahaja melihat si suami yang ubah posisi tidur.
"Aduh sakit lah. YA YA AKU BANGUN !" Ian yang sedang mengerang sakit terus bangun.
Matanya terus segar apabila sakit dibahagian belakangnya menyerang.
Ganas betul si gendut ini.
"Ha baru reti nak bangun. Dah cepat pergi basuh muka. Saya tunggu sini." Tangan terus menolak badan Ian untuk masuk ke dalam bilik air.
Bibir mengukir senyuman jahat.
Suka dapat mengenakan si suami.
![](https://img.wattpad.com/cover/328916014-288-k766178.jpg)
YOU ARE READING
Milik Tuan Asyar
Historia CortaBook 2 || Milik Tuan Asyar Tuan Ian Asyar yang dahulunya kejam terhadap isterinya angkara ego akhirnya tersungkur. Start : 01.02.23 End :