•Nayla Makayla•
Kaki melangkah ke arah biliknya semula. Pintu dibuka lalu matanya menatap ke arah si isteri yang tidak henti-henti tertawa.
Apa yang lawak pun dia tidak tahu. Dia masuk pun diabaikan eih.
"Sayang !" Sudah berapa kali dia memanggil isterinya tetapi si gendut itu buat tak endah saja.
Rasa mahu meletup saja dia sekarang ni.
"Ye abang kenapa ?" Pandangan dilemparkan ke arah Ian sekejap lalu menyambung melihat screen laptop kembali.
"Sudah lah malas cakap dengan sayang !" Ian terus berjalan kearah meja kerja nya. Laptop kerjanya dibuka kasar lalu jari lincah menekan papan kekunci.
Nayla yang berada di sofa mulai terkulat-kulat melihat perbuatan si suami.
'Apa salah aku ?'
Laptop terus ditutup lalu kaki melangkah perlahan ke meja kerja si suami.
Tanpa aba-aba tangannya terus menarik kerusi berhadapan si suami.
"Abang Nayla minta maaf." tangan mengkuis meja tersebut. Mata hanya memandang pergerakan jari sendiri.
"DAH TAK MAHU KAWAN DENGAN SAYANG !" Bentak Ian. Geram barangkali dengan perangai isterinya itu tadi.
Fikir bini dia je boleh gedik ?
"Abang ni gedik lah, menyampah betul." Terlanjur akan kata-katanya, terus dia menekup mulutnya sendiri. Mata dibesarkan kerana terkejut apa yang dikatakan oleh mulut sendiri.
"SAYANG !"
"Uish boss dah kene rasmi dengan isteri dia ke ?" Ain yang tidak henti mengunyah mula bertanya pada Fatimah. Habis makanan yang dikunyah tersembur di permukaan meja kerjanya.
"Jangan melalut lah jibake." Ain menjeling geram pada Fatimah.
Tanya je pun.
•Tuan Ian Asyar•
"Abang... abang marah Nayla lagi ke ?" Suara cuba dilembutkan kerana dia tahu ini adalah salah satu titik kelemahan Ian.
Suara maknyah gitu.
"Hm." Itu saja yang keluar di mulut Ian dari tadi. Mahu tak mahu saja lihatnya.
"Dah lah asyik abang aja yang merajuk. Biar Nayla pula merajuk !" Sudah pelik pula jadinya tapi nak buat macam mana ?
Perempuan kan kena menang.
Ian menjongketkan keningnya sambil matanya me lirik ke arah Nayla.
Spek hitam diturunkan ke pangkal hidung, kepala ditoleh sedikit bagi melihat aksi Nayla yang mencuit hati.
"Dia pula yang merajuk, abang ni tak di pujuk lagi pun." Nayla hanya membuat muka selamba sahaja dengan ujaran si suami.
"Dah lah kosong-kosong lah."
"Maknanya abang dah tak merajuk dengan Nayla lah kan ?" Nayla kalihkan kepalanya ke arah Ian dengan senyuman teruja.
"Ya sayang." Hilang terus matanya apabila senyuman penuh ikhlas dipamerkan.
Tangan kiri Ian yang berada di internel car box itu di seluk manja. Kepalanya terus menyendeng dibahu Ian.
Pintu disebelah penumpang dibuka Ian dengan senang hati. Tangan Nayla di gapai dan digenggam erat.
Apabila kereta sudah dikunci mereka terus melangkah ke arah pintu rumah.
"Ya Allah anak menantu aku dah sampai." Puan Alaina menyambut mesra kehadiran anak menantunya di depan pintu.
"Assalamualaikum bonda." Nayla menyalam tangan mak mertuanya sambil dilagakan pipi seterusnya Ian pula menyusul.
Puan Alaina memeluk anaknya erat bagaikan tidak mahu lepas. Rindu lagaknya kerana selepas mereka mendirikan rumah tangga mereka tidak pernah datang melawat bonda dan ayahnda nya.
Busy lah katakan.
"Sudah lah. Jom pergi makan ayahnda dah lapar ni." Entah bila Tuan Ayiz datang terus mencelah drama yang ditayang tanpa berbayar itu.
"Ish abang ni." Puan Alaina menjengilkan matanya kearah Tuan Ayiz.
Tuan Ayiz hanya selamba menonong ke arah dapur tanpa mempedulikan mata Puan Alaina yang menikam ke arahnya.
Tidak takut bini hadir.
"Adik Riz mana bonda ?" Tangan yang dipenuhi makanan disuap ke dalam mulut sambil mata melilau kearah ruang rumah.
Sudah lama dia tidak berjumpa dengan adiknya.
"Adik Riz dia dah mula kerja sambilan dekat panggung wayang nak ada duit sendiri katanya, nanti pukul 6 balik lah tu."
Ian hanya mengangguk mendengar ujaran bondanya.
Tidak dinafikan adiknya itu memang rajin berkerja jikalau cuti sem bermula. Suruh berkerja di pejabatnya itu tidak mahu, nak juga mencari kerja sendirian.
•Nayla Makayla•
Selesai makan, mereka terus masuk ke bilik memandangkan waktu solat Zohor sudah berkumandang. Sebelum makan lagi dia sudah menghubungi personal assistant nya untuk memaklumkan bahawa dia tidak akan masuk ofis lagi selepas ini.
"Abang nak mandi dulu ke ? Kalau tak saya nak mandi dulu." Dia mempunyai baju di rumah mak mertuanya ini pun kerana awal khawin dia sudah meletakkan beberapa helai baju di sini untuk menyenangkan dia supaya tidak membawa baju lagi jikalau mahu bermalam disini.
"Sayang pergi lah mandi dulu, nanti abang masuk." Mata masih memandang kearah telefon. Lihat apa pun tidak tahu lah.
Bantal yang ada di hujung katil diambil dan dilemparkan ke arah si suami yang khusyuk melihat telefon di birai katil tersebut.
"Orang tua gatal." Gumam Nayra. Tuala di penyangkut terus di ambil dan berjalan ke arah bilik mandi tanpa pedulikan suara yang separa geram itu.
Pintu bilik mandi sempat dikuncinya. Risau haiwan masuk!

ANDA SEDANG MEMBACA
Milik Tuan Asyar
Krótkie OpowiadaniaBook 2 || Milik Tuan Asyar Tuan Ian Asyar yang dahulunya kejam terhadap isterinya angkara ego akhirnya tersungkur. Start : 01.02.23 End :