•Nayla Makayla•
BUNYI bising di dapur menyentakkan Ian yang sedang tidur. Dia bangun lalu mencapai tuala untuk mandi.
Selesai mandi, Ian pergi ke arah almari bajunya lalu mengambil sehelai t-shirt dan seluar pendek paras lutut.
Hari ini hari minggu jadi dia tidak perlu masuk office. Jika apa-apa berlaku baru PA nya hubungi.
Kaki melangkah ke arah dapur sedari tadi bau nasi goreng menyapa rongga hidungnya.
Matanya kian ralit melihat pemandangan yang cukup indah. Isterinya sedang menggaul nasi goreng di kuali.
Kelihatan Nayla memakai kain batik serta baju oversized. Suka benar si isteri menggunakan pakaian sebegitu.
Kaki perlahan melangkah kehadapan.
Sampai di belakang si isteri terus tangan nya mendarat di pinggang Nayla.
Terkejut bukan main kepalang wanita itu. Tiba-tiba dia berasa gelisah dan cemas. Ian yang melihat isterinya seperti cemas itu terus menarik bahu Nayla berhadapan dengannya.
"Eh kau okey tak ? Asal ni ?!" Ian membelek badan si isteri lalu mencari anak mata wanita itu.
Tetapi Nayla sama seperti tadi, tiada apa-apa perubahan.
Anak mata nya juga memandang ke semua tempat.
Akhirnya Nayla jatuh pengsan dipangkuan Ian pantas jejaka itu mengangkat si isteri keluar rumah lalu ke kereta, sempat juga jejaka tampan itu mengambil barang-barang penting dia dan juga isterinya.
•Tuan Ian Asyar•
TERASA deruan nafas seseorang, Nayla tersedar dari jaga.
Matanya cuba ditenyeh tetapi tangannya telah dihalang oleh sesuatu objek yang keras tetapi lembut.
Badannya 100% berada di dalam dakapan Ian.
Tangannya juga telah dililit dengan tangan Ian.
Dia cuba bergerak sedikit, tetapi tiada tanda-tanda Ian mahu bangun. Kakinya cuba digeserkan ke kaki Ian.
Ian mengumam perlahan apabila tidurnya terganggu. Kepala terus disembamkan di ceruk leher Nayra yang berlapikkan tudung sarung itu.
"Awak, s-saya nak ba-bangun." Mendengar suara takut si isteri terus Ian menegakkan badannya.
Ian baru tersedar apa yang berlaku tadi.
'Apa kau ni Ian boleh pulak tidur atas bini kau. Aduh jatuh saham aku. Malunya.'
Mukanya terus diraup lalu mengangkat kaki dari atas katil hospital tersebut.
Baru sahaja satu kaki diturunkan dapat dia rasa tangan kanannya telah digenggam oleh tangan kecil.
"A-awak nak pergi mana ?" Mata terus dilirik ke arah si isteri. Nayra mengemam bibir apabila panahan mata si suami tepat ke anak matanya.
Ian yang tersedar raut muka si isteri dalam ketakutan terus me'natural'kan mukanya.
"Aku nak mandi. Kenapa ? Nak ikut sekali ke ?" Bibir saja diangkat dengan pandangan nakal diberikan.
"Ouh nak."
"EHH TAKK !" Terangkat kening jejaka itu. Terdengar gelakkan dari Ian.
Terkaku Nayra dengar. Tawa yang tidak pernah didengarnya.
Dengan halkum turun naik.
Tangan cuba diletakkan di halkum si suami.
Ian yang melihat terus memegang tangan Nayra yang ingin memegang halkum nya. Mahu menghalang wanita itu bertindak lebih lagi.
"Don't tease me wife..." jelas halkum nya turun-naik seperti mahukan sesuatu.
Nayra yang nampak pandangan redup si suami terus membetulkan kedudukan.
Mata tidak henti melilau ke arah lain.
"Dah jom aku mandikan kau" badan kecil itu dicempung Ian. Terjerit kecil Nayra diperlakukan sebegitu.
Sangat tidak diduga.
YOU ARE READING
Milik Tuan Asyar
ContoBook 2 || Milik Tuan Asyar Tuan Ian Asyar yang dahulunya kejam terhadap isterinya angkara ego akhirnya tersungkur. Start : 01.02.23 End :