4 | Balik

168 14 0
                                        

•Nayla Makayla•

SUDAH 3 hari mereka betapa di rumah milik ibu ayah Nayla sudah tiba masanya untuk mereka balik ke rumah sendiri memandangkan Ian perlu menyambung tugasnya sebagai CEO seperti biasa.

Kalau diikutkan mahu saja Ian berulang alik dari tempat kerja ke rumah ibu ayah mertuanya tetapi rumah ibu ayah Nayla terletak di pahang, mereka pula menetap di Kuala Lumpur.

Bagaimana mahu ulang-alik ?

"Sayang jom lah ikut abang balik." Sekarang ni Ian sedang memujuk Nayla agar mengikutinya balik ke rumah mereka tetapi Nayla enggan kerana masih trauma dengan apa yang telah terjadi sebelum ini.

"Aaa Nayla tak mahu !" Merengek si gendut itu tidak mahu mengikuti si suami balik.

Ian berdecit perlahan, lelah dirinya ingin memujuk isteri sejenis keras kepala seperti Nayla itu.

"Kalau macam itu abang tak mahu bagi Nayla mengandung !" Mula lah ugutan Ian berikan terhadap si isteri.

Sudah seminggu mereka berbaik, Alhamdulillah Ian sudah meminta maaf kepada si isteri dan menurunkan egonya demi seketul Nayla Makayla.

Mereka juga telah menukar panggilan kerana ibu ayah Nayla tiba-tiba sahaja menegur cara mereka berkomunikasi. Sangat tidak ramah.

"Sampai hati abang kan tak mahu bagi Nayla mengandung. Abang tak mahu anak dengan Nayla ke ? Abang masih tak suka Nayla ke ?" Abang benci Nayla lagi ?"

"Eih Ya Allah Nayla Makayla" kepala si isteri Ian seluk di ketiaknya lalu diapit kuat-kuat.

Nayla yang sudah seperti kehilangan nafas mulai menepuk lengan berotot Ian supaya melepaskannya.

Baru Nayla ingin bernafas kembali seperti biasa Ian sudah menggeletek di pinggangnya. Sungguh Ian mahu menjadi duda.


•Tuan Ian Asyar•

"DENGAR kata suami, jangan asyik keras kepala sahaja. faham ke tidak Nayla ?" Si ibu mulai menyuarakan pendapatnya.

"Ya Nayla tahu." Nayla menjeling Ian yang sedang sakan mengejeknya dalam diam.

Dia sekarang sudah kalah dengan Ian.

"Kamu pun Ian, jaga Nayla elok-elok. kalau ada yang salah tegurkan" Ayah Nayla pula menyurakan diri setelah lama mendiamkan diri.

Kalini Nayla pula senyum mengejek kearah Ian.

tidak akan habis perbalahan mereka ini.

"Jom sayang." Setelah menyalam kedua dua tangan orang tua nya mereka.

Ian menarik lengan si isteri hingga ke bahagian penumpang dan mengangkat badan kecil Nayla untuk masuk ke dalam kereta Ford Ranger miliknya.

Maklumlah Nayla itu ketot sampai ke tidak ingin naik.

Kereta yang dipandu Ian mulai keluar dari perkarangan rumah milik Puan Nisa dan Encik Taqif sehingga ngauman enjin sudah tidak kedengaran lagi.

•Nayla Makayla•

IAN mengelus perlahan pipi tembam Nayla untuk mengejutkan si isteri. Mata nayla yang memberat itu akhirnya terbuka kerana sentuhan lembut terasa di bahagian pipi kanannya.

Dia mengalihkan tangan si suami dan menggosok mukanya perlahan. Cuba untuk menghilangkan kantuk yang menguasai dirinya sekarang.

Sekarang matanya dihiasi dengan penuh kereta dibahagian basement parking. Ian terus membuka pintu disebelahnya dan keluar dulu sementara menunggu si isteri yang dalam keadaan mamai.

Pintu bahagian Nayla dibuka lalu menyeluk tangannya diketiak si isteri untuk dibawa keluar isteri gendutnya itu.

Pintu terus ditutup dan membuka pintu belakang untuk mengambil berapa barang. Barang ringan-ringan dibagi kepada si isteri.

Nayla terus menyambut dan pergi ke bahagian lift. Kad yang ada di bag diambil dan mengakses masuk untuk ke ruangan lift tersebut. Tangan menahan pintu tersebut supaya si suami dapat masuk.

Kaki masing-masing bergerak masuk ke dalam lift tersebut. Ian hanya diam memerhati Nayla yang diam dari tadi. Mood si isteri tidak normal ke sekarang ni ? Dia pun tidak tahu.

Malas mahu bertanya apabila pintu lift dibuka kaki Ian keluar dulu sementara kaki si gendut itu tergopoh-gopoh ingin mengejar langkah si suami.

"Panjang betul lah kaki dia ni. Laju saja berjalan eih." Rungut Nayla di dalam hati. Ian dengar ni mahu kena cincang badan dia.

Ngeri.

"Assalamualaikum." Ujar Ian selepas membuka pintu rumah. Dia memberi ruang untuk Nayla masuk dahulu sebelum badannya pula meloloskan diri dalam rumah tersebut.

Kaki menuju ke bilik masing-masing untuk membersihkan diri terlebih dahulu.

•Tuan Ian Asyar•

MALAM sudah menunjukkan waktu. Bunyi kunyahan didengari di ruangan meja makan itu.

Masing-masing diam menikmati makanan yang ada di atas meja tersebut.

"Nanti tidur bilik abang. Barang-barang sayang esok kita kemas bawa masuk bilik abang." Ujar Ian selepas terhenti kunyahan lalu kembali makan setelah habis diberikan arahan.

"Tapi s-"

"Tiada bantahan."

Bibir dikemam sekejap.

Belum habis Nayla ingin mengucapkan kata Ian terlebih dahulu mencantas.

Dia sudah lama ingin tidur bersama isterinya tetapi ego sahaja menguasai diri, bagaimana ? Sekarang sudah tiba masanya untuk dia dan isterinya hidup seperti pasangan lain.

"O-okey." Gugup saja rasanya.

Memanglah dia sudah pernah tidur bersama suaminya jika dia balik ke kampung atau rumah papa mama tetapi kebiasaanya dia sudah tidur terlebih dahulu sebelum Ian masuk ke dalam bilik.

"Dah cepat habiskan makanan nanti abang nak bermanja pula dengan isteri abang." Ian tersenyum nakal melihat si isteri yang terkulat-kulat.

"Depan rezeki lah abang !" bentak Nayla.

Malu usah dikata, telur pun boleh jadi separuh masak kalau letak di muka si gendut itu hahaha.

"okay okay abang gurau saja."

Milik Tuan AsyarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang