5 | Kerja

175 17 0
                                        

•Tuan Ian Asyar•

"ABANG mula kerja esokkan ?" tanya Nayla bosan. Tangan besar Ian yang ada di pinggangnya dimainkan.

Cincin perkhawinan yang ada dijari Ian dipusing-pusingkan

Sekarang mereka dalam posisi Ian memeluk pinggang Nayla, manakala belakang badan Nayla pula mencium depan badan Ian.

"Iya sayang." Sudah banyak kali rasanya Nayla ajukan soalan itu.

Naik pening Ian mahu menjawab.

"Kenapa ni yang." Ian yang hampir terbuai membau wangian rambut si isteri terus mencelikkan balik matanya apabila mendengar keluhan terbit di bibir munggil itu.

"Nanti abang kerja, Nayla bosan lah. Dah lah abang tak bagi Nayla kerja Cafe tu lagi dah." Rungut Nayla. Dia mungkin akan kebosanan jika Ian pergi ke kerja.

Mahu jalan-jalan tetapi ini Kuala Lumpur, dia masih tidak berani dengan kawasan ini.

"Apa susah, sayang ikutlah abang pergi kerja." Tutur Ian selamba.

"Boleh ke abang ?" Tanya Nayla polos.

"Iya sayang, boleh." Jawab Ian malas. Satu-satu soalan isterinya ini, pening mahu melayan.

Banyak mulut juga si gendut ni, kalau dulu mahu balas pandangan pun sudah cuak.

Yelah dah kalau kerja kau dera bini je memanglah dia takut hahaha.

"YEAY TERIMA KASIH ABANG !" Badan mahu dipusingkan untuk melihat muka si suami tetapi Ian awal lagi sudah menahan agar tidak bergerak jadi dia hanya mencium sahaja tangan kekar itu.

"No problem. Now time to sleep sayang." Gumam Ian.

Dia sudah tidak larat membuka mulut, matanya sudah ingin tutup sepenuhnya sahaja.

"Goodnight abang." Ujar Nayla manja. Tangan nya menepuk lengan berurat si suami perlahan

"Goodnight too cinta hati abang." Ian terus menepuk sisi pinggang Nayla supaya si gadis itu lena.

Sudah pukul berapa dah ni.

Esok dia ada mersyuarat lagi.

•Nayla Makayla•

"SAYANG lambat lagi ke ?" Laung Ian dari meja makan.

Perempuan kalau bersiap bukan main lambat, apa yang tidak puas hati pun tidak tahu lah.

"Ya Nayla dah siap"

"TADAA CANTIK TAK NAYLA ?" Dia hanya menggunakan jersey muslimah berwarna nude dan palazo hitam.

Tudung pula dia memilih shawl berwarna hitam.

Simple tapi tetap cantik dimata Ian.

"Isteri abang sentiasa cantik. Stokin tu kalau boleh guna warna hitam ya sayang, nanti jatuh fitnah pula guna warna kulit." Tegur Ian lembut. Risau si isteri kecil hati pula.

Milik Tuan AsyarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang