"I told you Maria. I'm not a very nice guy." Kata Hui separa berbisik dengan tangannya memegang kedua pipi Maria, membuatkan Maria sedikit terdongak memandangnya.
Mata Maria bertemu dengan mata coklat milik Hui. Dan-
PANG!
Kuat bunyi tamparan kedengaran di dalam bilik itu. Cukup kuat sehingga membuatkan semua kepala di dalam bilik itu menoleh ke arah Maria dan Hui. Hui duduk di sofa sambil memegang pipinya yang ditampar Maria. Maria kemudian menarik kolar baju Hui, menarik Hui ke depan, dekat dengannya.
"Don't cross your line Hurul. Untuk orang macam kau ni, kalau aku nak buat kau hilang tanpa berita, aku boleh buat dan tak ada sesiapa akan syak aku. I'm not a nice woman either." kata Maria perlahan namun suaranya serius.
"Maria, lagi 10 minit sebelum shooting bermula. Please get ready!" seorang kru penggambaran berkata sebaik dia masuk ke dalam bilik green screen itu.
"Baik." Jawab Maria. Mata-mata yang melihat dengan tanda tanya dia buat tidak endah. Dia kemudian melepaskan kolar baju Hui. Hui kembali bersandar pada kerusi dan mengusap belakang lehernya. Kolar bajunya yang ditarik kuat oleh Maria membuatkan dia tercekik.
Maria kembali memandang ke arah Hui dengan ekspresi beku dan pandangan tajamnya.
"Kalau aku balik shooting dan kau masih ada kat sini, I will make sure you gone for good. Jadi berambus dari pandangan aku."
Maria kemudian berjalan keluar dari bilik itu, meninggalkan Hui yang terasa seram sejuk dengan ugutan Maria. Berdiri bulu roma di badannya.
Scary!
+++
Rumah Keluarga Maria Anne
Maria balik ke rumah keluarganya hari ini dan mereka kini makan malam bersama. Semua ahli keluarganya ada di meja; Tok Wan (nenek Maria), Encik Amin Rashidi (ayah Maria), Puan Farhani (mak Maria) dan Atifah (satu-satunya adik Maria).
Perbualan di meja makan hanya berkisar tentang perkara biasa; apa yang berlaku di firma guaman milik Encik Amin, perkara yang Puan Farhani buat sepanjang hari bersama Tok Wan dan juga tentang pelajaran Atifah yang kini merupakan seorang pelajar tahun akhir di sebuah universiti. Tapi topik kegemaran Tok Wan adalah;
"Tahun ni kamu dah 31 tahun, Maria." Tok Wan memulakan mukaddimah kepada topik kegemarannya.
"Pembetulan. Maria masih 30 tahun kalau ikut bulan." Balas Maria, membetulkan kata-kata Tok Wan. Hari lahirnya jatuh pada bulan Disember. Dan baru tahun lepas dia menyambut hari lahir yang ke 30. Jadi secara teknikalnya dia masih 30 tahun.
"Okay tapi bila kamu nak kahwin? Calon yang tok wan kenalkan tu kamu tak berkenan ke? Dia budak baik, Maria. Tok wan rasa dia sesuai dengan kamu." Kata Tok Wan.
Bulan lepas, Tok Wan ada membuat perjumpaan antara Maria dan juga cucu kawannya yang baru balik dari kerja luar negara. Ala-ala blind date gitu.
"Tak." balas Maria pendek. Dia terlalu baik. Sebab tu aku tak berkenan. Too soft for my liking. Not my type....
"Then apa jadi dengan calon yang mummy kenalkan hari tu? Dia nampak macam berkenan betul dengan kamu. Setiap kali jumpa mummy, mesti dia tanya tentang kamu." Soal Puan Farhani juga.
Untuk yang ini, Maria buat muka.
"Too clingy. Nope!" Maria berterus terang. Atifah dah ketawa di sisi Maria mendengar jawapan kakaknya ini.
"High standard lah kakak ni." kata Atifah diselang dengan tawanya.
"Ifah, dalam dunia sekarang ni, ada high standard is better dari kenal dengan orang yang salah." Maria membela dirinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/325772364-288-k900032.jpg)
YOU ARE READING
Love, Maria Anne ✅
RomansFly High Series Book #1 +++ Dark hair, red lips, pale skin, foxy eyes. The witch. - Maria Anne Chairman Fly High Company ini ada semuanya - karier, kekayaan, kecantikan, keluarga tapi satu benda yang dia kurang; "She's unable to love anyone other th...