BAB 3

111 14 0
                                    

"HUH... Penat!"

Aku terbaring kat atas sofa, keletihan. Aku ni nama aje orang Malaysia yang duduk kat Malaysia tapi aku kerja macam Bangla yang duduk kat Malaysia. Dahlah bau masam! Agak-agak tadi Haq cakap betul ke atau dia saja nak menyedapkan hati aku?

"Eh... Jangan duduk dekat. Jauh sikit. Saya bau masam ni."

Haq menarik kerusi dan mahu duduk sebelah aku. Tapi, aku menahan kerusi itu daripada dekat. Bau aku masam!

"Awak? Bau masam? Mana ada... Awak selalu berbau bunga."

"Pandailah..."

Rani senyum-senyum aje melihat muka aku dah merona kemerahan. Tak guna betul!

"Keopi kosong hari ni... Ingatkan tutup!"

"Tutup untuk Yaya. Dia kan bau masam. Nanti semua customer saya tu lari. Lagipun, hari ini memang tak ramai orang pun jadi bolehlah saya dengar luahan hati kawan baik saya ni. Kalau tak, saya tak menang tangan. Tak sempat melayan dia, nanti dia kemurungan pula."

"Kenapa? Mak cik awak ada suruh awak buat apa-apa lagi ke, Amaya?"

Haq pandang aku. Penuh perhatian.

"Eh, tak adalah."

Dan selalunya... Aku akan mengelak untuk cerita apa-apa dengan Haq. Aku seganlah kalau dia tahu cerita keluarga aku yang tak best tu. Sebolehnya aku tak naklah dia tahu kelemahan aku. First impression kan penting!

Tapi, Rani memang tak boleh nak simpan rahsia.

"Yaya jadi heroin hari ni dan cuba selamatkan sorang mamat ni daripada dua lelaki bersaiz besar kat kedai runcit 24 jam. Dia peluk lelaki tu dan masukkan dia dalam blazer. Tapi, bila dah selamat... Lelaki tu belikan dia deodorant dan kata Yaya masam."

Sekali nafas aje dia burukkan aku.

"Awak peluk dia, Amaya?"

"Hesy... Rani ni yang exaggerate. Saya bukan peluk macam mana pun. Saya kembangkan blazer saya aje." Jawab aku.

"Takkan jealous kut?"

Aku sepak kaki Rani.

Tapi... Yang mengaduhnya, Haq.

Eh... Aku tersalah sepak rupanya! Tak guna betul kaki ni... Aku nak sepak kat orang depan, tersepak orang sebelah pula!

"Awak buat apa kat sini? Habis kerja dah ke?"

Cepat-cepat aku tukar topik.

"Dah."

"Tak ada pula miting hari ni. Selalu, banyak sangat miting."

"Mana awak tahu saya ada banyak miting? Skodeng status Whatsapp saya ya?"

Eh... Kantoi!

"Kalau dah rajin letak status, mestilah saya rajin tengok."

"Saya rajin letak status sebab saya tahu awak rajin tengok status saya tu."

Senyum...

Hai...

Tak lekang senyum!

"Saya nak bagi amaran kat awak, Amaya..."

"Apa tu?"

"Jangan sesekali involve dalam hal yang macam ni. Bahaya tau. Kalau kena tangkap, tak pasal dia orang tangkap awak juga sebab dituduh bersubahat."

"Hmmm... Bukan selalu jadi pun."

"Bukan selalu jadi pun... Jangan libatkan diri."

"Baiklah..."

ONE EIGHT TWOWhere stories live. Discover now