BAB 7

77 9 0
                                    

DUIT... Atau maruah?

Memang aku pentingkan maruah tapi... Duit lebih penting sekarang ni. Lagi-lagi bila Hana dah mula buat hal gara-gara aku tak nak bayar yuran kelas dia tu.

"Hana..."

"Kenapa pula dengan dia?"

"Dia... Cuba ambil rantai arwah mak aku."

"What?!!!"

"Dia tak boleh nak ambil baju-baju aku sebab baju aku bukannya cantik dan bergaya pun. Dia pula jenis pakai baju ikut badan, aku pula pakai baju besar daripada badan. Beg aku pun dia tak boleh nak usik sebab aku pakai beg jenama pasar malam. Bukan standard dia. So, dia aim... Satu-satunya rantai arwah mak tinggalkan untuk aku. Rantai tu tertanggal lagi sebab cangkuk tu longgar semalam masa aku tengah sembang dengan Cik Nina. Jadi, aku letak kan atas meja, aku ingat nak bawa pergi kedai. Pagi tadi aku bangun dan mencari rantai aku... Tak berjumpa. Rupa-rupanya, kat leher dia."

"Kau memang suka pintal-pintalkan rantai kau tu. Berapa kali pergi repair. Aku tak sabar nak tunggu rantai tu putus. Biar padan dengan muka kau!"

"Mulut kau... Itu satu-satunya rantai yang arwah mak tinggalkan untuk aku tau. Yang lain semua dah mak su gadai tak tebus balik!"

Aku dapat simpan yang itu pun sebab pihak polis yang serahkan barang-barang yang diproses dari tempat kemalangan terus kepada aku selepas kes dah tutup. Mak Su Ani tak bolehlah nak ambil... Tapi, barang yang lain, dia dah leburkan.

"Okey... Aku zip mulut aku."

"Yang aku bengang tu, dia siap buat fesyen show kat depan mak su dan cakap rantai tu lebih cantik kalau letak kat leher dia. Aku pun rampas la... Memang dramalah pagi tadi. Aku... Dah tak boleh nak tahan lagi duduk kat rumah tu, Ran. Nak tak nak, aku kena accept offer Cik Nina tu! Maruah sekarang dah jadi arwah..."

"Aku... Sokong dengan apa aje keputusan kau tu. Tapi, kau akan beritahu Haq kan? Aku tak suka nak simpan rahsia kau lama-lama daripada Haq. Kau tau kan, Haq tak suka kalau dia dengar daripada aku dan bukannya daripada kau."

"Aku akan cakap nanti. Tapi, sebelum aku cakap... Kau diam aje dulu. Masa aku cakap nanti, kau buat-buatlah macam terkejut tau. Kau bukan tak tahu Haq... Dia selalu kalah tender dengan Dexigner."

Setiap kali kalah... Haq mesti bengang. Hasil usaha dia semua hancur kalau Dexigner masuk tender. Bukan mudah nak siapkan satu proposal. Nak perah idea berbulan-bulan tapi ambil masa dalam lima saat untuk hancurkannya.

"Yalah... Yalah. Kau dah call perempuan tu ke?"

"Belumlah lagi. Aku baru sampai ofis. Nanti aku call kau. Aku nak sembang dengan bos dulu. Manalah tahu kan bos aku terbuka hati dia nak naikkan pangkat dan gaji aku."

"Pula... Gaji kau sekarang separuh daripada gaji yang kau dapat kat Dexigner tau. Boleh tak hantar aje surat berhenti kerja tu dan... Kalau kau takut kau diberhentikan kat Dexigner, Keopi ni terbuka untuk kau. Aku memang perlukan orang untuk bersihkan stor aku ni."

"Dapat 11 ribu tak?"

"Tak. Tapi, dapat satu ribu plus... Seorang kawan baik yang lebih baik daripada 80 juta penduduk dunia."

"Ceh... Kau kat Keopi ke ni?"

"Haah... Tengah buka kedai."

"Okey, petang nanti aku datang. Kiss... Kiss!"

Klik!

Semalam, aku cakap dengan Nina tu yang aku perlukan masa untuk buat keputusan. Lagipun, aku ada beberapa projek dalam tangan yang perlu aku segerakan. Tapi, Nina bagi aku satu hari aje untuk berfikir dan dia sanggup bayar The Concept kalau aku setuju untuk berhenti 24 jam.

ONE EIGHT TWOWhere stories live. Discover now