BAB 10

232 16 0
                                    

AKU tak pernah jumpa mamat paling kekwat dan meluat dalam hidup aku. Xaif Umar yang pertama sekali dalam senarai. Hanan pun tak seteruk itu. Keluarga Mak Su Ani pun aku boleh tahan sampai bertahun-tahun. Hai... Macam manalah aku boleh terfikir untuk tolong dia hari tu? Sepatutnya aku tak payah ambil peduli pun!

Itulah Amaya Ahyan... Kau tu terlalu baik.

Macam-macam yang aku kena buat hari ini. Selalunya hari pertama, hari pengenalan kerja. Tapi... Hari pertama aku macam aku dah lebih sepuluh tahun kerja kat situ. Kalau dulu kerja macam Bangla kat Malaysia... Sekarang aku rasa kerja macam Nepal tapi duduk kat Indonesia!

Hai...

Air kopi dia pun aku kena buat. Selalunya, tea lady yang hantar air kopi untuk dia. Kali ini, aku yang kena buat untuk dia. Aku rasa macam nak ceduk air terjun kat depan ofis dia tu.

"Kopi 3 in 1 aje pun... Tapi, banyak betul kerenah."

"Kerenah yang macam mana?"

"Tak boleh sejuk, tak boleh panas sangat. Tak boleh manis, tak boleh tawar. Tak boleh lebih air, tak boleh kurang air. Naik pening kepala aku. Sampai tiga kali aku naik turun tau."

"Naik turun? Kat situ tak ada pantri ke?"

"Ada. Kat dalam bilik dia. Tapi, masa aku nak guna tu la mesin penapis air tu rosak."

"Pula!"

"Tapi, aku tak kisah sangat pasal air tu. Aku dah pernah kena masa aku jadi intern dulu kat The Concept. Masa tu lagi teruk. Kena beli 10 jenis kopi untuk 10 orang designer. Satu jenis kopi pun double tu la double ini la..."

Yang aku kisah...

"Part pokok."

"Pokok?"

"Ada ke dia suruh aku... Namakan semua pokok yang ada kat tingkat tu. Kau tau tak, kat situ ada 50 spesies pokok dan... Aku ni bukannya botanist macam dia. Manalah aku tahu. Bukan setakat senaraikan nama... Dia suruh aku buat kajian pula cara penjagaannya."

"Apa alasan dia suruh kau buat semua tu?"

"Untuk Projek Ecoland tu la katanya."

"Dah tu... Kau dapat buat ke?"

"Ini Amaya Ahyan la. Aku memang bukan botanist tapi aku ni opportunist. Aku cekap menggunakan peluang. Apa susah, kat situ ada landscape designer. Aku guna pakai dia oranglah. Dia tak tahu ke yang aku daripada UPSR sampai ke universiti, semua dapat A. Tak pernah sekali pun dapat B tau."

"Ada. Kau pernah dapat B... Sekali."

"Bila masa?"

"Kau pernah dapat B untuk matematik tambahan. Kau mengamuk sampai kau buat pengumuman tak puas hati kat perhimpunan. Kau demand untuk semak semula kertas kau. Lupa?"

Heh... Aku memang persistent!

"Memang Cikgu Sapina tu yang salah tanda kan. Aku memang dapat A pun sebenarnya. A+ lagi tau sebab ada dua soalan dia tu salah. Nak juga menegakkan benang yang basah. Itulah padahnya..."

Itulah aku...

Mana boleh bagi peluang...

Kalau aku kata aku betul... Aku betul la.

Aku seorang yang mengaku salah kalau betul aku salah. Aku tak takut untuk mengaku salah. Aku cuma takut untuk mengaku yang aku sukakan Haq. Itu aje pengakuan yang aku tak berani nak buat!

"Dah tu, kau dah sampai rumah ke ni?"

"Dahlah... Sakit pinggang aku. Bukan itu aje, habis calar badan aku. Dahlah gatal sebab banyak nyamuk. Sorry tau, tak tolong kau kat Keopi."

ONE EIGHT TWOWhere stories live. Discover now