BAB 5

97 9 0
                                    

"KAU pasti ke ini dia?"

Petang habis kerja... Aku lepak Keopi, kafe milik Rani. Kafenya kecil aje, separuh daripada kedai biasa yang dia buka di bangunan milik ayahnya. Ayah Rani merupakan pemilik rangkaian butik hotel dan bangunan yang dia duduki itu... Bangunan pejabat pengurusan milik ayah dia.

Keopi hanya menjual kopi aje. Tapi, ada nasi lemak bungkus yang diletakkan di situ untuk sarapan pagi. Rani tolong jual aje. Terlalu taksub dengan drama Korea... Sebab itu nama kafe dia Keopi. Rani siap ambil kursus barista selama enam bulan di Barschool, Paris. Ah... Orang berduit. Cuma ada dua adik-beradik dan dia merupakan satu-satunya anak perempuan Dato' Rashid.

Tapi Rani, walaupun dia kaya dan berduit... Dia tak sombong. Macam tu juga dengan Haq. Dia pun daripada keluarga yang senang dan mempunyai syarikat sendiri.

Tak tahu macam mana aku boleh berkawan dengan orang yang berduit, sedangkan aku tak ada apa-apa. Tapi, dia orang tak pernah pandang rendah pun pada aku. Selalu nak tolong aku tapi... Aku bukan macam Hana atau Bunga yang suka ambil kesempatan. Kalau aku macam Hana atau Bunga... Alamatnya, aku lagi kaya daripada Rani dan Haq!

"Gila tak pasti. Aku ingat muka ni sampai mati tau. Dahlah... Dalam gambar ni, dia pakai baju yang sama macam yang aku jumpa dia hari tu. Mestilah aku ingat."

"Ah... Muka dia macam Jisung!"

"Siapa Jisung?"

"Dr. Room!"

"Tolonglah jangan cakap hal-hal berkaitan Korea dengan aku. Aku tak tau. Tapi, yang aku tahu... Orang panggil dia Mr. X. Nama dia Xaif Umar."

"Serius ke nama dia X. Macam... Professor X. Mak ayah dia sahih peminat tegar X-Men. Ah... Dia ni nampak hot sangat. Nampaknya, aku terpaksalah melepaskan satu-satunya lelaki hot yang aku suka tu."

"Siapa lelaki hot yang kau suka?"

"Ramen!"

"Ramen? Bukan tu sejenis mi segera ke?"

"Ra... Men. Hai... Kau ni. Memang sejenis lembab eh petang-petang ni?"

Hesy, aku tengah sampaikan cerita hot ni... Dia hot kan aku dengan teka-teki dia yang mengarut tu!

"CEO Dexigner Studio mencari idea baru melalui bersenam."

Rani membaca tajuk kecil depan majalah tu kuat. Dia kemudian menyelak majalah tu, mencari-cari cerita tentang Xaif Umar sambil membebel.

"Hmmm... Majalah The CEO ni kan, dah macam tak ada tajuk lain nak ditulis. Cerita macam ni pun boleh masuk muka depan. Cover lagi. Banyak lagi cerita yang ada kut!"

"Takkan nak cakap cari idea dalam toilet waktu membuang pula. Hai... Kau ni pun, Ran. Sesuailah dengan gambar tu."

"Letaklah gambar pakai kot."

"Itu terlalu sinonim."

"Eh, belum apa-apa... Kau dah kat pihak dia, kenapa? Kau terlupa yang dia cakap kau masam, Yaya? Mentang-mentang muka macam Jisung, kau terlupa ke yang kau dah ada Haq, calon suami kau?"

"Hesy, aku bukan berpihak pada dia la. Aku berpihak pada majalah ni."

Rani mencebik. "Diam. Biar aku baca..."

"To cut a long story short... Dia ni seorang arkitek berjaya yang baru berusia 33 tahun dan mempunyai syarikat sendiri bernama Dexigner Studio. Dia CEO syarikat tu."

"Oh, Dexigner! Kita selalu dengar Haq cakap pasal syarikat ni kan?"

"Haah. Dan... Pada mulanya keluarga dia kecewa sebab dia memilih untuk jadi arkitek dan bukannya peguam."

ONE EIGHT TWOWhere stories live. Discover now