BAB 9

87 9 0
                                    

AKU memandang ke arah bangunan setinggi lima tingkat tu. Bangunan moden berkotak-kotak... Separa cermin, separa lagi konkrit simen. Rustic dan klasik. Aku suka dengan struktur bangunan tu. Aku suka dengan landskapnya yang sangat hijau. Hai, aku suka semuanya. Yang aku tak suka... Orang yang mereka bentuk bangunan ni. Benci betul. Lagi-lagilah bila teringat dia pernah cakap aku masam tu.

Untuk bertahan dengan bekerja dalam bangunan yang cantik macam ni... 30 tahun pun aku sanggup. Untuk bekerja dengan orang yang mereka bentuk bangunan tu selama tiga bulan ni... Boleh ke aku bertahan?

Aku sendiri tak yakin dengan diri aku. Macam manalah Nina tu boleh yakin? Apa yang dia nampak pada aku yang aku tak nampak pun entahlah...

"Saya ada appointment dengan..."

"Cik Nina sedang menunggu Cik Amaya di biliknya di tingkat tiga."

"Oh, terima kasih."

Hebat penyambut tetamu ni. Belum sempat aku cakap apa-apa, dia dah tahu siapa aku dan dengan siapa aku nak jumpa. Kalau kat The Concept, tak efisien langsung. Kalau tanya siapa yang nak jumpa kita... Haram orang depan tu nak tahu. Jawapan paling mudah, entah.

Aku terus naik ke tingkat tiga.

Mudah aje nak cari bilik Nina.

Bilik dia yang paling besar kat situ dan nampak hebat.

"Welcome to Dexigner, Cik Amaya."

Aku senyum. "Terima kasih."

Aku masuk ke dalam bilik tu... Wangi betul. Aku salam dengan Nina. Tangan dia sangat lembut. Berbanding dengan tangan aku... Hai, malu aje jadi perempuan kalau dibandingkan dengan dia.

"Saya minta maaf. Semalam saya cakap yang saya terima tawaran Cik Nina tu... Saya memang bermaksud nak terima. Tapi, tiba-tiba... Ada tawaran lain yang datang. Ini buat saya terfikir, kalau saya terima tawaran Cik Nina dan saya tak berjaya... Saya akan kehilangan segalanya. Untuk makluman Cik Nina, saya yang tanggung keluarga saya. Kalau saya kehilangan kerja..."

"Saya faham... Saya faham."

"Tapi, saya rasa tak adil sebab saya dah bagi Cik Nina harapan. Jadi, saya nak minta tempoh percubaan selama tiga hari. Kalau saya tak boleh buat kerja ni, saya surrender. Cik Nina boleh cari orang lain. Saya buat tanpa apa-apa bayaran dan saya akan buat bersungguh-sungguh. Cik Nina boleh percayakan saya."

Nina pandang aku. Dia bersandar pada kerusi sambil memeluk tubuhnya.

"Faham. Tiga hari..."

"Ya, tiga hari."

"So, kita tak boleh buang masa. Kita kena mula sekarang."

"Boleh."

Aku dah minta cuti pun dengan Hanan. Aku minta cuti tiga hari. Dah lama aku tak cuti pun. Duduk dengan Mak Su Ani, hari Ahad pun rasa nak kerja. Nasib baik ada Keopi... Aku ada alasan nak keluar. Tak ada Keopi pun aku akan keluar juga. Kerja aku kat The Concept, mana pernah siap.

"Apa yang saya nak beritahu awak ni, awak perlu rahsiakannya daripada pengetahuan sesiapa. Walaupun tiga hari, saya harap awak boleh rahsiakannya."

"Jangan risau, Cik Nina. Cik Nina boleh percayakan saya."

"Kalau saya tak percaya, saya tak akan tawarkan kerja yang susah ni pada awak. Saya percayakan awak untuk jaga orang yang saya percayakan lebih daripada diri saya sendiri."

Huh...

Belum mula kerja pun... Aku dah rasa beban.

"Jom... Saya bawa awak pusing-pusing Dexigner dulu sebelum kita berjumpa dengan Mr. X. Sambil-sambil tu, saya akan terangkan apa yang perlu awak buat dalam masa tiga hari ni."

ONE EIGHT TWOWhere stories live. Discover now