0 7 : 𝗴𝗮𝘁𝗲

65 7 5
                                    

TIN air Coca Cola dilontar masuk ke dalam tong sampah yang berada di sisi vending machine

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TIN air Coca Cola dilontar masuk ke dalam tong sampah yang berada di sisi vending machine. Mata Ace melilau melihat kawasan koridor yang sedikit sunyi. Cuma kawasan dewan Rid yang terletak sedikit jauh dari blok kelas sahaja yang riuh kerana dipenuhi oleh pelajar akademi.

Mana taknya, hari ini ada sesi uji bakat untuk sesiapa yang ingin sertai band diaorang iaitu SLICKS.

Kaki mula menapak meninggalkan blok kelas menuju ke Dewan Rid. Tangan diseluk masuk ke dalam poket dan hanya senyuman kecil diukir oleh Ace tiap kali dirinya disapa oleh pelajar-pelajar yang sibuk beratur untuk mendaftarkan diri.

“Ace.”

Kepala ditoleh ke sisi kanan bila telinga menangkap namanya diseru. Wajah Arfat yang berpeluh itu dipandang. Pantas, sehelai tisu Guardian diserahkan kepada Arfat.

Thanks, man.”

Anggukan diberi sebagai jawapan. Wajahnya dilap cermat sebelum bahu Ace ditepuk lembut.

“Jom, Rhysand dah tunggu kita kat meja. It's time to do our work.”

Tanpa banyak kata, mereka berdua mengatur langkah, menuju ke arah Rhysand yang sedang sibuk menaip sesuatu pada komputer riba miliknya.

“Sibuk nampak.”

Punggung dilabuh seraya tangan mencapai sebatang pen berwarna hitam. Kertas di hadapannya itu segera diselak dan mula menulis apa yang patut pada setiap kertas tersebut.

Yeah, aku perlu isi jugak maklumat student yang ikut audition harini. Cikgu mintak.”

Tutur Rhysand tanpa menoleh ke arah Ace. Arfat yang mengunyah bubblegum di sisi, Rhysand buat tak endah. Haraplah mamat ni tak buat hal.

“Asal nama dia takde eh?”

“Entah, biarlah dia. Kalau nak join, go ahead. Kalau taknak, let her be.”

Rhysand bersuara tenang. Komputer riba ditolak ke sisi sebelum kertas yang dipenuhi dengan nama para peserta dicapai. Sebatang pen berwarna merah dikeluarkan dari bekas pensel. Ace hanya mengangguk manakala Arfat hanya buat tak kisah.

Alright,then shall we get started?”

Kedua-dua wajah rakannya dipandang sebelum mereka mengangguk.

“Rhy, nah mic.”

Huluran microphone daripada Arfat disambut kemas. Punggung diangkat seraya tubuh dipaling menghadap ke belakang. Wajah-wajah para pelajar akademi Sky High yang menyertai uji bakat dipandang sambil tersenyum kecil.

“Hai dan selamat petang. Jadi, seperti yang korang tahu band kami tengah cari seorang lagi ahli baru dan tulah sebab audition ni diadakan. Aku tak nak cakap banyak jadi goodluck to all of you and let's get started.”

𝐓𝐇𝐄 𝐋𝐀𝐒𝐓 𝐓𝐄𝐀𝐑Where stories live. Discover now