0 9 : 𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱𝘀

70 8 31
                                    

KAKIA tayang muka menyampah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KAKIA tayang muka menyampah. Wajah empat orang jejaka dipandang dengan mata mengecil. Langkahnya mati di tengah ruang koridor. Empat jejaka itu menurut sama. Lengan Ace yang memaut lehernya dirungkai.

Pintu loker dibuka seraya buku nota ditarik keluar di sebalik timbunan kertas dan buku teks. Tangan disua pada Rhysand.

What?”

Alisnya terangkat rendah. Jari telunjuk diarah pada beg sandangnya yang digalas kemas pada bahu Rhysand. Mulut membentuk huruf ‘O’ apabila berjaya menangkap apa yang dimaksudkan oleh Kakia.

Beg bertukar tangan. Buku nota diselit masuk sebelum beg dizip kemas. Tali digalas pada bahu seraya pintu loker ditutup.

“Kau tahu tak yang kau ni cantik?”

Persoalan yang agak tiba-tiba daripada Arfat itu mengundang pandangan penuh terkejut dan jijik daripada mereka semua di situ. Rhysand dah tayang muka menyampah dengan mulut yang nampak sangat mengumpat Arfat.

Tak lagi muka Ace dan William yang memandangnya dengan penuh tidak percaya sebelum bibir mereka berdua mencebik. Muka Kakia beriak penuh jijik buat seketika sebelum kembali seperti tidak berperasaan.

“Mende kau ni?”

“Kakia yang baru kau kenal beberapa hari kau puji, aku yang dah berkawan lama dengan kau sejak kucing Pak Samad sebelah rumah lahir dari baby sampailah dia mampus takde lak kau puji?”

“Yelah Fat, faham. Aku tahu kitaorang tak lah secantik Kakia.”

Wajah pura-pura sedih ditayang. Air mata palsu yang tak wujud diseka.

“Kau ni sekor. Cantik apanya? Kita hensemlah!”

Kakia tadah bola mata ke langit. Menyampah! Malas nak melayan mereka yang sudah mula bertekak di belakang, dia atur langkah meninggalkan kawasan koridor menuju ke studio latihan.

Semenjak dia dapat tahu dia terpilih untuk jadi ahli SLICKS, mamat-mamat ni langsung tak berhenti melekat dengan dia. Walaupun dia dah banyak kali cakap yang dia nak hubungan mereka sekadar sesama ahli, namun semuanya buat tak dengar.

Berapa kali dia warning supaya jangan terlalu rapat dengannya namun jejaka berempat tu buat tak kisah. Makin dia larang, makin menjadi. Jadi, terpaksalah dia akur dan biarkan sahaja mereka buat apa yang mereka suka.

Dah larang tapi tak masuk saman.

Lagipun, dia bukannya tak kenal mereka. Ace dan Arfat tu satu kelas, Rhysand pulak sebab mamat yang dia langgar pada hari pertama sekolah. William pulak mhmm mamat yang stalk dia main violin.

𝐓𝐇𝐄 𝐋𝐀𝐒𝐓 𝐓𝐄𝐀𝐑Where stories live. Discover now