Seawal 6 pagi Aira sudah menyediakan sarapan untuk bapa dan adik adiknya. Jam menunjukkan pukul 6.45. Memang sudah menjadi kerjanya menyiapkan makan minum keluarganya .
Bibirnya mengukir senyum apabila adik bongsunya mengambil tempat di meja makan.
Sebak juga dia lihat wajah sembap adiknya itu. Dia juga sedih tapi dia kena kuat. Dia perempuan sulung. Dia perlu menjadi kuat untuk adik adiknya." Rina nak makan roti ke nasi goreng ''
" Rina nak nasi goreng ''
Aira meletakkan nasi goreng ke dalam pinggan sebelum dihulurkan pada Arina.
Ayden melabuhkan punggung di kerusi sebelah adiknya.Mereka bertiga duduk makan di meja makan itu . Lega Aira dan Ayden bila Arina sudah gelak macam biasa.
Bunyi pintu bilik terbuka menarik perhatian mereka . Tuan Dazril hanya menayang wajah beku. Dia berjalan ke pintu rumah .
Mereka bertiga hanya diam makan. Ayden Danial dan Arina Dahlia hanya menunduk makan .Aira dah ajak daddy dia makan sekali tetapi daddy dia hanya buat taktahu.Bunyi pintu ditutup menandakan bapa mereka sudah keluar kerja.
" Makan cepat nanti lewat ''
----
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Pelajar mula memenuhi kantin. Inayah membetulkan cermin matanya. Kelibat Ayden dicari. Sudah seminggu dia mengajar Ayden Danial. Tetapi Ayden Danial macam lagi pandai dari dia je. Sapa ajar sapa pun taktahu.
Mana pulak dia ni.
Inayah membuka bukunya. Mungkin Ayden Danial kena tahan dengan cikgu.
" Awak tunggu Ayden ke ? ''
Inayah mengangkat kepalanya. Sapa pulak lelaki ni. Takpernah nampak pun. Ke dia yang tak perasan lelaki ini. Lantak la dia tak kesah.
Inayah hanya mengangguk perlahan. Dia kembali membaca buku ditangannya.
" Ayden tengah gaduh dengan Rayyan ''
Inayah terus bangun dari duduknya. " Mana Danial ? '' Dia risau kalau sesuatu jadi pada Ayden Danial.
Lelaki itu ketawa perlahan. " Tadi saya tegur awak diam je ''
" Mana Ayden Danial '' Inayah mula bengang. Lain ditanya lain dijawab . Dia nak tahu mana Ayden je.
Ayden Danial masih tak berhenti menumbuk wajah Rayyan. Darah di kening dan hujung bibirnya di kesat kasar.
Kawasan di belakang blok itu mula riuh dipenuhi orang ramai. Masing masing hanya melihat tak berani masuk campur atau cuba menghentikan pergaduhan itu. Masing masing tunggu cikgu sahaja.
" Kau sapa nak sepak Arina ''
" lepaskan aku Ayden '' Rayyan cuba merayu satu badan dia sakit sekarang akibat dibelasah Ayden Danial.
" Danial ! ''
Suara Inayah membuatkan Ayden Danial tersedar. Dia melepaskan Rayyan. Wajah risau Inayah ditatap. Hilang marahnya apabila melihat gadis itu.
" Apa kau buat ni ''
Melihat Ayden Danial yang hanya diam tak menjawab membuatkan Inayah geram . Bukan apa dia geram dia geram sebab dia risau dengan wajah Ayden yang lebam dan berdarah. Hampir luruh jantung dia .
Inayah menarik hujung lengan baju Ayden Danial. Ayden Danial hanya mengikut seperti budak kecil. Dia tak da mood nak bercakap.
" Ayden Danial , Rayyan Qayri ! '' Lantang suara Cikgu Radzi , guru disiplin.
" Semua balik kelas sekarang dah habis waktu rehat kan ! ''
Sekelip mata kawasan itu terus sunyi hanya Cikgu Radzi , Inayah , Ayden Danial dan Rayyan.
" Masuk bilik saya sekarang ''
" Cikgu , mereka perlu dirawat dulu , cikgu tengok la macam mana keadaan diorang ni '' Inayah membantah . Luka mereka berdua perlu dirawat dulu nanti boleh terkena jangkitan kuman.
" Inayah , yang kamu takmasuk kelas lagi kenapa? ''
" Saya tutor Ayden Danial , jadi saya kena rawat dia ''
" Rawat mereka lepastu pastikan diorang masuk bilik saya awak tu terus masuk kelas lepas rawat mereka ''.
"Auchh , sakitlah Inayah kau nak tambah luka aku ke apa ?! '' Rayyan naik bengang perempuan ni kasar sangat dengan dia kenapa .
" Sapa suruh bergaduh , aku sebenarnya nak tolong Ayden je taktahu macam mana aku boleh tolong kau sekali '' Inayah menekan kapas di tepi bibir Rayyan. Orang nak tolong Danial je hmmm.
" Nayah kau bila nak cuci luka aku '' Ayden Danial menyampah . Mana taknya mata Rayyan tak lepas memandang wajah Inayah.
" Okay Rayyan dah siap kau boleh keluar sekarang '' Inayah membuang kapas kapas itu kedalam tong sampah. Dia perlu cuci luka Ayden pula.
" Tak , aku stay sini sampai korang habis ''
" Kau keluar jelah kau ingat aku bodoh taktahu agama sangat ke ? '' Ayden mula naik bengang.
" Diam korang berdua , aku campak korang dari tingkat dua ni kang '' Pening kepala Inayah nak melayan dua orang ni. Dua dua macam budak budak.
Air mineral di hulur kepada Rayyan yang sedang duduk menongkat dagu . " Kau minum air ni sementara aku rawat Ayden , nanti aku sendiri hantar korang dekat bilik cikgu ''
Rayyan merampas kasar air itu. Nak taknak dia kena duduk situ . Lagipun dia takboleh tinggal Ayden Danial dan Nurul Inayah berdua duaan.
" Kenapa kau sampai gaduh gaduh ni ? ''
Ayden Danial hanya mengangkat bahu. Dia taknak cerita pada Inayah. Dia taknak Inayah tahu biar dia simpan sendiri . Dia tahu mungkin nanti Rayyan sendiri cerita pada Inayah tapi dia memang taknak cerita pada Inayah.
Inayah hanya tersenyum lembut tahu lah dia yang Ayden Danial sedang menahan marah. Marah sebab apa ? nanti dia tanya Rayyan , tengok gaya memang Ayden takkan cerita pada dia. Dia pun taknak paksa.
Ayden danial terkedu. Wajah Inayah dekat dengan wajahnya . Senyuman Inayah jelas di matanya. Jantungnya mula taktentu arah. Dia berdehem mengurangkan rasa berdebar di dada.
" Lepas ni kau balik lah kelas , aku boleh pergi dengan dia tu ''
" Tapi''
" Aku okay Nayah , kau balik kelas lepas ni '' Melihat Inayah yang mengangguk pasrah membuat Ayden Danial tersenyum nipis cukuplah Inayah tolong cuci luka dia.
" Hey hey aku ada lagi kat sini takpayah nak rasa dunia milik berdua ya '' Sakit pula hati dia melihat mereka berdua. Sempat dia menjeling menyampah.
Inayah dan Ayden Danial memusingkan kepala memberikan jelingan tajam pada Rayyan. Orang baru nak sweet sweet.
YOU ARE READING
REWRITE THE STAR
RomanceAYDEN DANIAL X NURUL INAYAH KTA PUTUS - NURUL INAYAH OK - AYDEN DANIAL AIR MATA YANG SEDAYA UPAYA DITAHAN AKHIRNYA JATUH MEMBASAHI PIPI JUA . INAYAH BENCI , DIA BENCIKAN DANIAL. HUBUNGAN YANG DIJAGA SELAMA 7 BULAN TERPUTUS BEGITU SAJA.DANIAL MAINKAN...