Chapter 6

26 1 0
                                    

Inayah memandang lama helaian buku itu. Dia lemah betul dengan mata pelajaran matematik . Selalu abang dia yang tolong tapi disebabkan mood abang dia takberapa baik dua tiga hari ni buat dia malas nak bertanya.

Inayah melihat sekeliling kelasnya. Semua sibuk dengan kerja masing masing nak bertanya pun segan sebab dia tidak terlalu rapat dengan budak kelasnya.

Hanya seseorang yang boleh membantu dia. Khalisya Sofea.

" Khalisya tolong aku sikit boleh ? ''

Khalisya memandang Inayah sinis. Taksuka betul nampaknya.

" Kalau aku tolong kau ..kau akan jauhkan diri dengan Ayden ke ? ''

Inayah tersentak . Apa pasal pulak perempuan ni. Inayah hanya diam membatu apabila Khalisya bangun dari duduknya . Inayah terpaksa mendongak untuk memandang wajah Khalisya memandangkan ketinggian dia hanya separas dagu Khalisya. Dan dia pasti mereka telah menjadi pusat perhatian .

" Aku akan tolong kau kalau kau jauh dari kekasih aku ''

Gadis bermata hazel itu memandang tepat wajah cantik milik Inayah.

" Tak perlu . Aku akan buat sendiri ''

" Kau lemah bab ni ''

" Aku mungkin lemah bab ni but aku ada semua yang kau tak ada ''

Inayah sengaja mengantungkan ayatnya. Muka penuh ingin tahu Khalisya Sofea membuatkan dia ketawa sinis.

" Termasuk Ayden Danial Dazril ''

Tangan Khalisya naik tinggi untuk menampar wajah Inayah.  Tetapi tidak kesampaian apabila Inayah bertindak menolak tangan Khalisya menyebabkan Khalisya jatuh terlanggar bucu meja.

" Cakap guna mulut kau takbisu lagi nak bercakap guna bahasa tangan ''

Inayah mengigit bibirnya . Dia tepis sikit sahaja tangan gadis itu tetapi kenapa sampai jatuh teruk.

Mereka dia dikeremuni dengan rakan sekelas yang lain. Sudah pasti Inayah yang dinampak bersalah.

" Arghh ''

Tubuh Inayah pula ditolak kasar oleh Zahira. Inayah hanya diam membatu. Masih terkejut.

" Kau takperlu sampai nak tolak macam tu walaupun taksuka dia ''

" Kau ni perempuan jahat ''

" apa hak kau nak buat dia macam tu lagipun kau yang rampas kekasih dia ''

Kata kata kasar terus menerus dibagi kepada Inayah. Entah bila masa dia rampas kekasih Khalisya. Dia cuba untuk bangun tetapi sakit betul rasa kakinya sekarang ini.

Affan menunduk menyamakan tinggi dengan Inayah yang berada di lantai. Dia perasan yang Inayah pegang kakinya . Mungkin sakit atau sahaja mahu meraih simpati.

Inayah hanya membalas tajam pandangan Affan. Budak kelasnya memang perangai teruk sebab tu dia takbercampur.

Pipi gadis itu tiba tiba dicengkam kuat membuatkan semua riuh gelakkan Inayah. Inayah mengalih pandangannya kepada Khalisya dan gadis itu hanya memandang sinis padanya.Tahulah dia yang dia dianiaya.

Inayah sedaya upaya menolak tubuh Affan dari mengasari dia. Taksuka disentuh oleh pihak lawan jenis. Dah taktahu halal haram ke . Air matanya perlahan lahan mengalir.Bila dia rasa takberdaya.

" kau rasa kau siapa nak lawan dia kau cuba tengok muka dia dengan muka kau . Muka dia cantik je bersih takda cacat cela muka kau pula sudah macam peta Malaysia ''

Affan tergelak sinis kepada Inayah . Sekarang bukan hanya budak kelas 5 Permata tetapi dipenuhi dengan budak kelas lain juga . Ada yang memandang simpati ada yang tergelak sinis.Macam macam perangai manusia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 21, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

REWRITE THE STARWhere stories live. Discover now