" Kalau kamu berdua taknak cerita apa punca pergaduhan ni macam mana saya nak buat keputusan ? '' Cikgu Radzi mula meninggikan suara mana taknya dah 15 minit masing masing diam je. Masa bergaduh tadi sampai tak ingat dunia.Melihat mereka berdua yang hanya menunduk membuatkan dia mengeluh perlahan. Taktahu nak cakap macam mana lagi.
" Dah macam ni la gaya saya terpaksa panggil waris kamu ke sini mungkin dengan cara ni kamu nak bercakap ''
" Tak perlu call daddy saya '' Ayden Danial mengangkat kepala taksuka bila daddy dia dipanggil . Dia tahu la apa yang jadi kalau daddy dia datang sini.
" Ya cikgu tak perlu sampai nak suruh mama saya datang sini. Saya yang buat masalah ''
" Habis tu kamu diam saja nak cikgu buat apa lagi? ''
" Kami minta maaf cikgu , kami janji takkan ulang lagi '' Ayden Danial mula meminta maaf.
" Kalini saya lepaskan kamu kalau kejadian ni berulang lagi saya takkan lepaskan ''
" Baik cikgu '' Ayden Danial dan Rayyan Qayri menjawab serentak membuat kan mereka memandang sesama sendiri riak jijik ditunjukkan. Jika bukan dalam bilik cikgu mungkin mereka dah mencaci sama sendiri.
" Izz wait ! ''
" Kau nak apa ni Izzati ? ''
Naik rimas Izz Qayden bila wanita itu tak henti mengejarnya . Kepalanya digeleng. lemas macam ni.
" U nak pergi mana ? ''
" Sekarang dah tamat waktu kerja Wardina Izzati" Nama gadis itu ditekan.
" Eiii u sebut nama panjang i ! Mana u tahu nama panjang i ni ? U suka i jugak ke ? "
Astagfirullah .Izz Qayden mengusap wajahnya kesal. Kenapa wanita ini takpernah berhenti mengejar dia . Sudah 2 tahun dia menolak wanita ini tetapi Wardina Izzati takpernah mengalah.
" Harini i tumpang u balik tau sebab kunci kereta i hilang kucing i sorok '' Wanita itu menayang sengih .
Izz Qayden menghela nafas , nak taknak dia kena tumpangkan Izzati . Kesian pulak dia nak menolak bila melihat wajah penuh berharap wanita itu.
Izzati mengambil gambar Izz Qayden yang sedang memandu itu. Senyap senyap okay ! Dia taknak kena tinggal tepi jalan kalau Izz Qayden tahu . Cukuplah dia buat wallpaper tatapan sendiri je . Izz dah bagi dia tumpang pun dia dah bersyukur sangat.
Tetapi tanpa dia tahu Izz Qayden tahu yang Izzati menangkap gambarnya. Tetapi dia malas nak marah.
Terkejut juga Izz Qayden bila melihat penampilan baru Izzati. Selalu pakaian wanita itu tak cukup kain tetapi lain pula harini. Manis berbaju kemeja lengan panjang berwarna purple lilac dikenakan dengan tudung shawl putih. Cantik .
Dia sendiri pun takpasti Izzati berubah untuk menarik perhatian dia ataupun memang berubah untuk dekatkan diri dengan Allah.
" Rumah i depan tu warna biru muda ''
" Okay ''
Izz Qayden menghentikan kereta di hadapan rumah itu. Dia menoleh kepala ke arah Izzati bila wanita masih belum turun dari kereta.
" Kenapa tak turun lagi ? ''
" Hehe i nak dengar suara u dulu sebelum turun '' Wanita itu tersengih hingga menampakkan garisan gigi cantiknya.
" Thank u bagi i tumpang '' Dia tersenyum manis kepada Izz Qayden .
Dan entah mengapa Izz Qayden membalas senyuman itu tanpa dia sedar.
----
Pintu rumah dibuka. kelibat mamanya dicari. Selalu mama dia tunggu di depan pintu bila dia balik . Lain pula harini.
" Mama ''
" Qayri dah balik''
" Uncle buat apa kat sini ? ''
Soalan dibalas soalan . Rayyan mengetap rahangnya . Taksuka dengan orang dihadapannya ini.
" Papa balik jumpa isteri dengan anak papa la '' Lelaki itu mengukir senyum bukan dia taktahu anak tirinya itu tidak suka dengan dirinya.
" Papa Qayri dah meninggal . ''
" Ehh Qayri dah balik..meh sini makan sekali mama dah siap hidang. Bibir wanita itu mengukir senyum.
" Qayri dah makan tadi sebelum balik '' Rayyan terus naik ke biliknya. Malas mahu berlama lama.
" Mungkin dia tak terima abang lagi '' Lelaki berumur 50 an itu mengukir senyum.
" Maafkan dia ye bang '' Puan Lailatul membalas senyuman itu.
Rayyan Qayri duduk takdiam di atas katilnya. Perutnya lapar tetapi dia taksuka dengan bapa tirinya. Dia terima pun sebab nak tengok mamanya bahagia ja. Tetapi dia perasan ada yang tak kena dengan bapa tirinya itu. Muka nya agak familiar.
" Mama masuk ye Qayri'' Suara Puan Lailatul di sebalik pintu mengejutkan Rayyan Qayri.
Puan Lailatul membuka pintu bilik anak terunanya itu di tangannya ada dulang berisi makanan dan air kosong. Rayyan Qayri terus bangun dari katilnya membantu mamanya." Ya allah mama takpayah sampai bawak naik atas ni ''
" Mama tahu Qayri belum makan , mama risau ''
Wajah mamanya ditatap lembut. Dia takpernah berjaya menipu mamanya. Mamanya akan sentiasa tahu.
" Uncle dah balik ke? ''
" Dah lepas makan tengahari siang tadi ni kenapa muka ni lebam lebam ni mesti Qayri gaduh lagi kan '' Puan Lailatul membuat muka garang. Risau dia dengan anak tunggalnya ini kerap sungguh bergaduh dengan orang. Kawan pun takda.Mana tak nya kerja nak bergaduh je.
Rayyan yang menayang sengih membuatkan Puan Lailatul mencubit perut Rayyan. Ibu mana yang tak risau bila melihat anaknya begitu.
" Qayri nak mama suap ''
" Baiklah anak mama ''
---
Jam menunjukkan 8.45 malam. Ayden Danial duduk di taman itu . Tak mahu balik lagi taknak kakaknya risau lihat keadaan dia. Lagipun Arina pun masih marah kan dia sebab bergaduh dengan Rayyan.
" Danial ''
Ayden Danial mengangkat kepala memandang si pemanggil. Terlihat Inayah dengan Aiskrim ditangannya dan plastik berisi susu .
" Kau buat apa kat sini dah malam ni ''
" Aku baru balik kedai''
Inayah baru balik dari kedai sebenarnya . Rumah dia takperlu lalu taman pun tapi tiba tiba harini dia rasa nak lalu taman ni lagipun dahlama dia taklepak dekat taman ni tak sangka pula boleh jumpa Danial. Takdir dah tertulis.
" Jom aku hantar kau balik tapi kita jalan kaki la sebab moto aku takdapat lagi ''
" Aku nak duduk dulu sini dahlama aku taklepak sini '' Inayah menayang muka takpuas hati dia baru je nak duduk dah ajak balik.
Ayden Danial kembali duduk selepas melihat wajah garang Inayah. Dia tak mahu diganggu sebenarnya tetapi kalau Inayah takpa.
" Sejukkan harini '' Ayden Danial cuba menceriakan suasana.
Inayah hanya mengangguk .Bibirnya taklekang dari senyuman . Best je sejuk.
" Nah susu , susu ni aku beli dekat baba sebab baba merajuk tapi takpala nanti aku pujuk dia beli lain''
Ayden Danial tergelak kecil sebelum menyambut huluran Inayah. Susu itu disedut. Dia belum makan apa apa harini memandangkan waktu rehat dia bergaduh dengan Rayyan nak makan kat rumah taknak kena soal siasat dengan kakaknya.
" Luka kau macam mana sakit lagi tak ? ''
" Aku okay la Nayah jangan la risau ''
" Aku takrisau la perasan je kau , aku tanya je pun"
" Mata kau tak boleh menipu Nayah ''
" Aku suka bila kau risau ''
YOU ARE READING
REWRITE THE STAR
RomanceAYDEN DANIAL X NURUL INAYAH KTA PUTUS - NURUL INAYAH OK - AYDEN DANIAL AIR MATA YANG SEDAYA UPAYA DITAHAN AKHIRNYA JATUH MEMBASAHI PIPI JUA . INAYAH BENCI , DIA BENCIKAN DANIAL. HUBUNGAN YANG DIJAGA SELAMA 7 BULAN TERPUTUS BEGITU SAJA.DANIAL MAINKAN...