Bab 10

239 19 2
                                    

DIA membuat keputusan untuk mengunjungi kebun. Perasaan galau serta merta menjadi tenang apabila melihat flora dan fauna. Elnara memerhatikan pergerakan seekor rerama yang menghinggap di atas salah satu bunga.

Titisan air yang menuruni dedaun pokok menunjukkan hujan baru turun membasahi bumi. Nyaman.

Bilamana terdengar suara seseorang, dia berpaling. Kelihatan Sean sedang bercakap dengan telefonnya.

"Sean," tegur Elnara setelah Sean menamatkan talian telefon.

Air muka Sean yang berkocak sempat dikawal.

"Cik buat apa kat sini?" Dia menyoal.

"Saja ambil angin. Kau?"

"Sama macam cik."

Pandangannya tiba-tiba meliar ke sekeliling. Kenapa kau tercari-cari dia, Nara? Hatinya menggerutu.

"Tuan ada dalam bilik pejabat," beritahu Sean, tiba-tiba.

"Jom duduk," ajaknya sambil menunjukkan ke salah satu bangku yang ada di situ.

Mereka sama-sama melabuhkan punggung. Jarak dicipta di antara mereka. Pandangannya ditetapkan pada langit yang terbentang luas.

"Cantik," pujinya. Sean turut memandang pelangi yang terbit di langit.

"Tapi pelangi sekejap je muncul," balasnya.

"Kadang-kadang yang sekejap itulah yang terindah," hujah Elnara disambut dengan anggukan Sean.

"Kau nak tau tak?"

"Apa?"

"Arwah mak aku kata kalau nak tengok pelangi, kita mesti tengok hujan lebat dulu. Macam tu juga kehidupan manusia. Awalnya penuh dengan onak duri tapi akhirnya akan ada sinar kebahagiaan." Mata Elnara bersinar. Mengharapkan apa yang dikatakan olehnya menjadi realiti.

"Ada orang yang tak jumpa kebahagiaan di penghujung," sampuk Sean pula.

Ayat itu menyentak hatinya.

"Ya."

"Cik..." serunya.

"Apa benda yang paling cik kejarkan?" Sekonyong-konyong dia bertanya.

Aku senyap sebelum menjawab.

"Bahagia." Sepatah jawapan itu meluncur dari celah bibir Elnara.

"The pursuit of happiness is the most absurd expression, if you pursue happiness, you will never find it. All you need is to create happiness yourself," ujarnya lancar.

"How to create happiness by myself?"

"Buang semua halangan yang sekat cik bahagia."

Elnara senyum segaris. Persoalannya, mampukah dia hapuskan segala halangan ini? Takdir ini memang sudah tertulis, namun dia turut berhak untuk tentukan kebahagiaannya. Dia sedar bahawa perancangan Allah lebih indah berbanding dengan perancangannya.

"Kau pandai berbahasa," pujinya seraya mengubah hala perbualan.

"I think it was a compliment. Thank you." Sean membongkokkan badannya 90 darjah.

Elnara ketawa kecil. Entah kenapa perkara kecil ini boleh buatkan dia tertawa?

"It's good to see your laugh," ujar Sean.

"Come with me." Dia sudah bangkit daripada duduk.

Elnara bagai pak turut hanya mengekori Sean lalu memasuki perut kereta. Tiba-tiba fikirannya melayang kepada seseorang.

Mrs. Ryan Edric ✓Where stories live. Discover now