Bab 32

150 9 0
                                    

SEKEPING foto dihantar kepada seseorang melalui aplikasi WhatsApp. Jari-jari runcingnya laju menaip pesanan.

- Photo -

- Anak kuda anak katak,
Kau rindu aku tak?

Sengihan kambing menempel pada bibirnya. Sekeping gambar dan pantun dua kerat itu dihantar kepada Ryan. Memandangkan Ryan bertolak ke Itali atas urusan pekerjaan, hubungan mereka kembali berjarak jauh.

Terlepas keluhan di celah bibir Elnara. Sampai bila dia dan Ryan harus berjauhan begini?

Katalah dia seorang yang manja pun. Dia tidak selesa bilamana terpaksa berjauhan dengan suami. Rindu! Walaupun tempoh masa mereka berjauhan singkat, dia tetap tidak mahu berenggang dengan Ryan!

"Panjang keluhan puan." Teguran itu mengembalikan Elnara ke alam realiti.

Figura Sean menyapa kornea mata. Dia mengusap dadanya. Sedikit terkejut.

"Maaf kalau saya kejutkan puan," ucap Sean dengan sengihan bersalah.

Sean ditugaskan oleh Ryan untuk mengawasinya beberapa hari ini.

"Kau nak order apa-apa ke?" Elnara bertanya. Mana tahu lelaki ini haus atau lapar.

Sean mengetuk dagunya gaya berfikir.

"Hot Americano."

"Nak yang puan buat tau. Air tangan puan, marvellous!" beritahu Sean lagi.

Elnara menggulingkan bebola mata. Sean ketawa. Elnara berlalu ke bahagian dapur untuk menyiapkan pesanan. Setelah selesai, dia membawa minuman itu kepada Sean.

Dia berpapasan bahu dengan Firas. Firas kelihatan kusut. Dia berkerut dahi. Tadi bila dia tanya Firas tentang keadaannya, Firas kata dia baik-baik sahaja. Tapi otak Elnara tetap kata Firas tidak okay!

Hot Americano diletakkan ke atas meja yang diduduki oleh Sean. Sean melemparkan senyuman.

"Terima kasih."

"Kalau takde apa-apa, aku teruskan kerja ya?" ujar Elnara.

Entah kenapa tiba-tiba terpelecot. Kalau tiada tangan yang memaut pinggangnya pasti kepalanya sudah terhempas ke lantai. Eh, tangan?

Matanya membulat. Dia melihat si empunya tangan. Sean sedang menatapnya dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

Elnara berdeham sekali untuk mengejutkan si lelaki. Namun semakin kuat pegangan di pinggangnya. Seperti tidak mahu dilepaskan.

"Sean," panggil Elnara gabra.

Telinga lintahnya mendengar nafas kasar Sean. Perlahan-lahan Sean melepaskannya. Kemudian, Sean menggosok belakang tengkuknya.

Elnara senyum tawar. Perlukah dia berterima kasih kepada Sean menyelamatkan dia daripada benjol?

"Thanks," ucapnya sebelum melangkah pergi. Matanya perasan yang Firas berdiri tegak di situ.

Tidak hiraukan semua itu, langkah terus diatur kepada Yuni yang sedang melayan pelanggan.

"Terima kasih. Datang lagi ya," ujar Yuni, ramah.

"Yuni." Elnara menegur dengan sapaan di bahu.

"Yuni tak rehat lagi kan?" tanya Elnara. Dia melihat jam pada dinding kafe tersebut. Sudah pukul 2:30 petang.

Yuni menepuk dahinya.

"Yuni lupa." Dia sengih.

"Rehat pun boleh lupa?"

Mrs. Ryan Edric ✓Where stories live. Discover now