Bab 44

135 8 0
                                    

TAP
TAP
TAP

Ketukan pada meja terhasil apabila jarinya tidak berhenti-henti bermain pada muka meja itu. Matanya terpaksi kepada skrin CCTV yang menunjukkan seorang wanita yang berada di atas kerusi. Wanita itu masih tidak sedarkan diri.

Bibirnya membentuk senyuman.

Sikit sahaja lagi, wanita itu akan menjadi milik mutlaknya.

"Sleeping beauty is still sleeping." Ayat berbentuk sindiran itu kedengaran jelas di cuping telinganya.

Dia cukup kenal suara itu. Lelaki botak. Omero.

"Macam mana kau boleh culik perempuan tu?" soal Omero.

Omero terperanjat apabila lelaki itu mengusung seorang wanita memasuki pangkalannya.

Masakan dia tidak mengenali wanita itu, seluruh keluarga 'Mafia' tahu tentang kewujudan wanita itu dalam kehidupan Edric, ketua legasi Cammora.

"Aku perangkap dia. Dia ajak aku keluar sebab nak jumpa Edric. Tkkanlah aku nak lepaskan peluang tu," jawab lelaki itu ringkas.

"Edric tahu kau culik dia?"

Lelaki itu ketawa dahulu.

"Tak. Aku tak sampaikan berita ni pada dia lagi. Tapi aku tahu mesti dia tengah goyah sekarang. Cari isteri dia." Dia boleh membayangkan wajah Edric yang separuh mati panik akan kehilangan si isteri.

"Tapi kau tak rasa ke tindakan kau terlalu cepat dan mengejut. Kau nak mati awal ke? Kau tau kan dia boleh trace isteri dia dalam masa terdekat." Balasan Omero sangat logik.

Wanita itu ibarat nyawa Edric. Pasti dia takkan lengahkan masa dalam pencarian wanita itu. Omero juga yakin Edric juga takkan lepaskan sesiapa yang terbabit dalam hal penculikan ini termasuk dia.

Dia menelan air liur kesat.

"Sebelum dia sempat jejak, perempuan tu akan hancur dulu."

Dia cukup kenal Edric. Menghancurkan wanita kesayangannya itu ibarat menghancurkan lelaki itu juga. Patah sebelah sayap lelaki itu teruskan hidup. Itu akan membuatkan dia lebih mudah untuk menghapuskan Edric.

Matanya tetap terarah pada si wanita yang dibuai mimpi. Dia akui kecantikan wanita itu amat mendebarkannya. Wajah wanita itu indah tanpa sebarang solekan. Meskipun dalam keadaan tidak sedarkan diri, dia tampak bercahaya.

Lama-lama pandangannya berubah redup.

"I could smell something." Omero bersuara perlahan.

"Kau ada perasaan kat dia?" Dengan ton suara sinis, Omero melemparkan soalan itu.

"Do I look like I have that kind of feeling?" Dia mahu menafi tetapi hatinya enggan berkata penipuan. Namun hatinya mengertak untuk tidak mengaku.

Jadi, dengan soalan itu menjadi balasan kepada soalan sinis Omero. Sama ada Omero faham atau tidak, dia tidak peduli.

"Mana tahu kau dah terkena dengan perempuan macam tu. Sebab aku pelik, kenapa Edric boleh cintakan perempuan tu. Aku nampak biasa, tambah dengan pakaian aneh yang ada kat atas kepala dia."

Sebaliknya Omero, membuat kesimpulan yang dia tidak tergoda. Dia juga langsung mengkritik si wanita yang telah menjadi pilihan Edric.

"Hanya lelaki yang benar tulus akan boleh nampak kecantikan dia," suara si lelaki.

"Masa bila kau belajar ayat jiwang ni?" perli Omero. Dia menggulingkan bebola matanya.

"Kau memang dah tergolek cinta pada dia, ke?" Omero menyerkap jarang lagi. Tidak puas hati!

Mrs. Ryan Edric ✓Where stories live. Discover now