Bab 28

195 13 0
                                    

SETELAH mendapat panggilan daripada bakal rakan kongsi, Francesco bergegas ke lokasi perjumpaan yang telah diberitahu. Senyuman jahat mekar di bibir. Mangsanya telah masuk ke dalam perangkap.

Mangsa barunya? Siapa? Omero iaitu antara salah seorang pemimpin mafia yang berkuasa. Dia menyasarkan Omero sebagai titik untuk memusnahkan Edric. Dia mentertawakan Omero kerana begitu bodoh mempercayainya.

Niatnya adalah untuk membunuh lelaki itu pada masa yang sesuai. Dia akan memanfaatkan kekuasaan Omero untuk menghapuskan Edric, abang kandungnya. Dia menjadi gelap mata kerana cemburu dan benci.

Dush!

Bayangan dan rancangan jahat yang bermain-main di layar ingatan terus terpadam. Gelap tiba-tiba menyapa pandangan. Bibir yang tadi mekar dengan senyuman, lesap.

-

BUK!
DUSH!
BUK!
DUSH!
BUK!

Badannya terhuyung-hayang. Dia lemah tidak berdaya. Baru sahaja tadi, dia merencanakan sesuatu yang jahat. Namun saat ini, dia rasa rancangan itu tidak akan berlaku malah peluang untuk dia terus hidup samar.

Dia menepis serangan tetapi gagal. Tubuhnya tidak ubah seperti punching bag. Dia ditumbuk, ditendang dan dibelasah tanpa belas kasihan. Wajah dan tubuhnya berdarah-darah, pecah dan lebam. Rupanya pula tidak serupa manusia!

"Bangun! Lawan!" sorak seseorang seperti sedang menyaksikan kejohanan perlawanan tinju. Tepukan bergema di ruangan itu.

"Ber.. berhenti." Matanya terpejam bilamana darah pekat menuruni matanya. Dia memandang lelaki itu. Penat.

"Berhenti? Aku dah gigih rancang semua ni takkan nak berhenti pula?" Sinis lelaki itu menyoal.

"Selama ni, aku bagi muka dan ikut rentak kau. Aku nak tengok sejauh mana kau mampu buat untuk jatuhkan aku. Kau cuba bunuh aku, lagakan konco-konco aku, jatuhkan bisnes aku dan sentuh barang milik aku." Lelaki itu berkata mendatar.

Dada Francesco berombak kasar.

"Kau kena hadam ni, Francesco. Kau takkan pernah berhasil untuk ranapkan kehidupan aku. Aku selalu ada di atas kau."

Senyuman sinis terbit di bibir lelaki itu. Waktu ini, mana Francesco yang berlagak kuat berangan mahu menjatuhkan dia?

"Loser is always be a loser." Seusai dia berkata-kata, kepala Francesco dihentak kuat ke lantai.

Cecair merah mengalir lagi dari kepala. Hampir berkecai kepala Francesco menerima hentakan yang tidak dijangka itu. Kepala dan telinganya berdengung. Dia pening-pening lalat. Pandangannya juga kabur dengan darah.

"Bangun. Aku belum puas tengok babak aksi kau dengan kawan-kawan aku." Lelaki itu menepuk pipi Francesco. Konon memberikan semangat.

Francesco ditarik dan dipaksa untuk berdiri. Penumbuk dikepal. Sekonyong-konyong, Francesco ketawa kuat. Lelaki itu mengerutkan dahi.

"Aku ingatkan lepas dah melekat dengan perempuan tu, kau dah suci. Tapi rupanya... Kau tetap kau. Masih liar dan dahagakan darah," ucap Francesco. Darah mengalir dari mulut tidak dihiraukan.

"I am Edric and always be him. No one can change his wild behaviour."

"Bagus! Aku suka! Aku suka!" teriak Francesco sambil berpusing-pusing seperti orang gila.

Tumbukan tiba-tiba melayang pada pipi bengkak Francesco. Tubuhnya dibanting ke lantai berkali-kali lalu diterajang. Bar kekuatannya merudum ke sifar.

Batang besi diambil oleh Edric. Ngilu telinga yang mendengar geseran itu di lantai. Matanya merah saga menatap Francesco yang sedang nyawa-nyawa ikan.

Mrs. Ryan Edric ✓Where stories live. Discover now