Bab17 Malam Jahanam

329 55 65
                                    

Tidaklah Allah Ta'ala
Mengangkat sesuatu di dunia ini, melainkan Pasti Allah yang Maha Kuasa akan menumbangkannya.
Lihatlah, setiap perkara duniawi yang telah memuncak, pasti dia akan jatuh sejenak lagi.

(dari Google)

__________________

Yasmin dan Puan Sri Suzy masuk ke dalam cawangan Butik Cahaya P Creative. Tujuannya adalah mengambil gown pengantin yang ditempah oleh Puan Sri Suzy buat resepsi Yasmin dan Ricky malam nanti.

Mereka menaiki eskalator untuk ke tingkat dua bahagian tempahan gown pengantin. Ada juga pakaian pengantin jenis kurung dan kebaya. Gown berbagai jenis rekaan. Tiba di bahagian khas untuk pakaian pengantin, Puan Sri Suzy dan Yasmin terpegun dan rambang mata.

"Ya Allah! Cantiknya. Satu hari nanti, mama pun nak butik macam ni juga."

"In Syaa Allah, mama. Pasti mama berjaya. Yasmin akan tolong mama."

"Assalamualaikum Puan Sri..." salam diberi oleh Sejat.

"Waalaikumussalam..."

"Mesti nak ambil tempahan gown pengantin untuk  menantu Puan Sri  kan?"

"Ye, betul. Ini menantu saya. Pagi nikah dah."

"MasyaAllah.... Cantik menantu Puan Sri... Tahniah ye..."

"Terima kasih. Maaf ye, malam ni , saya tak jemput awak ke majlis resepsi. Saya jemput boss awak dan PA dia je."

"Saya pun tak ingin nak pergi." Walaupun perlahan ucapan Sejat, tapi masih dapat didengar oleh Puan Sri.

"Mana boss awak? Saya nak jumpa boss awak?"

"Sekejap, saya panggil boss saya kat office dia. Boss saya dan PA dia baru sampai di sini dua jam lepas." Sambil menjeling ke arah Puan Sri Suzy dan Yasmin, Sejat ke office di tingkat dua itu juga.

Sebenarnya Cahaya dan Sarah baru sampai ke cawangan butik Cahaya P Creative petang tadi. Mereka akan menghadiri majlis perkahwinan Ricky dan Yasmin malam nanti. Sejat yang sentiasa berulang alik dari butik utama ke cawangan itu , sampai awal pagi tadi.

Tok! Tok!

Terdengar suara Cahaya menyuruhnya masuk, Sejat memusingkan tombol pintu dan masuk ke dalam. Sarah pun ada di bilik ofis itu, berbincang dengan Cahaya.

"Cik Aya..." Cahaya membenarkan pekerjanya memanggil dengan gelaran Cik Aya.

"Ye, Sejat."

"Ada Puan Sri Suzy datang ambil tempahan dan nak jumpa Cik Aya."

Cahaya terkejut. Macamana dia hendak keluar berjumpa orang tua itu kerana orang tua itu mengenalinya. Sarah yang tahu cerita tentang Puan Sri Suzy dan bossnya menyarankan sesuatu.

"Cik Aya pakai je niqab. Suruh sejat yang pakaikan."

Terbeliak biji mata Sejat. Kenapa pula kena berniqab, fikirnya.
Tapi dia tidak bertanya. Cuma mengikut suruhan bossnya.

"Assalamualaikum..." Puan Sri Suzy dan Yasmin tercengang melihat seorang gadis kecil molek memakai niqab dan gamis labuh memberi salam. Ada Sarah dan Sejat di belakang gadis itu.

"Waalaikumussalam..." Akhirnya Puan Sri Suzy menyambut salam Cahaya.

"Puan Sri... Inilah boss besar saya... Cik Puteri Salju..."

Tersentak dan hampir hendak tergelak Cahaya bila dia diperkenalkan dengan nama Puteri Salju oleh Sejat.

"Cik Puteri Salju? Cantik nama secantik orangnya," puji Puan Sri Suzy. Dalam hatinya sempat berkata. Kenapa tak jumpa perempuan ternama ini awal-awal. Kalau kenal awal , pasti dijadikan menantu. Beruntung siapa jadi pendamping boss besar butik ternama itu.

Cinta Si Bodyguard Where stories live. Discover now