Selepas tiga hari berada di hospital dan keadaan Cahaya dan bayi lelakinya sihat, mereka dibenarkan keluar. Daren yang mengambilnya dari hospital. Ricky ada jadual penerbangan selama seminggu. Tidak dapat menolong ambil Cahaya."Anak buah Pak Long dah nak balik hari ni ye?" Dikucup pipi bayi kecil itu bertalu-talu sehingga bunyi rengekan kedengaran kerana tidurnya diganggu. Cahaya hanya tersenyum melihat abang iparnya mengganggu tidur si bayi.
"Aya duduk di atas kerusi roda ni. Pangku baby. Biar abang tolak Aya sampai ke parking."
Cahaya duduk di atas kerusi roda dan memangku bayinya. Daren menolak kerusi roda itu sambil di bahunya tersandang beg barangan Cahaya dan anak saudaranya. Kalau orang tidak tahu hubungan abang dan adik ipar itu, pasti fikir yang mereka pasangan suami isteri.
Air mata bergenang di sudut mata Cahaya. Sedih sangat melihat abang iparnya yang terpaksa menguruskan dirinya dan bayinya. Seharusnya yang berada di sini adalah ayah kepada bayinya. Tetapi bukan salah Putera, semuanya memang sengaja disembunyikan dari Putera. Air mata yang bergenang dilap dengan lengan bajunya.
Setibanya di apartment yang Ricky tumpangkan, mereka masuk ke dalam. Nasib apartment Ricky di aras bawah. Mereka disambut oleh Citra dan anak-anak.
"Sayang, abang pergi kerja dulu ye?"
Citra memandang suaminya yang kelihatan letih dan lelah. Timbul rasa kasihan pada Daren . Setiap hari pulang lewat , mungkin bekerja lebih masa. Hilang sudah ketampanan wajah suami kesayangannya.
"Abang dah makan ke?"
"Sudah. Sebelum ambil Aya, abang dah makan." Sebenarnya semua itu hanyalah dalih Daren. Dia memang belum makan kerana tidak sempat. Sekarang pun dia terkocoh- kocoh untuk ke tempat kerja.
"Abang pergi dulu ye?" Tangannya dicapai oleh Citra untuk bersalam dan mengucup tangan suaminya. Dahi Citra dikucup .
"Hati-hati bang..."
Sementara di sebuah restoran makanan sedap saji, dua orang separuh baya sedang berbual dengan khusyuk sekali. Mereka adalah dua orang kawan baik yang mempunyai perniagaan besar dan ternama. Siapa lagi kalau bukan Tan Sri Amar dan Tan Sri Afandi.
"Macammana dengan budak lelaki tu Fandi?"
"Aku ni kalau boleh nak tendang aje dia dari syarikat aku. Kenangkan anak aku si Ricky, terpaksa aku terima budak tu kerja sebagai manager kewangan. Tak tahulah macammana aku nak dia pergi dari syarikat aku. Lepas dengar dari kau pasal keburukan dia, menyesal pula aku letak dia kat bahagian kewangan. Takut syarikat aku gulung tikar macam syarikat dia. Hari ni awal dia dah keluar dan tadi aku call PA aku , katanya belum balik ke syarikat lagi. Entah ke mana agaknya dia mengular.
"Kenapa kau terima dia kerja? Kalau ye pun nak terima dia, biar dia jadi office boy atau cleaner aje."
"Aku tengah fikirkan. Kalau kau ada cadangan, beritahulah aku.,"
Tan Sri Amar membisikkan sesuatu di telinga Tan Sri Afandi. Ketawa kuat keduanya selepas itu.
"Bagus juga cadangan kau tu , Amar. Aku akan gunakan cadangan kau tu.Tapi lambat sikit. Takut pula anak aku curiga."
"Aku terima berita baik dari kau, Fandi."
_____________
Selepas tiga bulan melahirkan, akhirnya Cahaya mula bekerja di butik Cinta Creative. Anaknya yang juga sudah berusia tiga bulan ditinggalkan bersama Citra.
Baru setengah hari bekerja, dia sudah merasa rindu pada babynya yang bernama Putera Iffat.
Ting! Tong! Cahaya, Puan Alma dan beberapa orang pekerja di situ memandang ke pintu utama. Kelihatan Ricky dengan senyuman tampannya berjalan menghampiri Cahaya dan Puan Alma. Di tangannya ada sejambak bunga mawar merah. Kesemua yang ada di situ termasuk Puan Alma sudah tahu, bunga itu untuk siapa.
YOU ARE READING
Cinta Si Bodyguard
RomanceCerita bukan kahwin paksa tapi kahwin dengan kerelaan hati. Kahwin bukan dasar rasa cinta tapi sudah sampai waktunya . Kisah tentang seorang bodyguard dan kisah cintanya. Jom layan cerita baru dari author.