Selepas selesai majlis nikah Faradiya dan Putera, Putera mengajak Faradiya pulang ke banglo yang di beli untuk Faradiya."Kamu tak tinggal di sini beberapa hari ke Putera, Diya?" tanya Tan Sri Amar. Puan Sri Alina yang duduk di sebelah Tan Sri Amar hanya membisu.
"Takpe uncle. Saya bawa Diya ke banglo kami aje."
"Kenapa panggil uncle? Saya kan dah jadi papa mertua awak. Panggil saya papa."
"Maaf pa..."
"Aunty rasa bagus juga kamu bawa Diya pulang ke banglo kamu. Hanim akan pulang esok. Aunty taknak Hanim mengamuk bila tahu apa yang berlaku.
"Apa yang awak cakap ni Lina? Putera dah bernikah pun dengan Diya. Hanim yang nak tentang sangat tu dah kenapa? Saya rasa elok awak nasihatkan Hanim agar jangan masuk campur urusan Diya. Suruh dia hormat Diya sebagai kakak dia. Jangan biadap dan kurang ajar!" marah Tan Sri Amar. Anak bungsunya memang keras kepala, keras hati dan dingin.
Puan Sri Alina tidak suka dengan ucapan Tan Sri Amar. Entah kenapa suaminya itu berubah drastik. Padahal sebelum ini, suaminya juga tidak suka Diya mengganggu rumahtangga Putera.
"Putera, papa nak pinjam Diya sebentar. Ada hal yang papa nak bincangkan dengan Diya. Kita ke bilik kerja papa sekejap , Diya."
"Diya pergi sekejap ye abang?" Lembut suaranya meminta izin pada Putera.
Putera hanya mengangguk. Puan Sri Alina merasa pelik kerana dia tidak diajak sama oleh suaminya. Ada rahsia apa antara suami dan anak perempuannya itu.
Faradiya dan Tan Sri Amar berlalu masuk ke dalam lif. Mereka akan ke tingkat tiga bilik kerja Tan Sri Amar.
Masuk ke dalam bilik kerja Tan Sri Amar, keduanya duduk di atas sofa.
"Diya, papa harap diya pandai-pandailah tawan hati Putera lepas ni. Papa dah tolong Diya buka jalan untuk Diya dan Putera bersama. Jangan persiakan pertolongan papa. Papa tak boleh selalu bantu Diya. Papa taknak mama dan Hanim tau tentang rancangan papa dan Diya."
"Papa jangan risau. Diya akan pastikan abang Putera terima Diya seadanya. Diya juga taknak susahkan papa terus. Diya akan simpan rahsia papa agar tiada yang tahu kecuali abang Putera. Diya akan tutup mulut abang Putera agar tidak beritahu sesiapa tentang ugutan papa pada abang Putera."
"Baiklah. Ini ada kad debit untuk Diya guna. Gunakan aje kad ni. Papa akan transfer ke akaun Diya setiap bulan. Kalau Putera buat Diya macam-macam terus call papa atau Tommy. Papa dah minta Tommy bantu Diya. Papa juga akan beri nombor telefon Tommy."
Tommy juga salah seorang orang suruhan Tan Sri Amar. Tidak siapa tahu kewujudan Tommy di sebalik Tan Sri Amar. Tommy juga yang memberi tahu tentang Ben pada Putera, walaupun sebenarnya pemberitahuan tentang Ben adalah palsu.
"Ye pa. Terima kasih pa." Tan Sri Amar dan Faradiya bangun dari sofa. Mereka berpelukan.
Sementara Puan Sri Alina dan Putera seperti orang asing. Tiada perbualan di antara mereka. Puan Sri Alina hanya melihat telefon bimbitnya. Sebelum Putera bernikah dengan Faradiya, Puan Sri Alina sentiasa ramah dan banyak mulut bercerita dengannya. Putera perasan yang Puan Sri Alina tidak suka dengan pernikahannya dengan Faradiya.
"Aunty... Maaf, kalau saya buat aunty tak selesa dengan saya." Akhirnya Putera bersuara memecahkan keheningan di ruang tamu banglo mewah itu. Panggilan aunty tetap diberikan pada Puan Sri Alina kerana wanita itu seperti tidak suka Putera memanggilnya mama.
Puan Sri Alina mendongakkan kepalanya. Senyuman nipis terukir di bibir.
"Maaf? Salah apa Putera pada aunty? Sepatutnya maaf tu buat Cahaya yang Putera dah lukakan hati dan perasaan dia. Dah ceraikan dia sebab Diya. Aunty mungkin nampak kejam pada Diya, tapi aunty tak suka kalau anak aunty merobohkan rumahtangga orang lain. Aunty...."
YOU ARE READING
Cinta Si Bodyguard
RomanceCerita bukan kahwin paksa tapi kahwin dengan kerelaan hati. Kahwin bukan dasar rasa cinta tapi sudah sampai waktunya . Kisah tentang seorang bodyguard dan kisah cintanya. Jom layan cerita baru dari author.