Enam bulan kemudian....
Hari demi hari Citra sudah pulih dari kesedihannya. Dia cuba bangkit untuk meneruskan hidup. Lagi pula ada Rasya yang memerlukan perhatian dan kasih sayang darinya. Rasya telah keluar dari hospital enam bulan lepas. Namun Rasya masih belum mengetahui tentang Daren , abang dan adiknya yang telah meninggal dunia. Tunggu Rasya betul-betul sihat, barulah Citra akan memberitahu anaknya tentang pemergian Daren dan adik beradiknya. Sekarangpun Rasya masih ke mana-mana dengan duduk di atas kerusi roda akibat patah sebelah kakinya. Ingatannya juga turut terganggu.
Lima bulan lepas, Citra sukar menerima kehilangan Daren dan kedua anak lelakinya. Dia sering termenung dan boleh dikatakan setiap hari ke pusara mereka untuk melepaskan rindu. Kadangkala setengah hari dia di kawasan perkuburan itu. Sampai dia terlupa ada Rasya yang memerlukan perhatian dan kasih sayangnya. Berkat doa dan nasihat dari Cahaya, Tommy, Putera dan sesi kaunseling yang diterima, akhirnya Citra kembali pulih dari terlalu bersedih. Bukan bermaksud hilang terus kesedihannya tetapi dia lebih kuat dari sebelum ini.
"Aya..." Cahaya yang sedang membantu pembantu memasak, menoleh pada Citra yang memanggilnya.
"Ye, kak Long. Kak Long ada nak apa-apa ke?"
Citra menggelengkan kepalanya.
"Akak nak berbincang dengan Aya. Marilah duduk sini."
Cahaya membersihkan tangannya dan ke meja makan. Dia menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Citra.
"Kak Long nak cakap apa?"
"Errr, kak Long nak bekerja."
Sedikit tersentak Cahaya. Selama ini, kakaknya tidak pernah bekerja. Mungkin merasa bosan di rumah atau berhasrat untuk menghiburkan hatinya agar dapat melupakan sedikit kesedihannya bila teringat arwah suami dan arwah kedua anaknya. Kakaknya berpelajaran. Mempunyai degree dan mengambil master separuh jalan. Disebabkan hamil an terpaksa berhenti melanjutkan master.
"Kalau kak Long nak bekerja, apa kata kak Long bekerja di butik. Kita boleh kerja bersama. Kak Long boleh bawa Rasya ke butik. Tak perlu tinggalkan di banglo."
"Bolehkah kak Long kerja di butik tu?"
"Boleh. Dialu-alukan."
*Terima kasih Aya. Hmmm, lagi satu, macamana dengan persiapan nikah Aya dan Putera bulan depan?"
Wajah Cahaya berubah muram. Citra perasan dengan air muka adiknya. Rasa bersalah bertanya tentang pernikahan Cahaya, namun dia merasa gembira andainya Cahaya rujuk kembali dengan Putera. Melihat kesungguhan Putera memujuk Cahaya dan membantu mereka, Citra rasa berbaloi menunaikan niat arwah suaminya . Sebelum kemalangan berlaku , Daren sudah berbaik dengan Putera dan mengetahui yang Putera banyak membantunya dan Cahaya. Dia menyuarakan hasratnya untuk menyatukan Cahaya dan Putera bila kembali dari bercuti. Malangnya hasrat Daren tidak tercapai bila dia dan dua anaknya maut dalam kemalangan.
"Kak Long. Kalau boleh Aya taknak fikirkan hal rujuk dengan abang Putera. Aya dah happy hidup dengan Iffat. Aya taknak pisang berbuah dua kali. Tapi Aya terpaksa kerana permintaan arwah abang Long pada kak Long."
" Abang takkan sia- siakan Aya lagi. Abang takkan kecewakan Aya. Abang juga takkan paksa Aya rujuk dengan abang. Abang cuma nak ucapkan terima kasih sebab dah benarkan abang jumpa Iffat."
Cahaya terkejut. Rupanya ada Putera yang mendengar perbualan dia dengan Citra. Citra merasa serba salah melihat Putera yang kelihatan sedih mendengar ucapan Cahaya.
"Kak Long ke bilik tengok Rasya." Citra meninggalkan Cahaya dan Putera di ruang dapur. Memberi ruang kepada keduanya untuk berbincang hal mereka.
"Duduklah sarapan dulu," pelawa Cahaya pada Putera acuh tak acuh. Cahaya juga berasa serba salah dengan ucapannya tadi, tapi biarlah Putera dengar. Biar dia tahu yang Cahaya terpaksa rujuk dengannya bukan dengan rela hati. Begitu keras hati Cahaya. Dia masih tidak dapat melupakan lafaz cerai dari Putera padanya dan bernikah dengan Faradiya. Namun dia lakukan semuanya nanti kerana amanat arwah Daren.
YOU ARE READING
Cinta Si Bodyguard
RomanceCerita bukan kahwin paksa tapi kahwin dengan kerelaan hati. Kahwin bukan dasar rasa cinta tapi sudah sampai waktunya . Kisah tentang seorang bodyguard dan kisah cintanya. Jom layan cerita baru dari author.