Bab 8 Cahaya pergi

319 56 72
                                    

Lagu Ternyata belum siap aku



Cahaya dihantar oleh Ricky ke bilik penginapannya. Sementara itu, Ricky ke biliknya untuk mengemas pakaiannya. Dia akan pulang bersama Cahaya ke Kuala Lumpur.

Cahaya membuka luggage yang berisi pakaiannya dan Putera. Cahaya berfikir di mana hendak dimasukkan pakaiannya . Luggage yang dibawa hanya sebuah. Berkongsi dengan Putera.

"Ahhh! Lantaklah kau! Pandailah kau cari beg untuk isi pakaian kau. Peduli apa aku, kalau kau isi baju kau dalam beg plastik sekalipun."

Cahaya mengeluarkan pakaian Putera yang masih berada di dalam luggage. Dilempar pakaian Putera di atas karpet bilik itu. Kemudian dia memasukkan pakaiannya di dalam luggage.

"Aku kena cepat sebelum jantan tak guna tu pulang. Aku betul-betul muak tengok muka lelaki pendusta macam dia."

Selepas memastikan tiada satu apapun pakaian dan barangannya tertinggal, Cahaya mengheret luggagenya keluar dari bilik hotel . Entah kenapa langsung tiada rasa sedih menyelubungi hatinya saat ini. Padahal masa tahu kebusukan Putera selingkuh bersama kekasihnya, dia sampai menitiskan air mata. Mungkin rasa marah melebihi dari rasa sedih sekarang ini.

Tiba di lobi hotel, kelihatan Ricky sedang menunggunya. Cahaya menyerahkan kad access bilik kepada penyambut tetamu di kaunter lobi itu. Kemudian dia beriringan dengan Ricky keluar dari hotel XX.

"Aya betul ke nak pulang ke Kuala Lumpur ni? Taknak tunggu Putera ke?"

"Tak perlu tunggu dia. Lagipun buat apa tunggu lelaki yang lebih mementingkan selingkuhannya dari isteri sendiri. Rick tadi pun dengarkan dari mulut lelaki tu nak bernikah dengan kekasih dia. Aya sedar selama ni abang Putera langsung tak cintakan Aya. Dia hanya cintakan perempuan tu."

"Perempuan tu sebenarnya bekas tunang dia. Anak Tan Sri Amar. Mereka memang saling mencintai."

"Oo..." Itu sahaja perkataan yang keluar dari mulut Cahaya.

"Maaf. Seharusnya saya tak buka cerita pasal Putera dan Faradiya."

"Tak mengapa. Aya dah tak kisah dengan kehidupan lelaki tu. Biarlah kalau dia cinta mati pun dengan perempuan tu . Kalau dia nak nikah dengan perempuan tu pun, Aya dah tak peduli lagi. Aya dah penat. Penat dengan perlakuan dia." Sebenarnya kalau boleh memang Cahaya tidak mahu langsung mendengar cerita pasal Putera dan Faradiya. Dia sakit hati kerana menjadi mangsa dusta seorang suami seperti Putera.

"Aya jangan bersedih ye? Mungkin ada hikmahnya kejadian seperti ni berlaku."

"Entahlah! Bohong kalau Aya kata Aya tak sedih. Aya masih punya hati dan perasaan. Isteri mana yang tak sedih kalau suaminya jelas bermain dengan perempuan lain di belakangnya. Kalau Aya tak jumpa dan berhadapan dengan mereka tadi, sampai bila pun Aya tak tahu penipuan dia orang. Kesian kan nasib Aya?"

"Sabar Aya. Andainya Aya perlukan teman untuk bicara, saya ada untuk jadi pendengar."

Cahaya hanya memusingkan wajahnya memandang ke luar cermin kereta. Selepas ini, dia perlu berjumpa kakak dan abang iparnya. Kenapa mereka tergamak merahsiakan tentang kisah cinta Faradiya dan Putera. Kenapa mereka beria mendekatkan dirinya dan Putera sehingga mereka berjodohan.

Ricky hanya memandang Cahaya dengan rasa simpati. Sebenarnya bukan simpati sahaja, tapi ada sesuatu rasa yang dia sendiri pun tidak pasti. Kalau tidak difikirkan Cahaya isteri orang, sudah ditariknya Cahaya ke dalam pelukannya untuk menenangkan gadis itu. Gadis secantik dan sebaik Cahaya tidak patut dipersiakan tetapi diberi kebahagiaan.


__________

Putera hanya melayan perasaannya di atas kerusi menunggu di luar bilik rawatan Faradiya. Berserabut dan terasa dirinya tertipu. Alasan apakah yang disembunyikan oleh Faradiya tentang kehamilannya. Siapa gerangan yang telah menghamili Faradiya. Kenapa Faradiya ingin menikah dengannya sedangkan dia sudah mengandung. Takkan Faradiya tidak tahu tentang kandungannya. Menurut doktor, kandungan Faradiya sudah dua bulan. Bermakna sebelum dia ke pulau tempat penginapan Ben, Faradiya sudah mengandung. Adakah Ben lelaki yang membuat Faradiya mengandung???? Banyak tanda soalan yang bermain di benak Putera.

Cinta Si Bodyguard Where stories live. Discover now