a/n: thank youuu yang bagi idea 🥹🫶🏼 and thank you jugak yang baca and vote 🥹🫶🏼 You guys kalau ada idea untuk next part just bagi okay and i will do my best :) tak tahu nak letak title apa 😃
(Naim x reader)
gif by me :)
Aku tahu korang mesti fikir aku kene buang sekolah sebab bergaduh. Its not my fault tho. Pelajar perempuan tu yang mula dulu pastu aku yang kene buang sekolah. Kaki cable memang macam tu. Bila ayah aku dengar berita pasal aku kene buang sekolah sebab gaduh dia mesti lah marah and membebel kat kereta.
"Kamu ni (y/n), ayah hantar kamu ke sekolah untuk berlajar bukan untuk gaduh kan dah kene buang sekolah." kata ayah aku sambil bawak kereta. "Alaaa yah tapi dia yang start dulu." kata aku. "Ape yang dia buat sampai kamu bergaduh dengan dia ?" tanya ayah aku. Aku diam tak nak bagitahu kat ayah aku kenapa aku bergaduh dengan dia. Ayah aku perasan aku senyap je bila dia soal kenapa. "Hmm tak ape lah nak buat macam mana kan. Tak ape nanti ayah daftar kan kamu ke Kudrat." kata ayah aku. "Ehh tapi kan tu sekolah lelaki. Boleh ke (y/n) masuk ?" kata aku dengan terkejut bila ayah aku cakap nak daftar kan aku ke Kudrat. Kalau korang tak tahu ayah aku ni pengetua Kudrat. "Ehh mesti lah boleh tak kan tak boleh pulak. Kamu sekolah Kudrat pun nak belajar lagi pun kamu sesuai ape sekolah kat kudrat. Kamu kan pandai." kata ayah aku. Cehhh sape je tak happy bila ayah sendiri puji anak sendiri pandai. "Tapi bilik dorm macam mane?" tanya aku. Kalau aku kongsi bilik dengan lelaki memang aku rela tak ada bilik kalau macam tu. "Pasal bilik dorm tak ape nanti ayah cakapkan kat diorang bilik kamu hanya untuk kamu seorang sahaja." kata ayah aku. Yesss tak ada lah aku nak risau kalau aku sebilik dengan pelajar lelaki.
Time Skip
Satu malam aku kemas beg akhirnya selesai jugak. Sape je tak nervous kalau kau kene belajar kat sekolah lelaki. Itulah (y/n) kalau kau tak bergaduh dengan perempuan tu tak adenya kau kene buang sekolah pastu ke Kudrat.
Perjalanan kitaorang ke Kudrat tak ade lah jauh mana. Aku tengok sekolah Kudrat ni besar boleh ke eh aku survive kat sekolah ni. Takut ada jugak nak cari gaduh dengan aku.