a/n: thank you johnnysuh_lover for the idea 🫶🏼
(Kahar x reader)gif by me :)
Hari ni hari paling best lah untuk budak budak kat Kudrat. Nak tahu sebab apa ? sebab semua cikgu ada mesyuarat sampai habis waktu sekolah. So that means no class for today. And paling penting aku boleh jumpa boyfriend aku. Kahar. Orang tengok dia garang je tapi bila dengan orang yang dia sayang hilang dah garang dia. Kitaorang berkepit je bila pergi mana mana. Budak budak kat Kudrat tak ada lah jealous mana sebab kalau diorang jealous pun diorang bukannya boleh ambik aku daripada Kahar. Kalau ada pelajar lelaki cuba rapat dengan aku pun Kahar mesti bagi warning kat pelajar lelaki tu untuk tak cuba rapat dengan aku dah.
Sekarang aku kat bilik dorm Kahar tengah sembang sembang dengan Hakeem,Zahrin dan Fahmi. Kahar mesti perasan aku tak berhenti senyum dari pagi tadi sampai sekarang "Eh sayang dari pagi tadi sampai sekarang tak habis habis senyum. Ada pape ke ni ?" tanya Kahar senyum tunjuk gigi dia tu. "Alahai dia ni senyum salah tak senyum salah. Orang senyum pun sebab harini kan semua cikgu ada mesyuarat sooo boleh lah spend time dengan you" kata aku dengan senyum manis kat Kahar.
"Eleh macam lah sebelum ni tak kita tak spend time same same" kata Kahar senyum sambil cubit hidung aku. Aku tolak tangan dia dari hidung aku dengan gelak. "Uit kalau ye pun agak agak lah nak sweet depan kitaorang" kata Hakeem sambil pandang kitaorang. "Tah korang ni kesianlah kat kitaorang ni. Dah lah tak ade pelajar perempuan kat sini yang kitaorang nak try selain (y/n). Tapi tula kau dah rembat (y/n) dulu" kata Zahrin dengan pura pura sedih. Aku dan Kahar gelak dengar respon diorang "Halamak tunggu jelah si pengetua tu nak luluskan kemasukan perempuan kat Kudrat. Nanti dah lulus kau pilih lah mana mana yang kau nak" kata Kahar dengan gelak sikit.
Time Skip
Tengah beratur nak ambik makanan tiba tiba ada orang tarik tangan aku pergi depan barisan. Aku tengok Kahar yang tarik tangan aku. Dia tolong ambikkan makanan dan bawak dulang makanan tu ke tempat yang kitaorang selalu duduk. "Dah makan sayang, nanti gastrik kesian kat i" kata Kahar sambil buat muka sedih. "Tapi kan lepas ni you tak payah lah potong barisan kesian kat budak budak yang tengah berbaris tu" "Tak ada lah sayang. I tak nak you gastrik sebab tu i tarik you ke depan" kata Kahar dengan senyum. "Yelah tapi lain kali jangan buat dah okay" "Ye ye dah makan"
Kitaorang makan dengan senyap tiba tiba Zahrin bukak mulut "Wei Kahar, malam ni kau ada fight dengan Fakhri kan untuk wakil rumah Kasturi ?" kata Zahrin sambil pandang Kahar. Aku terus toleh kepala kat Kahar "Fight ? For what ??" tanya aku dengan pelik. Kenapa tiba tiba nak fight Fakhri. Sebelum ni diorang fight hampir lunyai Kahar kena dengan Fakhri. "Sayang, kitaorang fight untuk-" belum Kahar habis cakap aku dah potong ayat dia "Kapla position in High Council kan ? Sayang, dah dah lah fight dengan Fakhri tu. You tak ingat ke you hampir lunyai sebab Fakhri. Tak serik lagi ke ?" kata aku sambil pandang Kahar. Zahrin,Hakeem dan Fahmi tengok je kitaorang sambil makan.
"(y/n) listen okay, you tahu kan i sebelum ni macam mana ? I nak buat semua ni untuk kedudukan i. I tak nak nampak lemah (y/n)" kata Kahar dengan sedih. "Tapi kalau sempai berdarah macam mana ?" "It's okay sayang. I boleh jaga diri i sendiri" kata Kahar sambil pegang dua dua tangan aku. Aku tak percaya Kahar sanggup nak fight dengan Fakhri sebab kedudukan Kapla. Aku tak boleh halang dia sangat sebab Kahar ni degil. Tak dengar cakap orang.
Time Skip / Malam
Third POV
Kahar dengan geng dia dah masuk dalam bilik yang diorang akan lawan nanti. "Kau ready Kahar ?" tanya Hakeem sambil pandang Kahar yang tengah hembus asap rokok. Kahar angguk kat soalan Hakeem "Demi kedudukan aku. Demi (y/n)" bisik Kahar kat diri sendiri.
Fakhri dan Ayam kat bilik dorm diorang tengah bersembang. "Fakhri, kau sure ke ni ?" tanya Ayam dengan risau. "Rileklah aku tumbuk Kahar tu sekali, dia tumbang lah" kata Fakhri dengan gelak sikit.
"Mana (y/n) ?" tanya Kahar sambil mencari cari awek dia dengan mata dia. "Dia kata dia tak sanggup nak tengok-" kata Fahmi sebelum dicelah oleh (y/n).
(y/n) masuk bilik yang diorang nak fight terus pergi ke Kahar. "Kahar, are you sure about this ?" tanya (y/n) dengan risau. "Hey, im sure don't worry okay sayang" kata Kahar sambil pandang ke mata (y/n). (y/n) terus peluk Kahar dengan erat "I'm here for you okay... kalau you kalah pun i tak kesah i still ada kat sini untuk you okay" kata (y/n).
"Woi cepatlah tak payah nak peluk peluk sangat lah. Geli aku tengok" kata Fakhri sambil pandang tajam kat Kahar. Aku dan Kahar berhenti berpelukan "Asal ? tak ada orang nak peluk kau ke ?" kata Kahar dengan senyum. "Eh dalam sekelip mata je aku boleh sailang lah awek kau tu" kata Fakhri dengan senyum sinis.
Bila Kahar dengar apa yang Fakhri cakap muka dia dah berubah jadi marah. Kahar toleh ke belakang untuk pandang (y/n) "Duduk tepi diam diam okay, kalau you rasa tak nak tengok you boleh keluar dari bilik ni okay" kata Kahar sambil pandang (y/n). (y/n) angguk sambil senyum sikit. "Jaga dia" Kahar arahkan kepada Hakeem supaya (y/n) tak kena apa apa masa diorang fight.
Time Skip
Siku Kahar terkena tangan Fakhri yang ada luka. Fakhri menahan kesakitan. Kahar tengok Fakhri dengan pelik. "Wei Fakhri dia dah tahu lah !" jerit Ayam kepada Fakhri. Kahar toleh belakang pandang tajam kat Ayam. Ayam perasan Kahar pandang dia. Dia senyum paksa kat Kahar. Kahar pandang Fakhri dengan senyum sinis. Dia dah tahu kat mana kelemahan Fakhri.
Time Skip
Fakhri hampir kalah tapi dia still tahan. "Wei Fakhri bangun Fakhri. Wei Fakhri kau buat apa ni wei ?!" kata Ayam dengan marah kat Fakhri. "Tangan aku sakit bodoh" "Dah tu tak payah guna penumbuk" kata Ayam sambil tendang sikit kat Fakhri.
Fakhri tolak Kahar guna kaki dia. "Kahar !" jerit (y/n) dengan risau. Kahar bangun balik. Diorang jerit kat satu sama lain sebelum pergi ke arah satu sama lain. Tapi malangnya Fakhri sepak muka Kahar dengan kuat. Kahar nak cuba bangun tapi Fakhri lebih cepat. Fakhri tahan Kahar daripada bangun.
"Kahar tap Kahar ! Kahar tap !" jerit Hakeem kepada Kahar. (y/n) dah risau dengan keadaan Kahar. "Kahar please tap..." bisik (y/n) dengan air mata bertakung. (y/n) dah tak sanggup tengok keadaan Kahar, dia terus keluar dari bilik tu.
"Kahar tap je !" jerit Hakeem dah risau bila dia tengok keadaan kawan dia. Kahar tap lantai, Fakhri lepaskan Kahar dengan kepenatan. "Fakhri kau menang wei ! Fakhri kau menang !"jerit Ayam dengan gembira sambil tolong Fakhri. Hakeem terus ke Kahar tolong dia bangun. "Wei apa lagi ?! announce arh !" kata Ayam sambil pandang Hakeem dengan senyum gembira. "Calon high council... kasturi direst-" belum Hakeem habis cakap Ayam mencelah "Eh Kasturi apa ?! Jebat lah ! Jebat !" jerit Ayam sambil bukak baju dia. Semua orang dalam bilik tu kecuali geng Kahar menjerit jebat.
"M-mana (y/n) ?" tanya Kahar sambil mencari cari awek dia. "Tadi aku nampak dia keluar" kata Zahrin sambil tolong Kahar bangun. Kahar terus gegas ke pintu bilik "Eh bla lah !" kata Kahar dengan marah. Dia keluar dari bilik tu. Dia pandang sekeliling luar bilik tu. Kahar dengar ada orang menangis. Dia tengok ke arah bunyi tu. Dia nampak (y/n) tengah duduk sandar kat dinding.
"Sayang" kepala (y/n) terus toleh ke arah Kahar. (y/n) bangun terus peluk Kahar. (y/n) rasa bahu dia basah. Kahar menangis dengan senyap tak nak orang nampak dia lemah. "It's okay to cry sayang. I tak kesah you kalah ke menang ke i still ada kat sini dengan you okay" kata (y/n) sambil usap kepala Kahar. Diorang stay kat situ untuk beberapa minit sebelum masuk bilik dorm.