TEASER 2

4.7K 47 0
                                    

TAK susah mana pun untuk menjejaki Azalea. Teman wanitanya itu bersembunyi di sebuah apartment mewah milik Dato' Khalid. Jantan tua berpangkat Dato' beli yang telah mempunyai tiga orang isteri. Dan Lea bakal jadi yang keempat.

Jibrael menekan bell. Sempat melirik ke tubuh sendiri yang berbaju melayu satin putih. Lengkap dengan samping dan songkok hitam. Jibrael tersengih. Mentertawakan diri sendiri. Bodohnya seorang Ku Jibrael sehingga boleh diperlakukan perempuan seperti Lea!

Tak sampai seminit pintu apartment dibuka.

"Sayyy...ang? Jibrael?! A...apa you buat dekat sini?" Lea yang tadinya ceria, kini pucat lesi. Meneguk liur payah, tekak terasa kesat. Memerhatikan Jibrael yang tampak segak dalam baju melayu satin lengkap itu, membangkitkan gentar dalam hati Azalea.

Sangkanya itu Dato' Khalid kerana tidak mungkin Jibrael tahu dia bersembunyi di sini. Lea cuba menolak pintu dengan kuat namun tidak sempat apabila dengan sekali tolak sahaja Jibrael kini sudah pun berada di dalam apartment itu.

"Lebih baik you keluar dari sini, Jibrael! You tak ada hak untuk masuk ke dalam apartment ni! Lebih baik you berambus sebelum I call security!" Lea menjerit pekik.

Jibrael ukir senyum sinis.

"Relaks, Lea. I datang bukan nak buat kacau. I just nak jumpa you. Buat kali yang terakhir. Please?"

Lea yang ketakutan, berasa sedikit lega.

Melihat Lea tidak setetgang tadi, Jibrael mengukir senyum. Walaupun, jantungnya sudah rentung terbakar, Jibrael cuba berlagak tenang.

"I cuma nak tau. Why?"

Jibrael tetap mahu mendengar sendiri dari mulut Lea. Hampir tiga tahun dia bersama Lea. Tapi kenapa? Kenapa di hari yang sepatutnya menjadi sangat bermakna untuk dirinya dan Lea, Lea meninggalkan Jibrael semudah itu? Tak terfikirkah Lea akan hati dan maruah Jibrael. Hati dan maruah Ku Jasmin. Dan tak langsungkan Lea memikirkan majlis perkahwinan yang telah dirancang berbulan-bulan lamanya dan menelan belanja yang bukannya murah?

Lea cinta pertamanya. Bukan senang seorang Ku Jibrael untuk jatuh cinta. Sekali cinta, dia cinta sesungguhnya. Tapi tak sangka, sewenang-wenangnya Lea campak cintanya ke tepi. Seolah langsung tak ada harga.

Lea tunduk. Menyusun alasan mungkin. Atau mungkin juga sedang mereka-reka pembohongan.

"I cuma baru sedar, yang I sebenarnya tak cintakan you. I cintakan Dato' Khalid. Dan I yakin yang dia mampu bahagiakan I. Mampu bagi apa yang I nak."

Berderai tawa Jibrael, menggeleng-geleng sambil membelek riak wajah Lea.

"So? I tak mampu bahagiakan you? Tak mampu bagi apa yang you nak?"

"Bukan macam tu." Lea menggeleng.

Aik? Tidak juga? So?

"You mampu bahagiakan I. Mampu bagi apa yang I nak. Tapi, Dato' Khalid lebih dari tu."

Seakan tersimbah rasa malu ke wajah Jibrael. Panas. Wajahnya berbahang. Menggosok-gosok tapak tangan. Terasa ringan untuk dilayang ke wajah Lea.

Jibrael faham maksud Lea. Ianya tentang duit, harta dan kekayaan. Sememangnya Dato' Khalid memiliki harta yang lebih banyak dari Jibrael. Dan Jibrael tahu, itu yang Lea tagihkan.

Kata Lea, dia dah puas hidup susah.

"Tapi kenapa baru hari ni you nak bagitau semua ni? Sejak bila you dengan Dato' Khalid?"

"Sebab I confuse. I tak tau apa yang I rasa sebenarnya. Dah... hampir setahun."

Menggelegak tawa Jibrael. Sama seperti kolam hatinya yang sedang menggelegak panas ketika ini.

JIBRAELWhere stories live. Discover now