TEASER 8

4.2K 47 0
                                    

"Jibrael tahu you keluar?"

Laju Dara Adalia mengangguk.

"Tahu."

"Dan dia benarkan walaupun ada lelaki? Pelik." Ku Rafael senyum sinis bersama kerut dahi.

Dia cukup kenal Jibrael. Dan kalau apa yang dia nampak saat ini adalah dengan izin Jibrael, maka itu adalah sesuatu yang sangat menghairankan.

"It's okay. I gerak dulu. Takut pula ambil banyak masa you dengan 'jiran' you." Mendengar sindiran itu, dada Dara Adalia berasa kurang enak.

"Kamil, awak tunggu sini kejap." Dara menghampiri Rafael yang sudah agak jauh darinya dan Kamil.

"Ku Rafael!"

"What?"

"Tolong jangan bagitau Jibrael yang awak nampak saya berdua dengan Kamil."

Ku Rafael pamer senyum sinis.

"Kalau you tak salah, kenapa you nak takut? Sorry... got to go now." Tanpa menunggu lagi, Rafael mengatur langkah meninggalkan Dara Adalia. Kalau dia, sebagai antara orang yang paling rapat dengan Jibrael pun berasa sakit hati, Jibrael apatah lagi. Dara Adalia adalah isterinya. Walaupun dikahwini atas alasan apa sekalipun.

Silap besar bagi Dara Adalia kalau hal ini Rafael akan diamkan.

Telefon bimbit dikeluarkan dari poket. Mencari nama Ku Jibrael. Menekan butang panggil dan menunggu dengan rasa tidak sabar.

"Helo. Rael..."

JANTUNG Dara Adalia berdegup hebat sebaik sahaja kereta Cik Kam masuk ke kawasan parkir. Baru jam 11 pagi. Kenapa kereta Jibrael ada di parkir rumah mereka? Kenapa lelaki itu pulang awal?

Kamil membuka bonet kereta Cik Kam. Laju sahaja tangannya mencapai plastik barangan milik Dara.

"Jom, saya tolong angkat sampai rumah."

"Eh... tak payahlah Kamil. Saya boleh angkat sendiri. Bukannya berat pun. Awak tolong mommy awaklah. Saya punya biar saya angkat sendiri."

Cik Kam sekadar tersenyum. Faham sangat yang Kamil sengaja mengusik Dara Adalia. Lagipun, Cik Kam rasa tak salah. Dara Adalia bukannya milik sesiapa.

"Tak apa. Saya tolong awak dulu. Lepas tu saya tolong mommy pulak. Okey. Jom." Kamil sudah pun melangkah keluar dari pagar rumahnya.

Debar dalam dada Dara semakin tak berarah.

"Kamil."

"Jomlah!" Bantah Kamil bersahaja dan terus sahaja memasuki perkarangan pagar Dara Adalia yang terbuka luas.

"Kamil! Sampai pagar cukup!"

"Laaa... sampai depan pintulah. Jom."

Sampai sahaja di pintu rumah, Jibrael telah siap sedia menanti. Merenung tajam Dara Adalia dan Kamil. Jibrael yang tadinya duduk bersandar di sofa, bangun dan melangkah tapak demi tapak ke muka pintu.

"Hai, bro. Kamil. Jiran sebelah. Rasanya ini first time kita jumpa kan?" Kamil menghulur tangan untuk bersalaman dengan Ku Jibrael. Malangnya huluran salam Kamil tidak bersambut.

"Dara Adalia, kau masuk sekarang."

Dara Adalia teguk liur berkali-kali. Plastik barangan miliknya yang ada di tangan Kamil, segera ditarik.

Sementara Kamil, menyimpan kembali huluran tangannya. Sempat Jibrael menjeling sinis kepada Kamil sebelum pintu dihempas kuat. Bukan Kamil yang mahu ditujunya. Tapi Dara Adalia. Laju langkah Jibrael menuju bahagian dapur.

"Kau pergi mana?"

"Ikut Cik Kam beli barang untuk masak." Satu persatu barangan yang dibeli tadi dikeluarkan dari plastik lantas disusun di atas meja. Bukti bahawa dia benar-benar keluar memberi bahan untuk masakan. Seperti selalu.

JIBRAELWhere stories live. Discover now