Lena Jibrael terganggu apabila tersepak sesuatu di hujung kaki. Dengan payah, lelaki itu cuba membuka kelopak mata yang masih melekat digam kantuk. Kabur bayang figura seseorang berdiri di hujung katil. Mata yang pedih dipejam kembali. Namun terus berusaha untuk membuka mata dan memastikan apa yang disepaknya tadi.
"Kau dah kenapa berdiri situ?"
Dara Adalia yang sedari tadi asyik memerhatikan Jibrael hanyut dalam lenanya pantas melarikan mata. Meneguk liur. Tak semena-mena wajahnya berbahang hangat. Malu pula rasanya melihat Jibrael dalam keadaan begitu. Tanpa baju menutupi dada tegap dan six paxnya. Hanya dengan boxer nipis. Putih. Dan 'pagi'.
"Errr... saya tunggu awak bangun."
Kelopak mata Jibrael belum mahu terbuka sepenuhnya. Dahi berkerut menjeling jam loceng di meja sisi.
"Awal lagi. Hari ni cuti." Baru pukul lapan pagi. Buang tebiat ke apa perempuan ni cuti-cuti macam ni nak bangun awal.
Lagipun, malam semalam kan tidur lewat.
Malam semalam? Tidur lewat? Jibrael sengih nakal.
"Kau nak apa sebenarnya?"
"Err... cadar ni. Kotor. Saya nak tukar yang lain. Nak basuh yang ini."
"Kotor?" Jibrael kerut dahi. Apa yang kotor?
Sekali lagi lelaki itu tarik senyum nakal apabila terpandang peta yang terlakar di cadar putih bersih itu. Kenangan 'manis' bersama Dara Adalia lewat malam tadi terbayang di mata dan fikiran.
Jibrael bangun, duduk ke tepi sedikit memberi laluan kepada Dara untuk melakukan kerjanya.
Tanpa lengah, Dara memanjat katil. Mencapai bantal, sarungnya mahu Dara tanggalkan. Namun geraknya terhenti apabila tangan Jibrael menggenggam kuat pergelangan tangannya.
Merenung lurus ke mata Jibrael, jantung Dara Adalia berdegup laju. Dan rentak detak jantung semakin tidak ketahuan saat Jibrael mengenyitkan mata kepada Dara lalu melukis senyum nakal.
Jibrael ni dah kenapa? Tak sihat ke? Buang tebiat? Tiba-tiba nak manja-manja. Selalunya jangan haraplah. Pandang Dara pun sebelah mata je.
Dara larikan pandangan. Pergelangan tangan yang digenggam Jibrael cuba Dara tarik. Namun, Jibrael menarik kembali lebih kuat. Dara usahakan lagi melepaskan tangannya. Dara Adalia yang melawan membuatkan dada Jibrael bergelora.
"Saya dah mandi."
Wajah Dara Adalia merona kemerahan. Panas. Berbahang. Kebas.
"Nanti mandilah lagi." Jibrael gigit bibir. Tersenyum. Tangan sang isteri semakin kejap dalam pegangan.
"Dah mandi buat apa nak mandi lagi?"
"Kenapa? Satu hari ada limit ke berapa kali boleh mandi? Kalau kau nak mandi 100 kali sehari pun aku tak kisah."
Bagai Tom dan Jerry yang saling mencari muslihat. Si Jerry mahu lari. Si Tom, tak pernah berputus asa mengejar.
Dara Adalia teguk liur.
"Saya sibuk. Nak basuh cadar. Nak jemur."
"Kejap lagi boleh buat."
"Nak masak."
"Tak payah masak. Kita makan dekat luar."
"Nak kemas rumah. Nak iron baju kerja awak. Nak siram pokok. Nak..."
Dan saat itu Jibrael menarik Dara kuat sehingga Dara terjatuh dalam pelukannya.
"Jibrael! Tak nak..." Dara Adalia cuba melarikan bibir yang menjadi hala tuju bibir lelaki itu.
Menolak tubuh Dara, kini sang isteri berada di bawah.
Mengunci Dara sehingga Dara tidak mampu bergerak lagi.
"Nak lari mana?" Tersenyum, Jibrael menggigit bibir. Lelaki itu mendekatkan wajahnya ke wajah Dara.
"Jibrael! Saya datang bulan!"
"What?!" Berubah riak wajah Jibrael. Terserlah garis-garis bengang di situ.
Terus sahaja lelaki itu bangun, menjauh. Cepat-cepat Dara Adalia bangun membetulkan pakainnya.
"Kau tak reti cakap awal-awal?"
"Awak tak tanya." Dara Adalia tunduk memuncung. Salah dia juga ke?
Jibrael tepuk dahi. Menggeleng kepala. Mendengus kasar. Lalu mencapai tuala mandi.
"Dah! Keluar! Pergi basuh cadar. Pergi jemur. Pergi masak. Pergi kemas rumah. Pergi siram pokok bunga rumput segala. Pergi!" Jibrael membebel lalu menghilang ke dalam kamar mandi.
Dan Dara menekup mulut menahan geli hati.
WHATSAPP : 011 1050 3099
YOU ARE READING
JIBRAEL
Romance"Aku nak kau tahu yang aku tak perlukan cinta. Aku takkan cintakan kau. Dan kau jangan cuba-cuba untuk jatuh cinta dengan aku. Aku hanya mahukan anak benih aku sendiri. Dan aku pilih kau, untuk lahirkan anak aku. Itu fungsi kau di sini. Sebaik sahaj...