"Jibrael mana?"
Dara Adalia menggeleng perlahan, menjungkit bahu.
"Dara pun tak tau. Tadi masa makan ada dekat depan. Nampak dia dengan Qid dan Raf. Lepas tu Dara tak nampak dah."
"Dia dah naik atas kut?" teka Ummi Lisa pula. Kebanyakan tetamu termasuk saudara mara terdekat telah pun pulang. Termasuk Ku Qidran dan Ku Rafael. Sepupu yang sangat rapat dengan Ku Jibrael. Ke mana lagi Jibrael kalau bukan ke kamar?
"Mungkin juga. Dia pun letih agaknya. Dara tinggallah semua ni. Pergi cari Jibrael dekat bilik. Mungkin dia dekat atas. Dara pun rehatlah sekali. Tak payah buat semua ni. Lagipun mama tengok tak ada apa dah nak kena buat. Ummi Dara mana?"
"Ummi dah masuk bilik, mama."
"Haa... kalau macam tu, Dara pun pergilah rest. Mama dengan Ummi Lisa pun nak masuk tidur dah."
Membayangkan wajah Jibrael sahaja pun jantung Dara dah berdegup kencang. Bagaimana untuk berdepan dengan lelaki itu. Sebilik. Sekatil. Sebantal.
Tiba-tiba sahaja pandangan Dara Adalia seakan kelam. Ngeri membayangkan situasi sebegitu.
"Errr... takpalah. Mama dengan Ummi Lisa pergi masuk bilik dulu ya? Dara nak bancuh air sekejap. Rasa lapar pula. Tadi, tak selera nak makan. Sekarang baru rasa lapar."
Ku Jasmin menghembus keluh perlahan. Sekali lagi wanita itu tersenyum.
"Yalah. Jangan lewat sangat tidur tu. Nanti sakit pula kalau tak cukup rehat."
"Taklah, ma. Kejap je. Dalam 10 minit. Nanti Dara masuk rehat," ujar Dara Adalia. Menjelaskan agar Ku Jasmin tak bimbang.
"Jangan lama-lama sangat. Suami tunggu dekat atas." Ummi Lisa menyiku lembut lengan Dara Adalia. Sengaja mengusik.
Wajah Dara Adalia berbahang lalu merona merah jambu. Berderai tawa Ku Jasmin dan Ummi Lisa.
Sebenarnya Dara Adalia tak lapar pun. Sengaja mencari alasan melengah-lengahkan masa. Kalaulah tidak masuk ke kamar pengantin itu tidak menjadi satu kesalahan, memang Dara tak nak masuk.
Muk putih yang telah digunakan dicuci lambat-lambat. Berkali-kali muk sebiji itu di gosok dengan span basuh pinggan, kemudian di bilas. Dua tiga kali Dara mengulangi perbuatan itu. Biar semakin lambat urusannya di dapur ini selesai. Biar semakin lambat dia masuk ke bilik pengantin. Biar Ku Jibrael tertidur sendiri dan Dara Adalia tidak perlu melalui situasi malam pertama yang entah bagaimanalah akan berlangsungnya. Dengan sikap Ku Jibrael yang tidak Dara Adalia mengerti, Dara Adalia jadi takut.
Akhirnya Dara Adalia menutup paip sinki. Masa yang ada untuk dilengahkan telah pun habis. Nak tak nak, sudah tiba masanya Dara naik ke kamar pengantin. Berdepan dengan hakikat. Hakikat bahawa dia kini adalah isteri kepada Ku Jibrael. Walaupun dinikahi tanpa sebab yang jelas, menurut syarak, Ku Jibrael tetap suaminya. Lelaki itu berhak ke atasnya. Dan Dara Adalia adalah hak milik Ku Jibrael yang mutlak.
Muk yang siap dibasuh terus dikeringkan dengan kain dan diletakkan di kabinet pinggan mangkuk.
"Ummi!!!"
Hampir sahaja muk itu terlepas dari tangan apabila Jibrael berada betul-betul rapat di belakangnya.
Memegang muk kuat-kuat kerana kebarangkali muk itu akan jatuh berderai masih tinggi apabila tangannya mulai menggeletar ditusuk renungan Ku Jibrael.
"Terkejut saya. Sejak bila awak ada dekat sini?"
Jibrael lukis senyum sinis. Entah mengapa senyuman itu kelihatan sangat sombong di mata Dara. Namun, sejujurnya, senyuman sombong itu tak pernah gagal membuatkan denyut jantung Dara berdetak hebat.
"Sejak basuhan pertama."
"Oh..." Itu sahaja sahutan Dara Adalia. Otak bagaikan berhenti berfikir. Kejang. Beku. Malu juga memikirkan dirinya telah lama diperhatikan Jibrael tanpa Dara Adalia sedar.
"Kemudian basuhan kedua. Kemudian ketiga. Kau sebenarnya memang ada masalah dengan isu kebersihan atau kau memang sengaja lengahkan masa. Sengaja nak lari dari aku?"
Cukup dengan selangkah tapak, jarak di antara Ku Jibrael dan Dara Adalia kini berbaki kosong sentimeter. Kedua-dua tapak tangan Jibrael berlabuh di birai sinki. Mengunci Dara Adalia di situ.
Mata bertentang mata. Hidung bertemu hidung. Bibir bertemu bibir. Dada bertemu dada. Dua tubuh itu bersatu. Seakan ada pelekat yang melekatkan kedua-duanya.
Jiwa lelaki bernama Ku Jibrael itu bergelora. Dan sesungguhnya jiwa itu menderhaka kepada prinsip yang dipasakkan ke otak sejak kepergian Azalea.
Jantung berdegup kencang. Seluruh wajah Dara Adalia dijajahi dengan bibir tanpa ada satu daerah pun yang tertinggal.
Iya. Jujur. Dia bernafsu kepada Dara Adalia. Perempuan yang halal untuknya. Dia lelaki normal. Yang terjentik nafsu saat melihat jantina bertentangan dengannya.
Namun, debar yang dirasakan dalam dada tidak hanya itu. Ada satu perasaan halus mula menyelinap sejak terlafaznya baris keramat ijab dan qabul. Dan perasaan itu semakin kuat saat ini. Tika ini.
Fikiran dan perasaan Jibrael berperang sesama sendiri. Dan dalam keadaan sekarang, nyata fikirannya tewas. Tewas oleh nafsu dan perasaan yang belum dapat dikenalpasti apa sebenarnya.
"Jibrael... kita dekat dapur sekarang."
"So? Do I look like I care? Aku berhak sentuh kau bila-bila aku nak. Dekat mana aku nak. Dan dekat 'mana-mana' aku nak. You're mine Dara Adalia. You're mine. Hak milik, terpelihara. Faham?"
Gila! Macam mana kalau ada sesiapa tiba-tiba muncul dan menyaksikan semua ini.
Menggeleng tidak. Mengangguk pun tidak. Merelakan tidak. Membantah pun tidak. Tahu dirinya tak berhak berkata 'TIDAK' kepada lelaki itu. Kepada Jibrael, suaminya.
"Faham." Tidak mahu keadaan bertambah rumit. Dara akur.
Jibrael ukir senyum sinis. Tapak tangannya naik ke kepala Dara Adalia. Membelai lembut berkali-kali.
"Good girl... So... bagi apa yang aku nak. Sekarang."
Dara Adalia merenung sepasang mata galak Jibrael. Cuba memahami maksud lelaki itu. Apa yang lelaki itu mahukan. Apa yang lelaki itu nakkan?
Dara Adalia memejam mata rapat-rapat apabila bibir Jibrael singgah di bibirnya.
"Dara!"
Pranggg! Muk putih di tangan Dara terlepas. Terkejut apabila namanya diseru Ummi Lisa yang tiba-tiba menjenguk ke bahagian dapur.
"Ummi?"
Serentak itu juga Jibrael mengundur beberapa tapak. Wajahnya merah padam.
"Oops! Sorry! Ummi terdengar Dara jerit 'ummi' tadi. Risau apa-apa jadi dekat Dara." Bulat mata Ummi Lisa bersama senyuman di bibir.
"Kenapa Lisa? Kenapa dengan Dara? Jibrael? Apa hal kecoh-kecoh ni?" Ku Jasmin pula muncul terpinga-pinga.
Mulut Jibrael bisu. Bibir Dara terkunci.
Sementara Ummi Lisa menolak Ku Jasmin agar segera beredar.
"Tak ada apa-apa. Dah jom masuk bilik. Tak lama lagi jadi neneklah kita." Ummi Lisa tersengih-sengih seraya terus menolak Ku Jasmin segera pergi. Tidak mahu mengganggu mood pengantin baru.
Berkerut-kerut dahi Ku Jasmin. Tak faham.
"Hah? Nenek? Ooooo... faham-faham." Dua sahabat baik itu tersengih-sengih sesama sendiri. Entah apa lagi sambungan dialognya, Dara dan Jibrael tak pasti. Namun tiba-tiba sahaja ada derai tawa dari kedua-duanya.
Jibrael mendengus kasar. Dara Adalia tunduk, sembunyi wajah.
"Kau kemas semua ni. Aku tunggu dekat atas," arah Jibrael sebelum mula melangkah untuk keluar dari situ.
Langkah Jibrael, Dara Adalia perhatikan. Tiba-tiba lelaki itu menoleh semula.
"Jangan sengaja lengahkan masa." Jibrael berlalu. Dara Adalia teguk liur sendiri.
WHATSAPP : 011 1050 3099
YOU ARE READING
JIBRAEL
Romance"Aku nak kau tahu yang aku tak perlukan cinta. Aku takkan cintakan kau. Dan kau jangan cuba-cuba untuk jatuh cinta dengan aku. Aku hanya mahukan anak benih aku sendiri. Dan aku pilih kau, untuk lahirkan anak aku. Itu fungsi kau di sini. Sebaik sahaj...