BAB 3

30 2 0
                                    

Tahun 2015

Beg-beg yang berisi baju dan barang-barang yang ingin dibawa ke asrama diangkat dengan malas. Malas mahu pulang ke asrama. Dia masih belum puas meluangkan masa bersama keluarganya pada cuti semester kali ini. Entah kenapa, dia selalu terfikir bagaimana jika itu adalah kali terakhir dia dapat bersama dengan keluarga tercinta...

"Firman, cepat sikit bawa beg tuu. Nanti lambat gerak, lambat laa kamu sampai ke asrama tuu." tegur Puan Kalsom sambil mengeleng melihat anak sulungnya itu. Dia faham sangat apa yang bermain di benak anaknya itu. Tetapi apakah daya, anaknya itu perlu kembali ke asrama agar dapat belajar dengan baik.

"Ya Ummi. Ummi nie macam tak suka jee Fir dekat rumah." rungut Firman, sedih. Puan Kalsom segera memegang tangan anaknya dan mengusap bahu anaknya itu dengan lembut.

"Astagfirullahaladzim Fir, apa cakap macam tuu. Bukan Ummi tak suka Fir tinggal dekat sini, tapi lebih banyak kebaikan kalau Fir tinggal dekat asrama untuk belajar. Tak salah berkorban masa untuk menuntut ilmu, banyak ganjaran yang akan tuhan bagi kepada kita kelak." nasihat Puan Kalsom sambil memandang anaknya itu. "Lagipun, nanti kan ada cuti lagi, boleh laa Fir balik lagi."

Firman mengeluh panjang. "Hmm yelaa Ummi..." Firman akhirnya mengalah dengan pujukan ibunya. Dia lalu mengambil tangan ibunya dan menciumnya, "Pergi dulu Ummi, jaga kesihatan Ummi baik-baik."

Puan Kalsom tersenyum, "Yee laa Fir, kamu pun jaga diri elok-elok dekat sana.". Puan Kalsom segera memeluk anak sulungnya yang manja itu. Tidak dapat dinafikan, dia juga merasa sesuatu perasaan yang lain untuk melepaskan anaknya pergi ke asrama kali ini.

"Abang..."

Firman menoleh ke arah adik lelakinya. Adiknya yang berusia 11 tahun itu memandang dirinya dengan wajah yang sayu. Firman segera menuju ke adiknya.

"Adik, jangan lah sedih okayy. Abang janji cuti semester nanti abang balik lagi." kata Firman sambil mencubit pipi adiknya itu. Adik memandang wajahnya dengan mata yang sudah mula berair, "Janji?"

"Yee, abang janji." jaminan Firman membuatkan adiknya tersenyum kelat.

"Fir cepat sikit Walid daa tunggu nie." panggil Puan Kalsom.

"Jumpa lagi adik, abang sayang adik..."

=

Sebuah kereta Proton Saga Iswara memasuki perkarangan SMK Kinara. Kereta itu berhenti di pondok pengawal. Encik Adnan dan Firman keluar dari kereta tersebut dan menuju ke bonet belakang kereta. Selesai mengambil beg-beg dan barangnya Firman terus mencapai tangan ayahnya dan mencium.

"Walid, Fir nak minta maaf kalau Fir Ada buat salah selama nie. Halalkan makan dan minum Fir ya." kata Firman dengan nada sedih.

Encik Adnan tersentuh hati mendengar kata-kata anaknya "Jangan lah kamu risau Fir. Walid maafkan semua salah Fir dan halalkan makan minum kamu. Belajar baik-baik di sekolah nanti. Paling penting jangan tinggal solat dan selalu mengaji. Insyaallah semuanya akan dipermudahkan. Walid tau Fir anak yang baik." kata Encik Adnan. Firman mengganguk dan tersenyum, "Baik, Walid."

Encik Adnan masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin. Kereta itu perlahan-lahan bergerak meninggalkan kawasan SMK Kinara. Firman melangkah masuk ke dalam asrama sambil menbawa beg-begnya...

ASRAMA: KHADAM IBLISWhere stories live. Discover now