BAB 5

31 3 0
                                    

Hari ini adalah hari pertama dia ditugaskan di SMK Seri Mahkota. Dia memandang sekeliling persekitaran sekolah yang pernah menjadi tempat dia menuntut ilmu dahulu. Dia memohon ditukarkan di sini pun kerana sekolah ini lebih dekat dengan kediaman ibunya. Dia berhasrat untuk menjaga ibunya. Kalau tidak, tidak ingin dia menjejakkan kakinya ke sekolah yang menyimpan tragedi melibatkan ahli keluarganya.

Baru sahaja ingin mengatur langkahnya ke pejabat sekolah, dia ditegur oleh seseorang.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam. Ya Allah ustaz!" Dia terus bersalam dengan guru lamanya yang pernah mengajarnya di sekolah itu.

"Haih, dah besar panjang kamu ya Talha. Terasa baru lagi mengajar kamu dulu." Ustaz Zahir tersenyum melihat bekas pelajarnya. "Oh ya, saya dengar permohonan kamu mengajar di sekolah ini diluluskan ya? "

"Iya ustaz, alhamdulillah. Kalau saya di sini, dekat sikit nak menjenguk mak saya. Lagipun, rindu jugak saya dekat sekolah nie." kata Talha.

"Alhamdulillah, bangga sekolah ini mempunyai guru yang juga merupakan bekas pelajar di sini. Mari lah saya bawakan kamu ke pejabat." pelawa Ustaz Zahir.

Talha mengangguk lalu mengikut langkah gurunya itu.

=

"Adam, hari ini kamu akan dibebaskan. Berbaktilah kepada masyarakat dan negara. Gunakanlah ilmu yang kamu peroleh di sini untuk membimbing kamu ke jalan yang benar. Jangan kembali lagi, semoga berjaya!"

Dia memandang awan di langit yang agak cerah pada hari itu. Sudah lama dia tidak melihat bumi yang sebenar di luar juvana ini. Walaupun agak gentar rasa hati memikirkan penerimaan masyarakat, kata-kata pengawai polis sebentar tadi sedikit sebanyak memberikan semangat untuk dia meneruskan hidup.

Dia menjinjing sebuah beg yang berisi kan baju dan barangannya. Kadang-kadang terfikir juga dia bagaimana dia boleh dihukum di sini sedangkan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. Dia hampir dicop gila kerana menceritakan perkara yang sebenar. Tiada siapa yang mempercayai dirinya. Dia tidak boleh membela dirinya.

Adam memberhentikan sebuah teksi yang lalu disitu. Secebis kertas kecil dikeluarkan daripada poket seluarnya dan diberikan kepada pemandu teksi tersebut.

"Pakcik, boleh tolong hantar saya di alamat ini?"

=

Usai sampai di alamat yang dituju, dia keluar dari teksi tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi itu. Mujurlah dia ditemukan dengan orang yang baik, dia tidak perlu membayar tambang teksi. Mungkin pemandu teksi itu berasa kasihan mendengar latarbelakang dirinya.

Dia memerhatikan rumah yang pernah menjadi syurga kepada dia sebelum berada di juvana. Halaman persekitaran bersih, reka bentuk rumah yang masih sama membuakan lagi rasa rindunya.

"Assalamualaikum." Adam melaungkan salam. Tidak lama kemudian, seorang wanita yang berumur keluar dari rumah tersebut dan menuju ke arahnya.

"Waalaikumussalam, encik cari siapa ya?" tanya wanita tersebut sambil membetulkan tudungnya. Dia seperti pernah melihat wajah lelaki di hadapannya ini.

Air mata Adam yang tidak dapat ditahan lagi menitik, "Mak, nie Adam mak..."

Kata-kata Adam membuatkan wanita itu tersentak!

ASRAMA: KHADAM IBLISWhere stories live. Discover now