"Assalamualaikum.", Firman memberi salam usai melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia membawa beg-begnya masuk dan meletakkannya di sebelah almari. Dia menghempaskan badannya di katil bujang tempat dia beradu di asrama itu. Dia mengeluh kecil memikirkan cuti semester yang akan datang lebih kurang sebulan lebih lagi dari sekarang.
"Bosan lah tempat nie!" rungutnya sendirian. Memang menjadi kebiasaannya setiap kali pulang dari rumah ke asrama, moodnya akan ke laut selama sehari atau dua hari paling lama. Rindunya pada keluarga dan rumahnya membuak-buak walaupun dia sudah bercuti selama dua minggu. Baginya mana cukup!
Tetapi perasaan itu hanyalah sementara sahaja. Lama-lama dia akan kembali normal apabila bersama rakan-rakannya, terus lupa tentang rumah.
Tok,tok,tok!
Firman memandang ke arah rakannya, Taufiq yang sedang tersengih di hadapan pintu bilik. "Haih cik abang, rindu rumah ke tuu?", tanya Taufiq dengan nada menyindir.
"Nie percubaan mintak penampar ke atau macam mana?" Firman menjeling rakannya yang sudah ketawa terbahak-bahak. "Hahaha relax bro. Jom pergi bilik Zahar, dia ada something special nak tunjuk kat kita."
"Vape baru lagi laa tu."
"Aipp jom pergi sekarang, cepat!" Taufiq menarik lengan Firman mengikut langkahnya. Firman pula hanya membiarkannya.
=
"Kat mana siak kau dapat buku nie?" Firman membelek sebuah buku usang yang dibawa oleh Zahar. Rakan-rakannya yg lain, Taufiq, Syahid dan Adam juga pelik melihat buku tersebut. Seperti kitab yang digunakan oleh bomoh dan dukun untuk mengamalkan ilmu hitam pula.
"Aku rembat dekat rumah pakcik aku. Macam best jee aku tengok. Mana laa tahu ada petua nak jadi kaya." Zahar tersengih bangga. Bukannya berasa bersalah mencuri barang orang, malah sempat berangan dia menjadi kaya-raya.
"Zahar, kau sedar tak benda nie syirik? Daa laa kau mencuri pulak tuu. Simpan buku nie and aku nak kau pulangkan balik kat pakcik kau cuti nanti." Firman meletakkan buku usang tersebut ke dada Zahar.
"Alah Fir, kita try laa dulu..."
"Takde, aku tahu kau pulangkan balik buku nie!"
Firman melangkah keluar dari bilik Zahar. Taufiq yang menyedari ketegangan antara dua rakannya itu mengekori Firman.
"Fuck it kalau dia fikir aku nak dengar cakap dia. Dia ingat dia ketua." rungut Zahar. Syahid hanya menggeleng, "Ada betul jugak apa yang Fir cakap. Kau pon, mencuri benda bukan-bukan. Cuba kau curi emas ke, duit ke baru betul boleh jadi kaya. Nie buku mengarut nie buat apa."
"Daa laa weh. Nak dekat kul 6 daa nie karang nak turun makan. Jom mandi." Adam yang dari tadi diam keluar dari bilik itu diekori Syahid.
Zahar merenung buku usang tersebut sambil mengusapnya...
YOU ARE READING
ASRAMA: KHADAM IBLIS
HorrorTahun 2015, satu tragedi berdarah telah dicatatkan di SMK Kinara. Empat orang pelajar lelaki ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Semuanya kerana kesilapan mereka mengikut telunjuk iblis... Kini, kehidupan Firdaus dan rakan-rakannya berubah 360 da...