Aku mengukir kan senyuman. Senyuman penuh makna. Kepala aku disengetkan sedikit.
Aku duduk mencangkung dan melihat satu benda menarik yang berada terlentang dihadapan aku.
Aku menepuk ii pipinya beberapa kali. "Minji kira kau dah masuk lokap.. rupanya masih ada kat sini.." kata aku sambil tergelak kecil
Wajah aku yang tadi penuh dengan gelakan. Kini bertukar dingin sekelip mata.
"Aku nak kau jawab dengan jujur..." Kata aku kepadanya sambil bermain tukul.
Dia kini posisi sedang meniarap,tangannya diikat dibelakang,kakinya juga diikat dan mulutnya ditutup dengan saltip. Kepalanya yang penuh dengan darah yang mengalir. Dengan pergelangan tangannya yang penuh dengan lingkaran darah akibat mencuba untuk melepaskan diri.
"Kenapa... Kau culik Minji?" Aku menarik kasar saltip dimulutnya.
Dia bernafas dengan lajunya. Dadanya naik turun. Tak memandang aku,tapi tergelak sambil matanya yang masih tertutup.
Aku meletakkan tukul dipipinya. "Kalau aku jawab... Hahaha.. aku dapat apa?" Tanyanya sambil tersenyum nakal.
Aku bermain lidah,lidah aku tolak ke dalam pipi.
"Aku akan lepaskan kau dari lokap dan kesalahan kau semuanya hilang. Tapi kalau kau jawab tak jujur... Pilih sama ada nak teruskan hidup didalam lokap ataupun mati dicincang hancur.." jawab aku.
Senyuman nakal dimukanya mati. Dia memandang aku tajam. Begitu juga aku.
"Sekarang ni jawab soalan aku.." kata aku. Dia menghela nafas berat
Dengan secara tiba ii nya digelak kuat bagaikan orang gila. Aku hanya memandangnya dengan pandangan yang susah ditafsirkan.
Beberapa minit kemudian.
Dia masih tak berhenti ketawa. Aku dah mulai panas. Dah cukup sabar aku tunggu kau dari tadi. Kau boleh main ii dengan aku.
Aku mengeluarkan pistol yang berada dalam poket seluar aku tadi dan aku menghala ke atas.
BUM BUM
Terdiam dia dibuatnya.
"Jawab soalan aku.." aku meletakkan pistol itu dikepalanya.
"Aku nak selamatkan Minji daripada penipuan terbesar yang kau dah buat kat dia..." Dia tergelak lagi
Aku berkerut dahi. Penipuan terbesar? Selamatkan minji? Apa ni?
"Apa kau merepek ni hah? Aku tak paham.." tanya aku.
"Kau tak Paham ke buat ii tak paham?" Tanyanya. Bertambah berkerut dahi aku. Apa yang dia cuba nak cakapkan ni?
"Sunoo tu.. betul ke dia Sunoo? Ke Song yeol?" Seketika aku terdiam apabila dia menyebut nama song yeol.
Aku membesarkan mata aku.
"Macam mana kau kenal song yeol? HAH!?" Bentak aku.
Aku dah mulai gelabah sekarang. Ku tak tau darimana dia dapat tau tapi sumpah mati aku kalau minji dapat tau.
"Song yeol... Kawan baik aku. Aku kenal mana satu song yeol mana satu Sunoo. Yang suami minji sekarang ni tu bukan suami real kan? Sunoo tu. Dia jadi song yeol ke? Ke dia sorokkan kewujudan song yeol daripada minji? Sebab tu minji tak tau yang sunoo ada kembar tiga dan.. suami dia bukan s-
"KAU DIAM!!!"
BUM BUM BUM
Tiga peluru berjaya aku tembak dan masuk ke dalam badan Jin.
Aku menghela nafas panjang. Badan jin yang sudah dipenuhi dengan darah itu aku pandang kembali.
Penderitaan kau... Kebahagiaan aku...
Maafkan aku.. tapi aku rasa kau bernafas sampai sini je.. manusia macam kau tak pantas hidup di atas muka bumi ni.
.......
Dari jauh aku melihat Minji bersama yang lain. Aku hanya tersenyum sahaja. Aku mematikan senyuman aku kembali apabila aku perasan ada orang nampak.
Aku pergi berjalan ke arah mereka. "Sunoo? Lambat ko datang. Kau pergi mana tadi?" Tanya Sunghoon.
"Cikgu panggil aku jap." Jawab aku ringkas
Aku memandang wajah jungwon. Jungwon hanya diam dengan muka datarnya. Dia mengalihkan pandangan.
Apa kena dengan dia?
Dia langsung tak pandang aku dari dalam kelas tadi. Apa salah aku? Kan semalam dia dah setlekan Jin. Apa lagi masalahnya?
Jin kan dah mati sebab dia sendiri yang bunuh. Tak kan lah rasa bersalah pulak kot?
"Kau tak nak makan? Kalau nak aku boleh tolong belikan untuk kau?" Tanya Junghwan menawarkan diri.
Aku memberikannya duit dan dia pergi. Dia dah tau makanan yang selalu aku beli. So tak perlu sebutkan.
Aku pergi ke arah jungwon. Aku duduk di sebelah jungwon. "Apa salah aku?" Tanya aku. Jungwon memandang aku dengan wajah yang
Amende kau merepek?
"Salah bende nya? Mana ada salah apa ii." Jawabnya. Jawapan yang kurang memuaskan.
"Kau tipu an? Dari dalam kelas tadi kau tak pandang aku,bercakap dengan aku pun tak nak,dekat dengan aku pun tak nak. Apa salah aku?" Tanya aku lagi. Jungwon memandanga aku
"Jin.." aku menaikan satu kening.
"Dia dah tau rancangan kita dengan song yeol." Aku membesarkan mata aku.
Gelabah aku dibuatnya. Aku memandang minji sekilas. "Minji tau tak?" Tanya aku. Jungwon menggeleng kan kepalanya. Aku menghela nafas lega.
Nasib lah dia tak tau. "Habistu sebab tu lah kau bantai tiga peluru dalam badan jin?" Tanya aku.
"Ye lah kau ingat aku nak biarkan dia hidup macam tu je? Buatnya dia sebarkan rancangan kita tu kat minji tak ke berpisah lagi kau dengan minji lepas ni." Jawabnya.
Ye.. kalau minji tau pasal rancangan kami ni. Aku boleh kehilangan Minji lagi sekali.
"Song yeol bagi dia kat kau. Untuk kau jaga dia. Jangan sampai dia tau semuanya. Dia pun tak tau kewujudan song yeol kat atas muka bumi ni." Kata Jungwon Sambil memegang bahu aku.
Satu kotak sandwich bersaiz kecil tiba ii muncul didepan muka aku. Aku melihat sape yang hulurkan. Junghwan.
Aku mengambil sandwich tersebut. "Baki tu kau ambik lah" kata aku. Junghwan kelihatan gembira. Aku tersenyum tipis.
.......
"Aku nak tau kenapa song yeol bagi minji kat Sunoo. Kenapa dia bagi sunoo jaga minji dan jadikan minji tu isteri kepada sunoo. Itu je yang aku nak tau."
"Song yeol dah tak ada. Dia dah meninggal. Nak tanya sape lagi? Bukannya diorang semua tu tau pun kewujudan song yeol atas muka bumi ni"
"Sebab tu aku nak usaha cari rahsia disebalik semua ni. Kenapa dia rahsiakan kewujudan song yeol,kenapa song yeol bagi minji kat sunoo. Kenapa kita semua tak tau dan kenapa dia tak bagitau yang dia ada kembar lagi sorang. Dan kenapa diorang buat rancangan semua ni and tipu minji"
"........ Mungkin ada sebab kenapa dia buat macam ni."
"But why!? Why dia buat macam ni? Perlu ke? Apa function!?"
"Lek ah,dia buat kat minji. Bukan kau. Yang kuat nak gelabah semacam dah kenapa? Tiber"
T.b.c
YOU ARE READING
TSBTI | Sunoo Enhypen
Fanfiction❛ Saya rindukan awak yang dulu... pls kembali❛ Start:18.1.2023 End:7.3.2023