episode 3

75 5 0
                                    

"Min jihan"

"WHAT!?"
___________________________________________

"Kenapa tak bagitau aku dari awal? HAH! Kau tau tak sunoo menderita jaga anak kami sorang ii tanpa aku! Anak aku membesar tanpa kasih sayang aku! Kenapa kau tak cakap dengan aku dari awal!!!" Marah minji dibuatnya. Air matanya juga turun dengan lebatnya.

Jungwon menangis tak berhenti. Bukan dia tak nak bagitau. Memang dah lama dia nak bagitau tapi masa tak menentu.

"JAWAB JUNGWON!"

"Time tu kau kena kawal kan! Lagipun baru jumpa. Kau pun perlukan masa untuk ingat balik semua benda! Orang yang ada kat mimpi kau tu. Mesti Sunoo kan!? Sunoo kan!!? Aku memang nak bagitau kau tapi aku perlukan masa! Anak kau tu. Bukan Sunoo je yang jaga. Doyoung dengan mak ayah diorang pun jaga lah!!" Jerit Jungwon.

Minji memandang wajah jungwon dengan pandangan sayu dan tajam. Dia tak boleh nak benci jungwon juga kerana apa alasan jungwon tu memang logik.

Minji menundukkan kepalanya. Air matanya menitis jatuh. "Bawak aku jumpa Sunoo sekarang.." kata Minji. Jungwon memandangnya dengan wajah terkejut

"K-kau serius?"

"Aku serius.. aku nak jumpa dia.." balas minji.

Jungwon tersenyum manis dalam tangisan melihat minji. Biarpun dia tak masih ingat tapi dia tak kan berani biarkan Sunoo dan anaknya menderita sendirian.

Jungwon Meng start enjin kereta dan terus bergerak pergi.

.......

"Alah... Nak ikut jugak.." rungut si cilik itu. Sunoo tersenyum manis dan gelak.

Comel pulak anaknya bila merungut

"Apa kata.... Appa tinggalkan Suhan dengan Eunjun? Nak? Nanti Suhan boleh main sama ii dengan Eunjun. Suhan kan dah lama kata nak duduk dengan Eunjun lama ii" kata Sunoo. Anaknya tersenyum lebar

"Nak nak nak!! Bila boleh pergi Appa?" Teruja anaknya.

"Esok pun bol-

"YAH KIM SUNOO!!" Sunoo tersentak apabila mendengar ada yang menjerit namanya.

"Suhan masuk dalam dulu pergi kat Appa doyoung" kata Sunoo kepada Suhan. Dengan pantas suhan masuk kedalam dengan keadaan masih terkebil ii.

Mata Sunoo membesar. Tergamam

"M-minji.. kau buat apa kat rumah aku ni malam ii?" Tanya sunoo apabila Minji datang mendekati nya

Minji memandang Sunoo dengan pandangan tajam. Sunoo berkerut dahi. Sunoo memandang jungwon yang masih berada di depan keretanya.

"Kenapa ni?" Tanya Sunoo lagi.

Doyoung,Suhan dan kedua ibu bapanya berada didepan pintu rumah. Mereka semua sungguh terkejut.

PANG!

satu tamparan berjaya hinggap di pipi gebu Sunoo. Sunoo tergamam. Semua orang disitu terkejut.

"Appa!!" Jerit anaknya.

"Kenapa ni minji?" Tanya Sunoo. Dia tak berani nak memarahi Minji melainkan masih bertanya.

Air mata di wajah minji masih keluar mengalir tak berhenti. Tak lepas memandang Sunoo.

"Kau jaga anak sorang ii.. menderita sorang ii tanpa bagitau aku.. sikit pun tak. AKU ISTERI KAU TAU TAK!" marah minji. Bertambah terkejut Sunoo.

Sunoo memandang jungwon. Jungwon menundukkan kepalanya,tak berani nak tengok muka Sunoo.

TSBTI | Sunoo EnhypenWhere stories live. Discover now