[WRITTEN ON 6th FEBRUARY 2023]
[UNEDITED]LIMA TAHUN KEMUDIAN
HARI PERTAMA BEKERJA DI tempat baru membuatkan aku rasa sangat gementar. Ada beberapa sebab kenapa aku gementar dan antaranya adalah gementar untuk jumpa orang baru, gementar untuk bekerja dengan orang baru, gementar nak jumpa bos baru dan sebagainya.
Aku ikut Puan Nafsah yang sedang membawa aku ke bilik bos, mulutnya masih bergerak menjelaskan apa yang perlu aku buat sekarang. Selepas bertemu bos, dia akan bawa aku pusing-pusing pejabat ini untuk kenalkan aku beberapa bilik penting yang perlu aku tahu dan kenalkan aku dengan pekerja-pekerja lain.
Tiba di depan sebuah bilik yang jelas bertulis Chief Executive Officer (CEO) itu, aku melihat Puan Nafsah kemaskan pakaiannya sebelum dia mengetuk pintu itu. Apabila terdengar suara menyuruh kami masuk, dia buka pintu itu dan melangkah masuk ke dalam. Aku ikutnya dari belakang.
Masuk di dalam office itu, aku memandang sekeliling. Pejabat yang formal, warna perabot juga formal dan gelap. Hitam dan kelabu gelap. Cantik dan elegant.
"Good morning, boss. This is our new employee, Miss Talita. Dia akan menggantikan tempat Miss Hajar." Puan Nafsah bersuara dengan formal, aku melihat seorang lelaki A.K.A bos baru aku sedang duduk di atas kerusi mewahnya. Dia masih membelakangi kami dan menghadap cermin besar yang memaparkan keindahan bandar Kuala Lumpur itu.
Siapa tidak kenal Trilogy Q Company? Syarikat jam tangan yang terkenal di Kuala Lumpur. Syarikat ini juga telah mengeluarkan produk terbaik sehingga berjaya dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Trilogy Q Company telah mengeluarkan pelbagai jenis jam tangan yang menarik.
'Qwatch' tidak pernah mengecewakan penggunanya.
Bila dapat tahu ada kekosongan di syarikat ini, sudah tentu aku mahu mencuba nasib. Aku peminat tegar Qwatch. Semua edisi jam tangannya aku beli dan kumpul. Bila diterima untuk bekerja di sini, lagilah aku teruja.
Aku rasa sangat gementar untuk bertemu bos baru hari ini. Melihat dia duduk di kerusi mewah itu dengan megah membuatkan jantung aku berdegup laju. Gementar kalau penampilan aku hari ini tidak sesuai dengan etika pemakaian di sini.
Bos baru memusingkan kerusinya agar menghadap kami, apabila mataku bertemu wajahnya, aku tergamam.
"Qaiser?" Tanpa sedar aku bersuara. Puan Nafsah memandang aku dengan riak terkejut sebelum dia ketawa kekok dan memegang lenganku.
"You may call him boss, Miss Talita." Tegas Puan Nafsah bersuara pada aku. Sedar akan keterlanjuran aku itu, tanganku naik menutup mulut sendiri. Qaiser masih diam sambil matanya memandang ke arah aku dengan tajam.
"Where's Hajar?" Soal Qaiser dengan suara yang garau membuatkan bulu romaku berdiri. Apa ni? Suaranya saja sudah buat aku tidak tenang. Puan Nafsah menggaru keningnya sekilas.
"Saya ada inform bos minggu lepas yang Hajar berhenti sebab dia nak sambung phD. Bos dah lupa?" Puan Nafsah menjawab dengan senyuman kecil di bibirnya.
"Bos sendiri yang minta saya carikan pengganti untuk Hajar. Saya pun dah email dekat bos resume Miss Talita dua hari yang lepas dan bos cakap okay." Jelas Puan Nafsah lagi. Aku diam mendengar perbualan mereka. Aku lihat Qaiser mengeluh kecil, dia memandang aku sekali sebelum kembali membaca fail di atas mejanya itu.
"Show her around and tell her what she needs to do," ujar Qaiser lagi tanpa memandang aku. Puan Nafsah hanya mengangguk dan meminta diri. Aku melihat Qaiser buat kali terakhir sebelum berlalu mengikut Puan Nafsah.
Qaiser Iman— jejaka nerd idaman aku sejak zaman kolej dahulu kini sudah jadi CEO nerd di syarikat terkenal ini?
Sungguh aku terkejut dengan apa yang baru berlaku.

YOU ARE READING
JEJAKA NERD [SLOW UPDATE]
RomanceSiapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Talita, gadis pal...