[WRITTEN ON 30 MARCH 2023]
[UNEDITED][NO ONE POV]
TALITA MELANGKAH MASUK ke dalam lif kondominium rumahnya. Dia menekan butang ke tingkat C2 iaitu tempat letak keretanya. Di bahu kanannya ada beg tangannya, di tangan kirinya ada sebuah fail penting yang Qaiser minta dia siapkan malam tadi. Memang betul-betul last minute, mujur sahaja dia belum tidur. Tiba-tiba telefon bimbit di tangan kanannya bergetar. Talita melihat sebaris mesej di skrin telefonnya.
Aku tunggu depan kondo kau. — Q.I
TING!
Pintu lif terbuka, Talita mengetap bibirnya sambil menggeleng kepala. Dia mengeluh panjang sebelum menekan butang 'G' dengan kasar. Mesej daripada Qaiser itu bukan sebuah soalan tetapi kenyataan. Talita mengeluh kecil, dia melihat pantulannya pada dinding besi lif itu.
Hari ini Talita memakai baju kasual, dia memakai blouse biru cair bersama seluar slack putih. Rambutnya pula diikat bun dengan kemas. Solekan di wajahnya tidak terlalu tebal. Tanpa sedar Talita membetulkan ikatan reben pada kolar bajunya itu dengan kemas supaya kelihatan lebih cantik. Rambutnya juga dibetulkan.
TING!!
Pintu lif terbuka, Talita melangkah keluar dari lif. Dia berjalan menuju ke arah Qaiser yang jelas sedang bersandar pada pintu keretanya. Qaiser kelihatan segak dengan pakaian biasanya, iaitu berkemeja putih di dalam dan menyarungkan vest coklat bersama tali leher hitam. Seluarnya pula berwarna sama seperti vest yang dipakai. Hari ini dia tidak memakai blazer. Hanya vest semata-mata.
Talita mengawal riak dan rasa mahu melompat geram kerana jelas sekali Qaiser kelihatan sangat kacak dan bergaya. Lelaki itu berkaca mata hitam, bersandar pada pintu keretanya sambil memeriksa telefon bimbitnya. Talita berhenti seketika, mengambil masa beberapa detik untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan di depan matanya itu.
Apabila Qaiser bergerak membetulkan rambutnya yang messy itu, Talita melangkah kembali. Dia berhenti di depan lelaki itu, Qaiser mengangkat wajahnya.
"Tuan Qaiser sepatutnya mesej saya sebelum nak datang. What if saya dah sampai office tadi?" Talita mula membebel. Dia melihat wajah nerd lelaki di depannya itu dengan riak tertekan. Talita tidak keruan dan gementar apabila dia tidak dapat melihat mata Qaiser yang terlindung daripada kaca mata hitam itu. Dia mahu tahu apa yang Qaiser sedang perhatikan. Adakah gincunya comot? Adakah wajahnya ada kekotoran?
Qaiser tidak menjawab, malah dia melangkah menjauhi pintu keretanya itu. Dia membuka pintu sebelah pemandu. Dia mengangguk ke dalam keretanya, menyuruh Talita masuk.
"Thanks." Ucap Talita usai melabuhkan pinggul di atas tempat duduk sebelah pemandu itu. Qaiser tutup pintu itu dan berlalu ke tempat pemandu. Dia menghidupkan enjin keretanya dan mula memandu ke tempat kerja.
"Kerja semalam dah siap?" Soal Qaiser.
"Sudah. Nasib baik saya belum tidur waktu Tuan Qaiser mesej semalam. Kalau saya dah tidur macam mana?" Talita membuka mulut, Qaiser sengih senget, dia masih fokus pada jalan raya.
"Aku spam sampai kau bangun." Talita menjeling tajam.
"Kejam!"
"Kejam pun... kau suka, kan?" Laju Qaiser membidas.
"Mana ada! Siapa cakap saya suka?" Jerit Talita, Qaiser sengih sinis. Dia jeling sekilas ke arah Talita.
"Kalau tak ada, kenapa jantung tu laju?" Qaiser menyoal selamba membuatkan Talita tergamam. Mana tidaknya, macam mana Qaiser tahu dia berdebar dan berbunga selepas mendengar kata-kata dari bibir Qaiser?
"Mana ada!" Talita tidak mengaku.
"Okay." Qaiser menjawab kosong, jika Talita tidak mahu mengaku, dia tidak akan memaksa.
"Tapi aku suka."
"Suka apa?"
"Suka kau." Talita menoleh ke luar tingkap. Wajahnya sudah terasa panas, dia sudah tidak senang duduk. Dia kipas wajahnya dengan tangannya. Manis perkataan Qaiser, sampai dia hampir kena diabetes.
"Berbungalah tu." Usik Qaiser lagi.
"Diamlah. Jangan cakap dengan saya!" Talita tidak memandang wajah Qaiser. Dia diam sambil merenung ke luar tingkap. Dia dengar Qaiser ketawa kecil, wajahnya semakin hangat.
Sialan Qaiser sebab buat dia berbunga.
TALITA MASUK KE dalam pejabat Qaiser bersama iPad di tangannya. Di skrin besar itu ada lakaran jam tangan ciptaannya yang dia mahu Qaiser komen. Talita melihat Qaiser sedang menjawab emel di laptopnya. Dia meminta Talita duduk sementara dia menjawab emel itu. Talita akur, sambil itu dia meneruskan lakaran baru di skrin iPad itu.
Lebih kurang lima minit, Qaiser bangun dari kerusinya. Dia berjalan mendekati Talita sambil melipat lengan bajunya hingga ke siku. Talita melihat semua pergerakan Qaiser sambil menelan liurnya dengan perit.
Tersekat-sekat nafasnya melihat perlakuan maut itu. Jelas urat di tangan dan lengan lelaki itu, Talita tiba-tiba rasa sukar untuk bernafas.
"Mana yang kau nak aku komen?" Qaiser berdiri di sebelahnya, sebelah tangannya bertahan pada meja dan sebelah lagi pula pada penyandar kerusi yang Talita sedang duduk.
Talita memejam matanya, bau wangian maskulin Qaiser menusuk deria baunya. Talita menjerit di dalam hati, godaan Qaiser semakin menjadi-jadi!
"Perlu ke rapat macam ni?" Talita komen, dia mendongak melihat wajah lelaki itu. Qaiser menjongket sebelah kening dengan senyuman senget.
"Kenapa? Nervous dekat dengan aku?" Talita menjeling tajam, dia membuka lakarannya. Qaiser senyum saja sebelum fokus melihat lakaran jam tangan Talita. Dia memberi komen dengan jujur, Talita pula belajar untuk mencantikkan lakarannya melalui komen daripada Qaiser.
"Good work," Puji Qaiser selepas memberi komen pada Talita. Dia berdiri tegak di sebelah Talita sambil melonggarkan tali lehernya. Talita mengetap bibirnya dengan rapat, inilah lumrah seorang wanita.
Suka dipuji, suka diambil berat, suka diberi perhatian... Talita pula sejak zaman sekolah lagi dia sukakan semua itu.
"Thanks," Nadanya dikawal profesional. Qaiser sengih saja.
"Aku ada beritahu kau tak yang kau nampak lawa hari ini?" Qaiser cuba memikat lagi. Talita merenung mata Qaiser.
"Saya hari-hari cantik." Talita isi bakul angkat sendiri. Qaiser ketawa geli hati dan malangnya Talita suka bunyi itu.
"Betul. Sebab itu mata aku selalu cari kau." Membutang biji mata Talita. Niatnya mahu mematikan usikan Qaiser, malah dia pula yang termati kata. Qaiser jujur tidak bertempat!
"Kenapa hari ini ikat rambut?" Soal Qaiser tidak beremosi. Talita kelihatan keliru tetapi dijawab juga soalan itu.
"Ikatlah biar lebih kemas."
"Aku suka kau lepas rambut. Bila ikat ni cantik, tapi kalau lepas lagi cantik." Terkelip-kelip Talita mendengar pujian melambung daripada Qaiser. Dia rasa seperti dalam mimpi, tidak pernah dia bayang Qaiser akan memujinya tinggi begini.
"Sudahlah. Saya keluar dulu." Talita bangun dari kerusi, dia melangkah ke pintu pejabat.
"TamTam ada lagi?" Soalan Qaiser menghentikan langkah Talita.
"Ada. Kenapa?" Talita memandang Qaiser.
"Esok, aku bawa yang baru. Hari ini aku terlupa sebab nak cepat keluar rumah pagi tadi." Qaiser tidak jawab soalan Talita. Dia berlalu ke kerusinya semula dan kembali mrmbuat kerjanya.
Talita mula masih berdiri di depan pintu itu sambil merenung Qaiser. Dalam kepalanya ada banyak soalan. Adakah Qaiser bergegas keluar dari rumah pagi tadi semata-mata mahu menjemputnya?
peochies
![](https://img.wattpad.com/cover/333581843-288-k404238.jpg)
YOU ARE READING
JEJAKA NERD [SLOW UPDATE]
RomantizmSiapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Talita, gadis pal...