BAB 32

1.6K 143 10
                                    

[WRITTEN ON 20 MARCH 2023]
[UNEDITED]

[NO ONE POV]

TALITA GEMBIRA MELIHAT jam hasil rekaannya sudah terpampang di depan orang ramai. Sekarang dia berada di  Majlis Qwatch collection yang diadakan di dewan hotel mewah yang Qaiser tentukan. Malam ini Qaiser tidak hadir, dia tidak pernah hadir ke mana-mana majlis yang diadakan oleh Qwatch.

Semua orang tahu pereka Qwatch adalah Q.I tanpa mengenali wajahnya. Disebabkan itu juga, Qaiser tidak pernah muncul di depan media. Majlis itu diuruskan sepenuhnya oleh Talita yang dibantu oleh beberapa pekerja lain.

Talita berbangga hasil ciptaannya mendapat sambutan hangat. Dia tidak sangka impiannya betul-betul sudah tercapai.

"Excuse me?" Talita tersentak dari lamunan apabila ada tangan menyentuh bahunya, dia menoleh dan melihat seorang wanita senyum lebar ke arahnya, di sebelahnya ada seorang lelaki yang juga sedang senyum.

"Hi, may I help you?" Talita membalas senyuman mereka. Wanita itu memegang tangan Talita membuatkan Talita terkebil-kebil namun tidak menolak sentuhan itu. Dia memandang wanita di depannya dengan riak yang pelik.

"Kamu Talita, kan? PA Qaiser?" Soal wanita itu, riak wajah Talita masih berkerut. Dia cuba mengenali wanita di depannya itu. Satu persatu wajah wanita itu diperhatikan oleh Talita sebelum matanya membesar dan jantungnya berdegup laju.

'Alamak! Ini Datin Faridah!'

Talita menoleh melihat lelaki di sebelah wanita itu, jelas wajah lelaki itu ada iras Qaiser Iman.

"Datin! Haa ya, saya Talita. Apa khabar Datin? Dato pun apa khabar?" Talita ketawa mesra walaupun dalam hatinya sudah menyumpah kerana hampir melupakan ibu dan ayah kepada bosnya.

Kalau dia cakap tidak kenal tadi, habislah impiannya yang sudah tercapai tadi. Boleh jadi impian tercapai sesaat sahaja sebelum hilang selamanya!

"Alhamdulillah, sihat." Datin Faridah menjawab dengan senyuman manis di bibirnya, Talita perasan Datin Faridah asyik memerhati wajahnya sambil tangannya tidak berhenti menyentuh lengannya.

Talita pula yang rasa kekok, dia memandang Datin Faridah dengan tanda tanya kerana menegurnya dahulu tadi. Melihat Datin Faridah tidak bersuara, Talita membuka bicara.

"Saya harap event kali ini okay dengan Dato dan Datin. Ini first event yang saya handle sepanjang bekerja di Qwatch." Talita memandang wajah ibu bapa Qaiser itu dengan senyuman manis, dia cuba sedaya upaya untuk layan dua orang penting itu.

Masih ramai jemputan dan VVIP yang melihat semua koleksi jam tangan Qwatch. Ada yang sedang berbual sambil minum di meja. Tema majlis kali ini elegant dan classic, memang nampak simple tetapi sangat exclusive.

Ada juga media-media yang masih mengambil gambar dan menemu bual orang ternama yang datang. Datin Faridah mengangguk kecil, dia memegang lengan Talita dan di tarik ke arah sebuah meja yang kosong. Mereka duduk di meja itu, Talita masih terpinga-pinga dengan tindakan Datin Faridah.

"Maaflah, Talita. Datin Faridah ni bukan selalu macam ni. Cuma malam ni pula dia terlebih mesra." Dato Qhalil bersuara apabila perasan riak wajah Talita sepertinya terkejut dengan tindakan isterinya itu.

"Alhamdulillah majlis malam ni okay sangat. Terima kasihlah tolong Qaiser langsungkan majlis ni." Datin Faridah bersuara selepas mencubit manja paha suaminya itu. Dia menjeling Dato Qaiser tajam sebelum memandang tepat ke wajah Talita.

"Sama-sama, Datin. Ini memang tanggungjawab saya. Lagipun, saya ada team yang bantu saya juga." Ujar Talita dengan hidung yang sedikit kembang selepas dipuji itu. Mananya tidak kembang, dipuji bagus untuk majlis pertamanya.

JEJAKA NERD [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now