[WRITTEN ON 28th FEBRUARY 2023]
[UNEDITED][NO ONE POV]
SEBULAN BERLALU.
TALITA DIKEJUTKAN DENGAN PAKSAAN Qaiser yang mengarahkannya untuk mengikutinya ke Ipoh atas urusan kerja. Mahu tidak mahu Talita terpaksa akur dengan kehendak Qaiser sebagai bosnya. Lagi dua jam mereka akan bertolak ke Ipoh dan akan menginap di hotel untuk tiga hari.
Talita sudah menyediakan semuanya, dia sudah tempah dua bilik hotel untuk dia dan Qaiser. Dia sudah sediakan fail penting untuk projek di Ipoh nanti. Semuanya sudah bersedia, cuma dia sahaj yang tidak bersedia untuk berduaan di Ipoh dengan Qaiser.
Walaupun sebulan sudah berlalu dan Zayan sentiasa di sisinya, perasaannya terhadap Qaiser masih tersisa. Dia masih cemburu setiap kali mendengar Qaiser menelefon Amara atau keluar makan dengan Amara.
Talita berusaha keras untuk mengelak daripada bertemu Amara supaya dia tidak membuat kerja gila dan serang Amara.
Tepat jam 9 pagi, Talita menunggu Qaiser di lobby. Sempat Talita berbual dengan Kak Layla yang menjaga meja resepsi.
"Talita pergi sana berapa hari?" Kak Layla menyoal sambil tangannya ligat membuat kerja, Talita senyum tawar.
"Tiga hari tapi harapnya cepat selesailah, boleh balik awal." Jawab Talita, kalau boleh dia mahu kerja di Ipoh itu siap secepatnya supaya dapat balik dan berjauhan dengan Qaiser semula.
"Eh, apa pula macam tu. Bos tu biasanya kalau kerja habis cepat, dia akan stay for a few days untuk jalan-jalan dekat situ. Lagipun dah lama bos tak pergi Ipoh jumpa kawan dia dekat sana." Ujar Kak Layla membuatkan wajah Talita pucat, dia baru sahaja membuat rancangan untuk menolong Qaiser menyelesaikan kerja dengan pantas, kalau apa yang Kak Layla katakan itu betul, Talita rasa dia dalam bahaya.
Kawan yang mana pula Qaiser mahu berjumpa? Talita mahu balik cepat.
Baru Talita mahu membalas, Kak Layla bersuara sambil melambai.
"Morning boss!" Terus tegak Talita berdiri, dia menoleh memandang Qaiser yang sudah berdiri rapat di belakangnya. Talita menjauhkan diri dari Qaiser dan lelaki itu sedar dengan tindakannya itu.
"Morning. Let's go," Qaiser mengangguk kecil ke arah Kak Layla sebelum memandang Talita sekilas kemudian mengangguk ke arah pintu utama syarikat itu. Talita menoleh memandang Kak Layla dan meminta diri untuk pergi dari situ. Talita bergegas menarik bagasinya keluar dari lobby itu. Qaiser mengikutnya dari belakang.
"Pergi masuk kereta," Qaiser menarik bagasi itu dari tangan Talita dan berlalu menyumbat bagasi itu ke dalam bonet belakang kereta. Talita mengeluh kecil, dia berlalu letak fail di tangannya di bahagian tempat duduk belakang. Kemudian dia berlalu masuk ke dalam kereta di tempat duduk sebelah pemandu.
Tidak lama kemudian, Qaiser masuk di bahagian pemandu dan mula memandu di atas jalan raya itu. Suasana dalam kereta sunyi, hanya berlatar belakangkan bunyi aircond dan suara kenderaan di luar kereta.
"Kau dah sarapan?" Soal Qaiser tanpa memandang gadis di sebelahnya, Talita memandang Qaiser untuk beberapa saat sebelum dia mengangguk kecil.
"Dah," balasnya pendek, Talita kembali fokus memandang pemandangan di luar kereta. Sejujurnya sekarang dia rasa sangat kekok dengan Qaiser. Kalau sebelum ini dia banyak mulut, ada saja yang dia mahu mengusik lelaki itu tetapi sekarang seperti ada penghadang antara mereka.

YOU ARE READING
JEJAKA NERD [SLOW UPDATE]
RomanceSiapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Talita, gadis pal...