[WRITTEN ON 14 MARCH 2023]
[UNEDITED][NO ONE POV]
ZAYAN MEMANDANG BAKAL ISTERINYA yang sedang membuat kerja itu. Kerutan di dahinya membuatkan Zayan tersenyum kecil, dia tidak berhenti merenung wajah cantik Talita itu. Memang Zayan tidak mahu menghayati kecantikan bakal isterinya itu.
"Karja apa sampai muka tu berkerut macam tu?" Zayan menegur apabila sudah lama memerhati, Talita masih fokus membuat kerjanya, matanya sekejap dikecilkan, sekejap dibuka luas. Zayan terhibur melihat gelagat Talita itu.
"Saya tengah siapkan lakaran untuk collection terbaru. Majlis tu dah nak dekat." Kalau fasal reka bentuk ini memang Talita ambil serius, lebih-lebih lagi tugasan itu diberi oleh Qaiser melalui emelnya malam tadi. Terkejut Talita apabila dapat emel daripada Qaiser.
Walaupun tugasan ini diberikan last minute, Talita gembira kerana inilah yang dia impikan, mencipta rekaan untuk Qwatch. Ini adalah peluang emas untuk Talita tunjuk bakatnya pada Qaiser. Melompat gembira dia apabila lebih lima kali membaca emel yang Qaiser hantar semalam.
Tarikh akhir untuk dia hantar tugasan itu adalah hujung minggu ini iaitu berbaki tiga hari lagi.
"Can I have a look at it?" Soal Zayan dengan senyuman di bibirnya, Talita menggeleng laju, dia tidak suka orang tengok lukisannya yang dia masih tidak siap itu. Zayan mengangkat tangannya seperti orang menyerah kalah, dia ketawa kecil melihat Talita yang fokus menyiapkan tugasannya itu.
Talita sedang sibuk melakar di iPadnya itu, Zayan pula sibuk merenung masa depannya itu. Tidak bosan dia merenung wajah gadis itu, kalau boleh setiap saat mahu merenung gadis itu.
"Bila kau dapat task ni?" Zayan menyoal, tak syok dia pandang Talita tanpa mendengar suaranya. Bermanja pula Zayan dengan Talita, sejak-sejak Talita terima lamarannya, Zayan tidak malu mahu bermanja dengan gadis itu. Talita tidak fokus pada Zayan dan menjawab ala kadar sahaja.
"Malam tadi," Balas Talita membuatkan mata Zayan terbuka luas kerana terkejut. Baru sahaja dia pesan pada Qaiser jangan overwork bakal isterinya, eh eh hari ini sudah berkerut-kerut muka Talita membuat tugasan last minute itu.
"Ish, nak kena Qai ni. Aku dah pesan dekat dia jangan overwork bakal isteri aku ni." Keluh Zayan tidak puas hati dengan Qaiser, Talita berdecit sahaja.
"Kawan baik awak tu memang macam tu. But untuk task kali ni saya happy walaupun last minute. This is my dream, Zayan. Untuk reka one of Qwatch collection." Talita bersuara yang pada mulanya riaknya sinis namun di akhir ayat itu, riaknya tersenyum lebar tanda dia betul-betul suka dengan task itu.
"You sure, you're okay with this task?" Zayan menyoal lembut, Talita yang matanya masih fokus pada skrin iPadnya itu memgangguk kecil, tangannya ligat bergerak membuat lakaran.
"Mungkin dua tiga hari lepas dia macam terencat akal. But I guess this task is an apology for being an asshole." Balas Talita selamba tanpa berfikir panjang membuatkan dahi Zayan berkerut. Dia tidak faham dengan apa yang Talita maksudkan.
"What do you mean?" Soal Zayan membuatkan seluruh pergerakkan Talita terhenti, dia kaku untuk beberapa saat sebelum Talita ketawa yang dibuat-buat. Dia kelihatan gementar kerana dia tidak pernah bercerita masalah antara dia dengan Qaiser itu pada Zayan.
Zayan juga tidak pernah tahu Qaiser adalah her first love dan Qaiser juga lelaki yang patahkan hatinya. Zayan tidak tahu Qaiser ada apa-apa hubungan dengan Talita, apa yang dia tahu adalah hubungan antara bos dan pekerja semata-mata.

YOU ARE READING
JEJAKA NERD [SLOW UPDATE]
RomanceSiapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Talita, gadis pal...