Restoran 3

255 11 1
                                    

Jangkaan Bahrin tak tepat sama sekali. Sejak daripada hari tu, almost tiap-tiap hari Iskandar datang berbuka kat kedai. Kalau tak dapat berbuka, dia akan datang masa nak tutup.

Tetap nak makan nasi sayur. Bahrin ada cakap yang Iskandar dah jadi vegetarian dah. Dia senyum je.

Bukan tu saja. Dia datang bawak kawan-kawan dia jugak. Pastu dia buat video Tiktok untuk promote kedai dan nasi sayur. Sejak daripada tu, agak ramai jugak lah datang kedai serta order online. Mana tak nya... Iskandar yang post kot... berpusu-pusu orang datang nak jumpa dia.

Bahrin rasa sangat terhutang budi kat Iskandar. Mula-mula macam takde perasaan je. Tapi dah lama-lama tu... dah la Iskandar baik dan selalu tolong, bersopan santun, caring... semua lah...

Selama ni Bahrin takde pernah pun minat kat yang muda-muda ni sebab mostly diaorang ni tak matang lagi pemikiran atau just nak sugar daddy... tapi Iskandar ni tak macam tu... dia tau Bahrin tengah struggle, lagi dia merapati dan cuba tolong... pastu dia keje delivery dia tu pun dia tetap jugak buat...

Bahrin kiranya dah jatuh cinta dengan Iskandar. Huhu. Tapi budak muda helok macam tu siap perut sixpacks ngan dada bidang... takkan pandangnya orang tua macam dia... dah la tak kaya... huhuhu... tapi tu lah, Bahrin sangat terharu dengan pertolongan dia... Bahrin tak pernah suruh Iskandar bayar kalau dia makan walaupun dia insist nak bayar...

Bukan setakat kat kedai je... kat rumah pun dia masih mesej dengan Bahrin... kadang-kadang video call... lepas dia habis main badminton atau melepak, dia mesti mesej. Camne tak jatuh hati? Attention yang diberi tu lain macam. Tapi Bahrin tau Iskandar bukan untuk dia... cinta tak semestinya memiliki... lagipun hati dia masih terkenang kepada Jack...

Sampai lah satu hari tu dia nak balik kampung dah sebab nak sambut raya. Bahrin tak balik mana-mana sebab sebatang kara je kat sini. Kat kampung pun dah takde sesapa. Malam tu Iskandar datang restoran, seperti biasa untuk makan nasi sayur. Tengah-tengah happy makan dan borak, tetiba dia jadi sedih. Cakap dia akan cuti seminggu balik kampung.

Baguslah balik kampung, jumpa parents dan family, Bahrin cakap. Dia angguk je tapi muka tetap sedih. Bahrin tak pasti kenapa Iskandar sedih sangat sebab dapat bercuti untuk balik kampung.

Sebelum dia balik, seperti biasa, dia akan salam dan cium tangan. Tapi kali ni Iskandar peluk dan cium pipi aku. Sedap betul rasa pelukan dia. Bahrin terbayang kalau dapat peluk dia masa tidur. Tapi itu angan-angan peringkat langit ketujuh sahaja.

Sedih lah tengok dia berjalan pergi, walaupun pemandangan tu memang indah lah. Bontot power dia tu. Perghhhh.

Sepanjang Iskandar kat kampung, dia akan sentiasa video call Bahrin. Kebetulan memang busy masa tu. Sampai ke tahap, Bahrin letak je phone kat kaunter, borak sambil bekerja.

Iskandar cadangkan supaya amek pekerja untuk bantu tapi Bahrin rasa belum boleh lagi untuk amek pekerja. Mungkin lepas raya boleh kot.

Satu malam tu... malam raya kalau tak silap... Iskandar ada cakap dia akan busy... family bakar lemang lah, buat rendang lah... jadi sebagai anak lelaki, dia terpaksa lah turun padang dan buat semuanya. Jadi dia tak dapat lah bergayut dengan Bahrin malam tu.

Bahrin redha je lah. Nak buat macam mana. Kebetulan malam raya memang takde orang dah kat Mall tu. Ramai dah balik kampung.

Nak dekat buka puasa, tetiba ada orang masuk kedai. Alaaa baru nak balik awal. Tapi rezeki jangan ditolak. Lelaki tu tengah pegang baby. Comel sangat baby tu.

"Bang, nak tutup kedai ke?"

"Nak berbuka ke? Boleh je lagi."

Lelaki tu pun duduk dan order makanan. Bahrin prepare cepat-cepat sebab dah nak berbuka.

"Comel anak. Berapa umur?"

"Setahun sebulan."

"Maaf bertanya. Sorang je ke? Mana ibu dia?"

Wajah dia terus berubah. Sedih sangat jadinya. Bahrin rasa bersalah plak tanya soalan tu.

"Wife dah meninggal."

To be continued...

Chub Chaser Love StoryWhere stories live. Discover now