Sesi awal persekolahan telah menjemput pelajar batch 2010 ke KUDRAT. Sejak KUDRAT digemparkan dengan wujudnya sistem High Council dari batin pada tahun 2006, KUDRAT telah membubarkan High Council serta merta.
Tatkala ini, KUDRAT merupakan sekolah cemerlang dan bebas pergaduhan. Akan tetapi, setiap nafas yang mati akan diberi nafas yang baharu.
Buat julung kalinya, KUDRAT telah menerima pelajar perempuan. Tanpa diketahui, telah dibawa seorang kaum hawa yang keturunanya perjuang High Council.
Hafizatunnisa Nur Binti Abdul Kahar. Ayahnya, Abdul Kahar bin Abu Yamin telah memegang gelaran Kapla High Council pada tahun 2006 namun gelaran itu dirampas oleh Nor Fakhri bin firdaus Ismet, insan yang mengharamkan High Council sehingga ke hari ni.
Merasakan hal itu tidak adil, Nisa hadir ke KUDRAT untuk mengambil semula takhta, maruah, setiap darah dan titik peluh ayahnya.Tugu pergorbanan yang berdiri dengan megah dikutuk setiap satunya oleh nisa. Nisa berhenti di tugu terakhir. 'Nor Fakhri bin Firdaus Ismet' ditenung lamanya. Nisa merasakan bara dihatinya. Rasa seperti mahu robohkan sahaja tugu itu.
"Hebatkan dia? Dengar kata anak dia ada sekolah di sini.." lantas Nisa memalingkan kepalanya ke empunya suara. Seorang lelaki bertubuh tegap kelihatan disisinya.
'Cikgu' terlintas di fikirannya. "Ya. Dia amat dikagumi banyak orang". balas Nisa. "Awak tak kagum?" Soalan itu melirikkan mata Nisa kearah nametag cikgu itu. 'Azam'.Nisa menggelengkan kepalanya. Dengan sinis, "orang bodoh jek yang kagum dengan pengecut". Cikgu itu mula memerah otak sendiri. Tidak pernah seorang murid berani menghina tokoh sebegini.
"Boleh saya tahu siapa nama awak?" Nisa menjengil. Angkuhnya, "kau Ayam kan? Jangan sorok sebalik nama Azam. Lalu beredar dari situ. Cikgu Azam mencuka.
"Oh jadi kau datang sini nak hidupkan High Council semula? Kau nak jadi Kapla ke? Haha. Interesting". Nisa dengan pantas mendekati cikgu Azam.
Air mukanya bertukar bengis dengan sindiran itu. "Ya! Aku nak hidupkan High Council semula! Ada masalah?!" Nada suara nisa yang lantang memecah kesunyian.
Cikgu Azam tidak membalas menggunakan katanya namun menunjukkan telunjuk ke arah dorm Kasturi dan mengisyaratkan jamnya kearah nombor 9 lalu pergi meninggalkan Nisa. Nisa tersenyum sendiri. "Woi! Kau tercengat kat situ kenapa?" Teriak seorang pengawas KUDRAT.
Setelah beredar dari situ, Nisa mencari-cari dorm yang akan didiami dia. Dorm Lekiu. Berdiri dihadapan bilik sendiri, Nisa memulas tombol pintu yang kelihatan lebih tua dari usia ayahnya. "FIUUUUU!" bunyi Confetti menggegarkan lutut Nisa. "Welcome! Mi amor! Aku Mia roommate kau" seraya Mia penuh ikhlas.
Nisa tersengih. " Nisa" balasnya lalu menghala ke katil dorm yang terakhir. Hatinya digeletek perasaan gembira. Namun riak mukanya hanya bersahaja. Mia dengan gembira mencapai tangan Nisa lalu diberinya Confetti yang belum meletup. Niatnya ingin mengejutkan roomate yang ketiga. Nisa mengambil tanda setuju. Masing2 menyorok didalam loker.
Sejurus kedengaran bunyi pintu dibuka, dua dara itu terus keluar dari loker dengan lantas dan meletupkan Confetti. Lagi sekali, "FIUUUU!". "Welcome our beloved third roomate!" Sambut mereka penuh kegembiraan. "
Beloved kepala kamu! Ni jadual untuk korang!" Marah Warden yang bertugas. Aduhai. Malu tak kepalang mereka berdua. Niat hendak suprise kan roomate tak pasal-pasal kena maki. Bagaimanapun, Nisa berasa gembira kerana diberi roommate riang sebegini.
YOU ARE READING
PROJECT : HIGH COUNCIL 2
FanfictionRebah bukan alasan. Nisa, anak kepada bekas Kapla High Council 2006 menuntut bela akan maruah ayahnya yang tercalar dek kerana Muhammad Fakhri bin Firdaus Ismet berjaya mengharamkan aturan sial High Council di KUDRAT. ● just For fun <3 ● fan fiction...